Pages

Monday, August 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, SYAWAL, HARI KEMERDEKAAN DAN SELAMAT BERKEMPEN UNTUK PBB DAN BARISAN NASIONAL (BN) DI SIBU SARAWAK.


Banner Pakatan PAS Cawangan Kampung Jeriah Sibu
Banner Pakatan di Markas Keadilan
Banner Pakatan Di halaman Rumah SU PAS Sibu

Bendera BN turut terpacakdi sekeliling Bulatan Simpang Tiga
Banner PBB...dapatkah anda melihat logo PBB
Bendera BN di kibar bersama bendera Negeri dan Malaysia di Jalan Awang Rambli Amit

Assalamualaikum dan selamat berpuasa dan menyambut syawal kepada seluruh umat islam yang membaca tulisan ini. Tidak dilupakan selamat menyambut hari kermerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia semoga kita terus mencapai kemerdekaan di samaping itu usahlah kita lupa untuk memerdekakan daripada kuasa UMNO, PBB dan sekutu Barisan Nasional. Kepada BN dan PBB  Sibu selamat 'berpilihanraya ' secara solo. Mungkin anda merasa hairan dan pelik kenapa ucapan berkempen dan pilihanraya di tujukan khas buat PBB dan BN di Sibu (di tempat lain saya tidak tahu). Ini kerana PBB dan BN di Sibu umpama budak yang bodoh dan tidak tahu menilai antara musim perayaan dan musim pilihanraya. Mungkin pada pendapat mereka PILIHANRAYA sama dengan HARI RAYA lalu meraka tanpa segan dan silu terus menunjukan kebodohan meraka dengan meletakan BENDERA  BN di sekeliling Bulatan Simpang Tiga, berberapa tempat di Jalan Awang Rambli Amit, Jalan Tun Abang Haji Openg dan di Bulatan Rosli Dhobi( dahulunya dikenali sebagai Bulatan Pulau) berserta dengan banner ucapan selamat menyambut hari raya dan kemerdekaan. Dalam banner tersebut terdapat gambar pejuang Sarawak iaitu Rosli Dhobi, logo PBB dan juga nama 3 pejuang Sarawak yang lain. Apa yang hendak dikatakan dan dibangkitkan sebagai satu protes dan rasa tidak puas hati bukanlah kerana banner tersebut mahupun kebodohan mereka meletakan bendera BN pada masa dan waktu yang salah, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana terus menggenag jasa pahlawan kita...apatah lagi ROSLI DHOBI dan 3 yang lain adalah anak jati Sibu dan selayaknya mendapat sanjungan, walaupun pihak Pakatan terlebih dahulu memperingati dan menghargai jasa  ROSLI DHOBI dalam PRK yang lalu. Apa yang hendak diperkatakan adalah DIMANA BANNER PAKATAN? MENGAPA BANNER PAKATAN yang merupakan banner dari Parti Politik yang PERTAMA sekali di BUMI SIBU ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada Umat Islam di tindas dengan cara banner tersebut dirampas oleh Majlis Pebandaran Sibu (SMC) dengan pantas..iaitu tidak sampai satu hari pun terpampar di kawasan yang berhampiran Bulatan Simpang Tiga dalam minggu pertama umat Islam menyambut Ramadhan. Jawapan meraka (SMC) amat mudah dan logik "BANNER DIPASANG TANPA PERMIT". Pakatan menerima alasan tersebut. Memang benar banner dari Pakatan tidak mempunyai permit dari SMC walaupun SUDAH DUA (2) KALI MEMOHON (DAP Sibu menghantar permohonan permit yang pertama dan dicuba buat kali kedua oleh PAS Sibu) sebelum ini. Alasan SMC tidak meluluskan permit untuk banner tersebut ialah, Benner tersebut berunsurkan politik kerana mengandungi:-
Banner Pakatan di Mmarkas PAS Sibu
  1. Gambar Presiden DAP (Lim Guan Eng), Keadilan Nasional (D.S Anwar Ibrahim), PAS (Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang) dan SNAP ( Edwin Dundang).
  2. Logo parti politik. DAP, Keadilan Nasional, PAS dan SNAP
oleh kerana banner tersebut berunsurkan politik maka pihak SMC menolak permohonan .selain memberi alasan bahawa SEKARANG BUKAN MUSIM PILIHANRAYA. Namun 3 hari yang lepas ketika dalam perjalanan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pakatan bersama Rakyat anjuran Pakatan Rakyat Sibu saya terkejut melihat benner dari PBB yang hampir sama maksudnya dengan banner Pakatan yang di tindas tumbuh umpama 'cendawan tumbuh selepas hujan' apa sudah jadi ? Nak kata banner ada permit, no permit tidak terdapat pada banner. Kalaupun ada permit, apa alasan SMC meluluskan permit ini? mungkin PBB dan BN  merupakan kerajaan yang memerintah negeri Sarawak dan BN memerintah Malaysia sebagai alasan SMC untuk meluluskan permit banner tersebut, apa pula alasan jika di tanya 'NI MUSIM PILIHANRAYA  KE MUSIM NAK HARI RAYA'?. Dan paling mengejutkan saya pada hari ini selepas menunaikan solat Asar di Surau Kampung Bandong ialah apabila melihat benner (banner lagi) ucapan Selamat Hari Raya daripada YB Vincent Goh (ADUN Pelawan merangkap pengerusi Lembaga Perlabuhan Rejang dan bekas Pengerusi SMC). Haiiiii... Sampai kat surau pun nak nak berpolitik ke YB? Kalaulah banner ni datangnya dari Pakatan, Confirmed berita masuk TV dan keluar radio.


  1. UNTUK REKOD LAPORAN BERHUBUNG BANNER DAN BENDERA DARI PBB TELAH DI   ADUKAN KE BIRO PENGADUAN SMC DAN TELEKHIDMAT SARAWAK UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA OLEH SETIAUSAHA PAS SIBU.
  2. SEKIRANYA TIADA TIDAKAN DARIPADA PIHAK BERWAJIB MEMORANDUM BANTAHAN MENGENAI PERKARA INI AKAN DIBUAT OLEH PAKATAN RAKYAT MELALUI YB WONG HO LENG SELAKU AHLI PARLIMEN SIBU DAN ADUN BUKIT ASEK.
  3. SEKIRANYA MEMORANDUM PUN TIDAK MENDAPAT PERHATIAN KEMUNGKINAN KITA AKAN MENYAKSIKAN SATU DEMOSTRASI PERTAMA DARI PAKATAN DI SIBU.






Kunjungan AJK Kerja PAS Pusat (Lajnah Tanah Dan Wilayah ) ke Sibu.

Pada 6hb Ogos 2010 yang lepas PAS Sibu buat pertama kalinya menerima kunjungan daripada AJK Kerja PAS Pusat (Lajnah Tanah Dan Wilayah )yang di ketuai oleh Sdr. Mazlan Aliman yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Johor dan juga merupakan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tenggara. Turut bersama beliau ialah ADUN PAS Paroi Negeri Sembilan, YB Haji Mohamad Taufek Bin Abd Ghani dan juga Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuraidah. Antara aktiviti yang berlangsung sempena kehadiran AJK dan rombongan ini ialah Ta'aruf, Usrah, dan ucapan daripada Sdr. Mazlan Aliman selaku ketua rombongan serta ucapan daripada YB Haji Mohamad Taufek dan di akhiri oleh Ustazah Nuraidah. Majlis telah di adakan di rumah SU PAS Sibu Sdr. Mohamad Asfia Haris dan di hadiri oleh semua ahli PAS Sibu. Pada keesokan harinya rombong ini telah dibawa oleh Sdr Asfia Haris berkunjung ke Pejabat DAP bahagian Sibu untuk bertemu dengan Ahli Perlimen (DAP) Sibu yang juga merupakan ADUN untuk Bukit Assek iaitu  YB Wong Ho Leng.









Namun YB Wong Ho Leng tidak dapat bersama kerana berada di Bintulu atas urusan rasmi. Beliau (YB Wong Ho Leng) telah mewakilkan Sdr. Stephen Lu dan Sdr. Paul untuk menyambut rombongan AJK Kerja PAS Pusat. Dalam kunjungan ringkas yang di pengerusikan oleh YB Haji Mohamad Taufek ini berbagai rancangan bersama telah di cadangkan selain berbincang mengenai isu politik semasa. Turut berucap pada pertemuan ini ialah Sdr. Mazlan Aliman dan Ustazah Nuraidah bagi pihak AJK Kerja PAS Pusat dan Muslimat PAS Pusat. Turut berucap pada majlis ringkas ini ialah Sdr. Mohamad Asfia Haris yang mewakili PAS Sibu sementara Sdr. Stephen Lu berucap bagi pihak dari DAP Sibu. Perjumpaan di akhiri dengan sumbangan cenderahati dari Sdr. Mazlan Aliman selaku ketua rombongan kepada Sdr.Stephen Lu bagi mengkukuhkan lagi kerjasama diantara PAS dan DAP didalam Pakatan Rakyat. Seterusnya rombongan telah dibawa melawat ke Kampung Jeriah dan berjumpa dengan keluarga Pn. Dayang Halimah. Puan Dayang Halimah dan keluarga merupakan penaja PAS untuk Cawangan Jeriah. Dalam perjalanan  ke Kampung Jeriah rombongan ini sempat berhenti untuk bergambar di luar kawasan sekolah Rosli Dhobi sebagai kenangan

Di Kampung Jeriah rombongan disambut meriah oleh keluarga Dayang Halimah serta ahli cawangan penaja PAS Jeriah. Dalam pertemuan singkat itu Ustazah Nuraidah yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS Pusat telah mewakili rombongan ini menghulurkan derma dan sumbangan kepada kerluaga Dayang Halimah bagi persiapan untuk menyambut Ramadhan yang bakal menjelang. Kunjungan di Kampung Jeriah di akhiri dengan Solat Jumaat bersama-sama penduduk islam Kampung Jeriah bertempat di Surau Kampung Jeriah.











Selesai makan tengahari rombongan dibawa meziarahi Makam Pahlawan Sarawak (Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Rambli Amit dan Bujang Suntong) yang bertempat di Masjid An-Nur. Bagi mengakhiri lawatan rombongan ini, rombaongan dibawa ke rumah Pn. Yak Binti Dhobi  kakak salah seorang 'Pahlawan Sarawak' iaitu Allahyarham Rosli Dhobi. Kunjungan ke rumah kakak Rosli Dhobi ini adalah bertujuan untuk mendengar dengan lebih jelas mengenai cerita Rosli Dhobi sebelum, semasa dan setelah ditangkap kerana membunuh Gabenor Sarawak ke 2 iaitu Sir
Duncan Stewart. Kunjungan ke rumah kakak Rosli Dhobi ini dibuat kerana rasa ingin tahu ahli rombongan mengenai perjuangan Rosli Dhobi secara lebih jelas, tambahan SU PAS Sibu merupakan anak saudara Roli Dhobi. Sebelum rombongan AJK Kerja PAS Pusat menaiki pesawat untuk mengakhiri kunjugan ke Sibu, Sdr. Mazlan Aliman selaku ketua rombongan sempat menyampaikan cenderahati dari AJK Kerja PAS Pusat kepada Yang Dipertua PAS Sibu.


Gambar sempena kujungan AJK Kerja PAS Pusat (Lujnah Tanah) ke Sibu  

Saturday, August 28, 2010

PAS Sibu terus mara...

Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Wong Ho Leng

Pada 25 Haribulan Ogos yang lepas Ahli Perlimen Pakatan (DAP) Sibu yang juga merupakan ADUN Bukit Asek merangkap pengerusi DAP Sarawak YB Wong Ho Leng bersama-sama pimpinan PAS Sibu dan Pimpinan dari Parti Keadilan Nangka telah mengadakan majlis berbuka puasa di kediaman SU PAS Sibu Sdr. Mohamad Asfia Haris dalam majlis ringkas itu YB Wong Ho Leng telah bersetuju untuk mengadakan aktviti bersama dengan lebih kerap di masa akan datang. Dalam majlis itu juga YB Wong telah merangka berberapa aktiviti sempena Aidilfitri yang akan datang. Turut sama hadir bersama beliau ialah kedua-dua SU beliau iaitu Stephen Lu dan Paul. Manakala Parti Keadilan di wakili oleh Sdr Abg Ismail Abang Check yang juga merupakan Ketua Parti Keadilan untuk kawasan Nangka. Selain daripada Sdr. Mohamad Asfia Haris PAS Sibu di wakili oleh Sdr. Ismail Bujang (Ketua) dan ahli PAS .

Followers