Pages

Wednesday, November 6, 2013

PERUTUSAN MA'AL HIJRAH 1435H PAS SIBU


Sempena tahun baru hijrah ini,tidak terlambat lagi bagi kami PAS SIBU dengan penuh tawaduk mengucapkan "Salam Maal Hijrah 1435H" atau "Awal Muharam" 1435H / 2013|2014 Masihi kepada seluruh umat Islam di Sibu dan di seluruh dunia dan Malaysia amnya. 

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam  kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan baginda Rasuluallah dari Kota Mekkah ke Madinah pada  tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada
 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Bagi Kita Rakyat Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri dan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Awal Muharam, Maal Hijrah, doa akhir tahun
Awal muharam, doa akhir tahun, Maal Hijrah 1435H

Kami mendoakan agar kita semua berhijrah ke arah kebaikan, penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah Taala dan Nabi Junjungan kita Rasulullah S.A.W. Kecintaan kita kepada Allah Taala Dan Rasulullah agar dapat di perkukuhkan Serta dapat menjalinkan ukhuwah sesama umat Islam.

Semoga kehidupan kita sempena Maal Hijrah ini,agar Kita dapat menambahkan amalan dan ketakwaan kita kepadaNya agar mendapat ganjaran pahala dan keberkatan. 


Andri Zulkarnaen @ hud Abusiraj
Pas Sibu.

Followers