Pages

Friday, February 25, 2011

Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak di Miri

Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak di Miri
Miri, 20 Feb. : Alhamdulillah,hanya selang beberapa hari TPM Muhyidin menyatakan kegusarannya terhadap kebangkitan PAS di Sarawak,20 Feb 2011 menjadi satu tarikh bersejarah pemantapan posisi PAS dalam landskap politik Sarawak. Bertempat di Miri,lebih 500 penyokong PAS dengan lebih separuh kehadirannya adalah penyokong PAS bukan Muslim,hadir dalam program pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Sarawak.
Baik yang dari keturunan Penan,Kayan,Kenyah,Iban,Cina,Melanau dan Orang Ulu serta lain -lain duduk semeja dalam sebuah dewan yang cukup indah bagi membuktikan penerimaan penduduk Sarawak terhadap PAS.Program bermula dengan persembahan Tarian Singa oleh Pasukan Tarian Singa DAP Miri. Lebih menarik alunan bacaan Al-Quran diikuti Tafsir yang diperdengarkan memberi satu suntikan semangat pada petugas PAS Miri disamping diterima baik penjelasannya oleh penyokong Dewan Himpunan. Program pelancaran disempurnakan gilang gemilang oleh YB Ustaz Nasharudin Md Isa,Timbaalan Presiden PAS. Dalam ucapannya ,beliau mengingatkan Regim Taib Mahmud bahawa kuasa rakyat mampu menumbangkan kekuatan mana-mana kerajaan didunia,ini dibuktikan kejatuhan Regim Hosni Mubarak,yang kononnya berkuasa dan didalangi US,namun kebangkitan rakyat yang tertindas tidak lagi dapat dibendung. Iklim politik antara Taib dan Hosni ,yang mengaut keuntungan dan kekayaan sedangkan rakyat hidup merempat di bumi Sarawak yang kaya dengan hasil minyak,gas dan balak,menjadi petanda jelas akan kejatuhan Taib. Ucapan Ustaz Nasha mendapat tepukan gemuruh dari hadirin dan menjadi pembakar semangat petugas bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Miri dan seluruh Sarawak dalam PR DUN akan datang seterusnya PRU 13 kelak. Turut hadir ialah Presiden SNAP,Edwin Dundang,Dr Micahel Teo(PKR),Mdm Eunice Lim (DAP) dan pimpinan PAS Negeri iaitu Haji Adam Ahid,Pesuruhjaya PAS Sarawak ,Abd eddy(Ketua Pemuda PAS) dan YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee dan Encik Hu Pang Chow dan Encik Yeo(DHPP)-Sumber Pas Kawasan Miri

Wednesday, February 23, 2011

BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

NONESenarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

NONEBMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

NONESesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

azlanJuga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh. -MK

Tuesday, February 15, 2011

Sifat zuhud Nabi Muhammad, cairkan sikap orang kafir - Surah al-An'am ayat 49 hingga 50

Sifat zuhud Nabi Muhammad, cairkan sikap orang kafir - Surah al-An'am ayat 49 hingga 50

Ertinya, mereka yang mendustakan (mengkufuri) al-Quran (ayat-ayat keterangan yang dapat dibaca) yang disampaikan oleh Nabi s.a.w dan ayat-ayat keterangan yang dapat dilihat (alam yang menjadi hujah mengenai keagungan dan kekuasaan Allah) dengan mata mereka sendiri, mereka akan dikenakan azab seksa yang pedih daripada sebab kejahatan dan kekufuran yang mereka lakukan terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya s.a.w.
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w): "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku." (Surah al-An'am : 50)

Yakni Allah SWT memerintahkan supaya Nabi s.a.w berkata kepada mereka yang kufur itu bahawa baginda s.a.w tidak mengatakan yang harta perbendaharaan milik Allah berada di sisinya.

Bahkan Nabi s.a.w tidak pernah memiliki harta kekayaan walaupun baginda s.a.w berupaya untuk mendapatkannya.

Ini kerana baginda s.a.w pernah ditawarkan oleh golongan kafir Quraisy harta kekayaan dan pangkat kedudukan jika baginda s.a.w meninggalkan kerja-kerja dahkwah mengajak manusia kepada Islam.

Nabi s.a.w boleh memohon pertolongan Allah untuk mendapatkan harta kekayaan atau perbendaharaan Allah jika dia mahu. Tetapi baginda tidak berbuat demikian Inilah sifat zuhud dan tawaduk baginda s.a.w

Sejarah membuktikan baginda adalah seorang Nabi yang tidak mempunyai harta kekayaan, tidak seperti Nabi Sulaiman a.s. bahkan semasa wafat baginda s.a.w masih berhutang dengan Yahudi di Madinah.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan aku pula tidak mengetahui perkara yang ghaib." (Surah al-An'am:50)

Allah juga memerintahkan Nabi s.a.w supaya memberitahu orang-orang kafir itu bahawa perkara ghaib itu adalah di dalam ilmu Allah SWT. Nabi Muhammad s.a.w tidak akan dapat mengetahuinya melainkan Allah yang memberitahunya. Nabi s.a.w tidak berkuasa untuk mengetahui semuanya itu melainkan Allah yang memberitahu kepadanya.

Banyak peristiwa dalam sejarah menjelaskan bagaimana Allah SWT menampakkan perkara-perkara ghaib kepada Nabi s.a.w di mana Nabi s.a.w melihat malaikat dan Jibrail dalam pelbagai rupaya seperti seorang lelaki yang lawa dan berpakaian serban putih dan dalam bentuk rupanya yang asal datang menemui Rasulullah s.a.w dalam banyak peristiwa sepanjang hayatnya sehingga baginda s.a.w wafat.

Allah berfirman lagi, "Aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat." (Surah al-An'am : 50)

Allah turut memerintahkan nabi s.a.w berkata kepada golongan kuffar itu bahawa beliau tidak pernah mengatakan dan mengakui bahawa baginda adalah seorang malaikat. Baginda adalah seorang manusia yang dipilih oleh Allah menjadi rasul. Baginda masih bersifat seperti manusia biasa yang lain, perlu makan dan minum, perlu berkawin dan sebagainya.

Orang-orang kafir itu menghina Nabi s.a.w kerana perkara ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Mengapa rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar seperti manusia lain)?" (Surah al-Furqan:7)

Cuma bezanya dengan manusia yang lain ialah baginda s.a.w diutuskan sebagai rasul untuk menyampaikan dan memberi contoh teladan yang baik kepada manusia bagaimana seharusnya mereka melaksanakan segala suruhan Allah daripada sekecik-kecil perkara sehingga ke sebesar perkara daripada membuang duri dan batu di tengah jalan sehingga mendirikan kerajaan Islam dan menegakkkan hukum Allah SWT di atas muka bumi dan berjihad, berperang bagi menegakkan agama Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud, "Aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku." (Surah al-An'am : 50)

Allah SWT memerintahkan Nabi s.a.w berkata kepada golongan yang tidak beriman itu bahawa baginda s.a.w tidaklah melakukan sesuatu perkara melainkan menurut segala perintah wahyu daripada Allah yang disampaikan kepadanya melainkan Jibrail a.s

Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud," Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya." (Surah an-Najmu:3-4)

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL

Oleh:  YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan
dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang
diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.
Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang
memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama
manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan
mempunyai hak yang dihormati.


Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik
Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang
menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada
rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.
Sedangkan pada diri Rasulullah itu adanya teladan politik Islam yang terbukti
memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan
Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak
selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama
manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum
minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi
ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak
perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi
keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan
Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya
berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat
Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang
menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang
rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana
dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

12 Rabiul Awal 1432 H / 15 Februari 2011

Monday, February 14, 2011

Hobi 1 Keluarga 1 Sarawak ( 1Malaysia?): Merampas Hak Rakyat ?!

Tanah adat: Penduduk cabar keluarga Taib
Penduduk desa dari enam kampung di daerah Lundu, Sarawak hari ini, keluar beramai-ramai mengemukakan tuntutan balas dan hujah mereka ke atas sebuah syarikat yang didakwa menceroboh tanah adat istiadat (NCR) mereka.

Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholderTanah berkenaan dilaporkan diberikan kepada Polar Horizon Sdn Bhd, anak syarikat Titanium Management Sdn Bhd, yang majoriti sahamnya dimiliki oleh anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, - Abu Bekir melalui sewa pajakan sementara (PL).

Ia merangkumi tiga bidang tanah yang dikenali sebagai Lot 176 dan Lot 177 di blok 5 dan Lot 478 di blok 6 di daerah Sampadi dan sewa pajakan sementara dikeluarkan oleh Penguasa, Tanah dan Bancian, daerah Kuching.

Syarikat berkenaan mendapat tiga bidang tanah meliputi 1,500 hektar itu pada 3 Februai tahun lalu.

azlanBerbekalkan PL itu, Polar Horizon kemudian mengeluarkan notis kepada penduduk kampung Kampung Kangka, Kampung Sampadi, Kampung Sungai Kampung Cina, Kampung Stoh, Kampung Ulu Riam/Setia Jaya dan Kampung Sungai Belian untuk mengosongkan tanah mereka dalam masa 30 hari.

Apabila arahan itu tidak dihiraukan, syarikat berkenaan mengajukan tindakan mahkamah terhadap pemilik tanah NCR tersebut.

Polar Horizon juga menamakan Rona Hijau Sdn Bhd, sebuah syarikat perladangan, usahasama penduduk kampung berkenaan dengan sekumpulan ahli perniagaan di Sibu, dalam saman mereka.

NONEPenghulu Kipli Lihi, Ambi Uri, Layang Engot, Sintu Layang, Je'ae Kamuri, Jamain Mahmud, Borhan Saidi, Kapli Liman dan Bohari Awang Awang Ali, mewakili diri mereka sendiri dan 481 penduduk di daerah itu memfailkan hujah dan tuntutan balas mereka di Mahkamah Tinggi Kuching hari ini.

Dalam kenyataan pertanan mereka berkata pengeluaran PL tidak mengikut undang-undang, haram dan terbatal kerana PL itu mencerobohi tanah adat mereka.

ncr sarawak land dispute blockade in simunjan 020708 01Menurut penduduk, kampung mereka itu asalnya, adalah perkampungan pribumi dengan penempatan asal di Kampung Sampadi ditubuhkan pada tahun 1902 oleh sekumpulan penduduk keturunan Kedayan Melayu. Sementara kampung-kampung lain ditubuhkan antara 1920 dan 1940 dengan persetujuan daripada kerajaan Rajah Brooke.

Kata mereka, pada setiap masa mereka menuntut kawasan berkenaan telah mereka miliki dan mendakwa ia sebagai tanah istiadat di kawasan itu dan di sekitar enam kampung yang lain.

DR. MAHATHIR: TAIB JANGAN JADI MUBARAK !!

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu menamakan penggantinya sebelum berundur daripada mengetuai pentadbiran negeri itu.

Katanya, Abdul Taib perlu bertindak demikian bagi mengelakkan Sarawak mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku di Mesir.

Mahathir menjelaskan, presiden Mesir Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan namun tidak ada pengganti bagi mengambil alih pentadbiran negara itu.

Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan presiden Mesir pada Jumaat (awal pagi Sabtu waktu Malaysia) ekoran demonstrasi berterusan selama 18 hari oleh jutaan rakyat negara itu.

Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, proses peralihan kuasa Taib perlu dijalankan dengan tertib.

Katanya, beliau menyerahkan kepada rakyat Sarawak bagi memutuskan waktu yang sesuai untuk Taib berundur.

Mahathir berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan satu NGO berkaitan kebudayaan Palestin di Shah Alam hari ini.

Abdul Taib pada minggu lalu berkata, belaui mengakui akan berundur daripada jawatannya yang dipegang sejak tahun 1981 itu.

Katanya, beliau akan bertindak demikian setelah mendapat pengganti yang sesuai bagi jawatannya itu.

ANAK SAUDARA KETUA MENTERI SARAWAK BERGAMBAR SAMBIL MEMEGANG SEGELAS BIR !!

PETIKAN DARI SARAWAKREPORT:

UNDANG-UNDANG KHAS UNTUK TAIB SEKELUARGA, DAN LAIN PULA UNTUK ORANG KEBANYAKAN?

Syabas! Untuk Elia Geneid, anak saudara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud yang juga anak perempuan kepada Raziah Mahmud. Elia kelihatan berani menampilkan diri di khalayak ramai, walaupun dia seorang Muslimin, bergambar sambil memegang segelas bir atau menikmati champagne, di mana Muslimin yang lain pula pasti akan dikenakan hukuman sebatan jika berbuat demikian!
Sarawak Report tidak menyalahkan pengambilan alcohol, tetapi meragui kenapa Elia dan rakan-rakan seagamanya berani beraksi untuk juru-juru gambar? Kita dapat simpulkan bahawa keberanian seperti itu wujud dari dalam keluarga mereka, di mana keluarga-keluarga Islam dari golongan kebanyakannya tetap mendidik anak-anak mereka untuk hidup dan bertindak sebagaimana dituntut oleh agama Islam.
Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud. Umat Islam, khasnya kaum Muslimin di Malaysia pernah dikejutkan oleh suatu kes di mana seorang model Muslim yang pernah ditahan kerana meminum bir di sebuah restoran hotel tetapi kemudian telah dikecualikan dari hukuman sebatan, tetapi, sebaliknya tidak bagi Elia. Mungkin Taib sekeluarga selalu memikirkan bahawa mereka berada di atas undang-undang, di mana mereka menggubal undang-undang hanya untuk dikenakan ke atas orang lain.
Kami ingin mencadangkan kepada Taib untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagaimana beliau harus mendidik ahli-ahli keluarganya, meneladani kes Kartika Sari Dewi Shukarno. Elia, seperti mana yang kita ketahui pada entri terdahulu merupakan pewaris kepada harta yang bernilai berjuta-juta ringgit yang diterimanya daripada bapa saudaranya Taib, dalam bentuk tanah-tanah yang dirampas dari orang-orang asal. Justeru itu, Elia sudah pastinya telah melanggar undang-undang.
Pakcik Taib, kami ada menyimpan banyak lagi gambar yang menunjukkan ahli-ahli keluarga pakcik yang menunjukkan mereka berpakaian menjolok mata, gelas-gelas alkohol, barangan-barangan kemas mereka, walaupun pakcik sering berkhutbah sebagai seorang Muslim (mengalahkan seorang imam), tetapi akan menyebabkan mereka merasa marah terhadap pakcik.

Taib dijangka bubar DUN Sarawak hujung minggu, temu Gabenor Jumaat

Petikan dari The Malysian Insider

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Jumaat ini untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri, kata sumber-sumber.
Sumber Astana Sarawak memberitahu The Malaysian Insider, pejabat ketua menteri telah pun menghubungi minggu lalu untuk mendapatkan tarikh pertemuan dengan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bagi pembubaran, yang akan membuka laluan kepada pilihan raya negeri.
Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006.
Satu lagi sumber kerajaan negeri berkata pegawai-pegawai daerah juga telah diminta agar membekukan cuti kakitangan mereka mulai 19 Februari ini iaitu kemungkinan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan bulan ini, kemungkinan pilihan raya akan diadakan akhir Mac atau awal April.
Mandat semasa kerajaan negeri sepatutnya berakhir Julai ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari jika pembubaran diputuskan.
The Malaysian Insider semalam membawa laporan bahawa BN dilihat tidak cenderung untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya umum nasional dan negeri Sarawak secara serentak meskipun beberapa pemimpin negeri itu membawa idea tersebut pada mesyuarat perikatan itu Jumaat lalu.
Sehubungan itu, difahamkan pilihan raya negeri Sarawak akan didahulukan dan dijangka berlangsung awal April ini atau kemungkinan akhir Mac.
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat lalu turut membincangkan beberapa persediaan sebelum parti itu mengadakan Konvensyen BN Sarawak di Kuching pada 5 Mac ini.
Konvensyen itu nanti akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak.
Najib juga memberitahu wartawan Taib sudah mendapat “inspirasi” untuk memanggil pilihan raya negeri.
Mengambil kira perkembangan terbaru ini tarikh pilihan raya negeri sudah semakin dekat.
Taib pula akan menyambut ulang tahun ke-30 mengetuai kerajaan negeri pada 26 Mac ini dan kemenangan kali ini akan menjadikan beliau ketua menteri paling lama berkhidmat.
Ada pihak yang beranggapan bahawa beliau mahu melengkapkan tiga dekad itu dengan kemenangan dan mandat baru.
Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden komponen terbesar periktan itu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) terus meletakkan pemerhati-pemerhati politik dalam situasi terus meneka dan membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya negeri.
Selepas kembali dari menunaikan haji akhir tahun lalu, pemimpin berusia 74 tahun membayangkan bahawa beliau sudah menerima inspirasi bila perlu memanggil pilihan raya.
“Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu (tarikhnya),” kata beliau kepada pemberita November lalu.
Taib dikatakan berhadapan dengan tekanan daripada rakan-rakan dalam BN agar berundur ekoran kemerosotan popularitinya di sebalik dakwaan salah guna kuasa.
Kemenangan DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu Mei lalu – dilihat sebagai referendum ke atas kepimpinan Taib – telah menyebabkan BN mula bimbang mengenai tapak pengaruhnya di Sarawak, negeri yang selama ini dilihat sebagai deposit hayat perikatan itu.
BN Sarawak mempunyai 63 wakil di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi dengan 35 dimenangi PBB, 12 dipegang Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan lapan masing-masing oleh Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratk Progresif Sarawak.
Daripada baki lama kerusi, DAP mempunyai enam, PKR satu dan Bebas satu.
SPR mengumumkan kesediaan negeri itu mengadakan pilihan raya negeri Sarawak bila-bila masa dengan berkata pihaknya sudah lama membuat persediaan.
BN dijangka mengekalkan negeri itu dengan majoriti selesa meskipun ada yang mengatakan DAP kemungkinan boleh memperoleh lebih banyak kerusi di kawasan-kawasan bandar.
Seorang pemimpin DAP memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka juga mendengar kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri hujung minggu ini dan telah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri.
“Kami sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri,” kata seorang pemimpin DAP negeri.

Sunday, February 13, 2011

Satu Lagi, Isu Rampasan Tanah Rakyat Sarawak

Satu Lagi, Isu Rampasan Tanah Rakyat Sarawak
Kuching 11 Feb. (Jumaat) : Seramai 200 orang penduduk dari Sempadi, Lundu telah memfailkan saman di mahkamah tinggi Petra Jaya Kuching, terhadap syarikat TITANIUM SDN BHD(syarikat kepunyaan adik-beradik Ketua Menteri Sarawak) kerana merampas tanah mereka secara tidak sah. Tanah adat ini yg berkeluasan 6000 hektar, melibatkan 5 buah kampung melayu dan sebuah kampung Iban.

TAHNIAH RAKYAT MESIR !!

Oleh:  YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.


Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.

Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.

Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.

Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana.

Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini. Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

Pengunduran Mubarak; PAS ucap TAHNIAH !!

PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.
PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.
“Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir,” ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter.
Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu.
Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.
“Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim
Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat.
Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.
“Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat,” ujarnya.
Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.
Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.
Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Friday, February 11, 2011

1 Lagi Isu Rampasan Tanah TERBONGKAR di Sarawak !!!

SATU LAGI ISU RAMPASAN TANAH DI SARAWAK TERBONGKAR !!

KUCHING 8 Feb. : Satu sidang media telah diadakan bersama dengan Pengerusi Lajnah Tanah Pembangunan Wilayah PAS Pusat saudara Mazlan Aliman  dan Pesuruhjaya PAS Sarawak Hj. Adam bin Hj. Ahid beserta beberapa penduduk kampung yang mengalami masalah tanah mereka. Dalam sidang tersebut, Hj Bujang bin Dawi & Hj. Buyong bin Hj. Sahmat dari kampung Jaie yang mewakili 80 pemilik tanah telah mengadu tentang tanah mereka (terletak di Sungai Bayar Hutang Santubong) yang telah diusahakan sejak tahun 1945, telah digadai oleh sebuah syarikat kepada pihak bank dengan nilaian RM65 juta.    
Mereka telah memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan geran tanah atau pampasan yang setimpal apabila tanah mereka dirampas oleh pihak-pihak tertentu yang tidak diketahui kepentingannya melalui pelbagai saluran termasuk wakil-wakil rakyat dan pihak-pihak berautoriti. Namun tiada sebarang penyelesaian diperolehi oleh mereka. Sehubungan dengan itu, saudara Mazlan Aliman mencabar Ketua Menteri Sarawak supaya menyelesaikan isu tanah ini segera sebelum pilihanraya DUN yang akan datang selaras dengan slogan BN "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", dan memperjuangkan ketuanan Melayu dan Islam.
Atas keperhatinan terhadap isu ini, PAS Sarawak Insya Allah akan membuat satu inisiatif untuk mengumpul semua pemilik tanah rakyat Sarawak yang tertindas dalam satu Program Himpunan Isu Tanah Sarawak pada awal Mac 2011 nanti bertempat di Kuching yang akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi daripada PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Sehubungan dengan itu PAS Sarawak menjemput semua rakyat Sarawak yang mempunyai isu tanah mereka untuk hadir di perhimpunan itu nanti. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saudara Fidzuan 013-8012296 atau email : perhubungan.pas.sarawak@gmail.com.




Followers