Tuesday, November 30, 2010
Kampung Baru KL nak dipindahkan..Macam mana dengan SIBU ??!!
|
Sunday, November 28, 2010
TAKUT ATAU APA?
Akta Siber, Supaya Rakyat Pekak Dan Buta Maklumat. |
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad |
MONDAY, 22 NOVEMBER 2010 11:56 |
Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang akan memperkenalkan garis panduan bagi menerangkan definisi kesalahan hasutan secara terperinci satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapat maklumat sebenar di negara ini. PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN dapat diketahui oleh rakyat di negara ini. Seperti yang kita sedia maklum Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini. Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini, walaupun mereka mengupah individu untuk melemparkan fitnah kepada PAS dan Pakataan Rakyat. Pertarungan dan perbahasan di media baru berakhir dengan individu yang makan upah Umno BN lari lintang pukang kerana tidak tahan dengan asakan yang dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat Seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, ia hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja. Malahan setengah tempat Umno terpaksa swastakan program penerangan melalui NGO yang pro Umno supaya menganjurkan program, jika tidak orang tidak mahu datang jika atas lambang Umno. Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN seperti yang diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi BN. PAS berpendapat tidak cukup lagi kah Umno mengongkong rakyat dengan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan. Kerajaan boleh bertindak ,mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan. Adakah salah rakyat pada hari ini mendapat maklumat yang benar supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat untuk melantik pemegang amanah khazanah di negara ini. Jika maklumat yang didedahkan ini seperti maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa maka kerajaan boleh bertindak. Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewengan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. PETIKAN DARI :Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
Adakah Kita Di Sarawak Sedar Atau Buat-buat Tak Sedar?Mungkinkah Juga Berlaku Di Sarawak?
Tarif air: Jelas Umno BN khianati rakyat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan. Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tuntutan Syabas yang disokong oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat. DPPWP juga, katanya kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan Syabas untuk menaikkan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan. “Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama Syabas selama 30 tahun dengan meletakkan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat,” ujarnya. Katanya, DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berharap Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat Syabas dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang. “DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum Rakyat ke Istana Negara,” ujarnya. Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, katanya maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus itu. Tambahnya, hatta pihak menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti. “Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikkan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti Syabas hari ini?” soalnya. Dalam hal ini, katanya rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas. “Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini,” katanya. Hakikatnya, kata beliau mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus dan kerajaan negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri. “Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan,” ujarnya lagi. |
Friday, November 19, 2010
Rezeki Adalah Dari Allah
Pembuka Kunci-kunci Rezeki Berdasarkan Kitab Al-Quran dan As-Sunnah
Paling kurang terdapat 10 Pembuka Kunci yang perlu di lakukan secara serius oleh setiap individu Mu’min yang berdasarkan panduanAl-Qur’an dan al-hadith sebagaimana yang tersebut dalam buku ‘Pembuka Kunci-kunci Rezeki Berdasarkan kitab Al-Qur’an dan As-Sunnah’ oleh Doktor Fadhl llaahi iaitu sebagai berikut:
1. Istighfar dan Taubat
i. Hendaklah dia menahan dari melakukan maksiat (tidak lagi mengulanginyalagi).
ii. Hendaklah dia menyesal terhadap ketelanjurannya.
iii. Hendaklah dia bercita-cita untuk tidak mengulanginya lagi.
iv. Hendaklah dia melepaskan hak tuannya. Hendaklah memulangkan semulaharta kepada tuannya atau meminta maaf atau meminta kemaafannya.
Tanpa salah satu ciri-ciri ini, menurut para ulama’, maka taubatnya adalah tidaksah.
2. Taqwa.
Memelihara diri dari perkara yang mencetuskan dosa; dan yang demikian diperoleh dengan meninggalkan perkara yang haram. Manakala ketaqwaan itu dapat disempurnakan dengan meninggalkan sebahagian perkara yang harus (mubaah).”
3. Berserah kepada Allah.
Berserah itu tidaklah bermaksud meninggalkan usaha (bekerja keras); dansungguhnya seseorang Islam perlu bekerja keras, bersungguh dan berusahamencari sumber pendapatan. Akan tetapi janganlah pula berpegang kepada kerja keras, kesungguhan dan usaha semata-mata (tanpa memohon kepada Allah); malah hendaklah beri’tiqad (mempercayai) bahawa semua perkara itu adalah kepunyaan Allah; dan sesungguhnya segala rezeki itu adalah daripada Allah, Tuhan Yang Maha Tunggal sahaja (tiada lah tuhan yang lain selain Allah).
4. Bertumpu Ibadah kepada Allah.
Maksudnya bukanlah dengan cara meninggalkan usaha kehidupan dan dudukdalam masjid sewaktu malam dan siang, tetapi apa yang di kehendaki adalahmenghadirkan hati dan tubuh di kala beribadah, terasa kusyu’ dan tunduk kepada Allah Yang Maha Tunggal, merasakan Kebesaran Allah Ta’aala dan merasakan bahawa dirinya sedang bermunajat dengan Tuhan maha Agung lagi Maha Berkuasa.
5. Susul-menyusul antara Haji dan Umrah.
Maksudnya hendaklah menjadikan salah satu antara keduanya ikut-mengikutkan, iaitu apabila kamu telah berhaji, maka hendaklah diikuti dengan umrah; dan apabila kamu telah ber‘umrah, maka hendaklah kamu berhaji; kerana keduanya saling ikut-mengikutkan (jika mampu).”
6. Menghubungi Keluarga
Kata silaturrohim (menghubungi keluarga) adalah menggambarkan berlaku baikkepada keluarga atau kerabat yang mempunyai pertalian keturunan dan sebabhubungan perkahwinan; juga menggambarkan hendaknya bersifat lemah-lembut dan bersimpati kepada mereka dan mengawasi keadaan-keadaan mereka.
7. Berbelanja Di Jalan Allah
Maksud berbelanja (disini) ialah : Berbelanja yang digalakkan dalam Agamaseperti berbelanja kepada orang fakir dan berbelanja di jalan Allah untukmenolong Agama (Islam).
8. Berbelanja Kepada Penuntut Ilmu Islam.
Berbelanja kepada penuntut atau orang-orang yang menumpukan masanya untuk mencari ilmu Agama Islam (Syara’)
9. Membantu Orang Yang Lemah (Miskin).
Mencari keridhaan Allah dan Rasulnya dengan membantu dan menolong orang-orang fakir (iaitu amat miskin atau orang yang memperoleh pendapatan yangserba tidak mencukupi). Allah akan menolong bagi sesiapa yang berbuatdemikian bagi menentang musuh-musuhnya (di kalangan orang-orang Kaafir) dan juga merezekikannya (sehingga mereka menjadi kaya).
10. Berhijrah Dijalan Allah.
Maksud hijrah sebagaimana kata Al-Imaam ar-Raaghib Al-Ashfahaani r.a. ialah“jalan keluar dari Negara kufur (syirik) ke Negara beriman (tauhid), sebagaimana perlakuan penghijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.’Hijrah itu wajib – sebagaimana kata as-sayyid Muhammad Rasyiid Ridha: “Dimana kewujudan berhijrah di jalan Allah Ta’aala bagi menegakkan AgamaNya sebagaimana yang diwajib dan dikasihi Allah Ta’aala, di mana orang-orang Mu’min di kehendaki menolong orang-orang yang dizalimi orang-orang Kaafir.”
Tuesday, November 16, 2010
Salam Aidil Adha daripada PAS Sibu !
Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kesetiaan dan kebenaran cinta Nabi Allah Ibrahim a.s. Keimanan tanpa cinta tiada sempurna, cinta tanpa pengorbanan adalah dusta. Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail a.s adalah mereka yang telah membuktikan kebenaran keimanan, kesetiaan, kecintaan dan pengorbanan.. Maka Allah amat mencintai mereka sehingga diberi kemuliaan untuk mendirikan Kaabah (rumah Allah) untuk seluruh manusia yang datang dari segenap penjuru dunia untuk beribadah kepada Allah, dengan penuh kecintaan dan kerinduan di sisi Kaabah.
Kaabah adalah simbol agama, hanya mereka yang benar dalam ketauhidan dan ikhlas dalam kecintaan yang layak untuk membangunkan agama. Di tangan mereka Allah akan memberi kemenangan agama sehingga kebatilan akan jatuh.
Imam Al-Ghazali rahimahullah menyebut dalam kitab Minhajul ‘Abidin bahawa empat halangan yang akan ditempuh oleh mereka yang benar menuju agamanya iaitu makhluk, dunia, nafsu dan syaitan. Mereka perlu bersungguh bermujahadah dalam ‘menyembelih’ empat halangan tersebut dengan memiliki kekentalan jiwa dan sanggup berkorban apa saja.
Apabila mereka berjaya menyembelihnya dengan penuh kesabaran, nescaya rumah Allah akan terbangun dalam jiwanya, cahaya Ihsan atau tirai makrifat secara kasyaf akan terbuka dalam batin qalbinya. Mereka akan mencapai kemanisan dan kelazatan dalam musyahadah dan muraqabahnya. Mereka akan mencapai kelazatan dalam ibadah, mencapai buah-buah yang enak dalam sifat mahmudah, tiada akan mudah tergoncang dengan ujian-ujian dan tiada gentar dalam perjuangan!
Salam Aidil Adha daripada PAS Sibu !
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Abusiraj Almuner (4)
- Hud Abusiraj Almuner (1)