Pages

Tuesday, October 11, 2011

Peruntukan adil semua MP, bukan naik elaun!

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim 
Tuan Man menegaskan apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya 
menaikkan elaun para ahli parlimen (MP), tetapi cara untuk menyalurkan 
semua peruntukan MP kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka 
wakili secara adil.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz
 mengumumkan bahawa beliau telah memutuskan untuk menarik balik 
peruntukan RM30 juta dalam Bajet 2012 selepas bantahan dilahirkan oleh
 wakil rakyat pembangkang.

“Namun kali ini, rakyat bernasib baik kerana hasil daripada kehendak MP Pakatan Rakyat, kerajaan
 BN terpaksa membatalkan cadangan kenaikan elaun MP. Inilah bukti sahih yang membolehkan
 membuat perbandingan wakil rakyat belah mana yang lebih prihatin dan sensitif kepada keperitan 
rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Seharusnya kata Tuan Ibrahim, rakyat marhaen yang terbeban dengan kos hidup sama ada yang 
bekerja di agensi swasta atau kerajaan, khususnya golongan yang terdedah kepada gejala rasuah
 yang menjadi-jadi yang mengakibatkan kos sara hidup mereka meningkat dan ditambah pula dengan peningkatan tanggungjawab dalam keluarga, perlu diberi lebih perhatian berbanding MP oleh kerajaan.
Memberi peruntukan kepada semua MP tanpa mengira batasan politik, kata Tuan Ibrahim adalah lebih
 adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat.

“Sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan maka 
peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap MP yang dipilih oleh
 rakyat dalam sistem yang telah diiktiraf oleh kerajaan.

"Bilamana selama ini, peruntukan hanya diberi kepada YB daripada parti pemerintah sahaja
 (samada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan.
 Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana 
yang akhir menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk 
memudahkan urusan kehidupan mereka,” tegas beliau.

Tuan Ibrahim juga menyelar kesesuaian masa cadangan untuk menaikkan elaun MP dibuat 
tatkala kehidupan rakyat masih dalam keadaan yang perit.

“Di saat Perdana Menteri dan ahli parlimen membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan 
mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), 
naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka,
 tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun MP, yang telahpun dianggap besar bagi 
golongan rakyat yang perit.

"Kenaikan elaun MP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri, timbalan menteri 
dan lain-lain,” kata beliau.
Katanya, kenaikan elaun MP bakal menyebabkan negara terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) 
yang semakin bertambah.

“Rakyat marhaen bolehlah menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang 
diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering kali hanya akan ‘mengutamakan yang senang’,” 
hujah beliau lagi.

DHPP Nafi Ugut Tinggalkan PAS: Pang Chow

Pang Chow nafi sekeras-keras ugut tinggalkan PAS| Print |
 
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.
Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar).
"Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.
"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapor," kata beliau kepada Harakahdaily.
Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.

Selesai Melalui MesyuaratSementara itu, berdasarkan laporan Sinar Harian itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) itu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, sewajarnya Pang Chow yang menerajui DHPP lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa DHPP yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini. Beliau juga mengingatkan Pang Chow untuk tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti. 
Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai DHPP yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. 
"Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Latif menyatakan demikian ketika memberikan ulasan berkaitan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini. 
Di dalam kenyataannya, Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika PAS terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan."Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia. 
"Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS samada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan non muslim. 
"Pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata beliau dalam kenyataan itu.
Oleh yang demikian, katanya, Pang Chow selaku Pengerusi DHPP sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan penjelasan kepada non muslim agar tidak khuatir dan bimbang dengan pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan parti."Ingin saya ingatkan bahawa kerajaan Kelantan akan terus menjaga dan menjamin hak-hak masyarakat non muslim dan ia diterima oleh rata-rata ahli DHPP," katanya. 
Sebagai contoh pada 8 Oktober 2011 yang lepas telah diadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk anjuran kerajaan negeri Kelantan. 
Ia dihadiri oleh wakil-wakil DHPP dari seluruh negara dan rata-ratanya memberikan respon yang cukup positif dan menyambut baik hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasakan hudud ke atas umat Islam di Kelantan.
NurMoon


















Saturday, October 8, 2011

PERGOLAKAN DALAMAN PBB/BN DI SIBU...KEKECEWAAN DAN PEREBUTAN KUASA !!


Suasana yang tenang sekali di bandar Sibu; selepas PilihanRaya Negeri yg lepas, penduduk di Sibu seolah-olah akur 100% dengan kemenangan Barisan Nasional di kawasan Nangka; dan penduduk-penduduk yg lain pula masih memperkatakan kehebatan Pakatan Rakyat memenangi kerusi majoriti di Sibu. 

Namun, apa yg berlaku disebalik ketenangan YB baru Nangka ataupun rangkaian BN di Sibu khasnya, ada cerita tersembunyi di sebalik "Mi Jimbau"..

Kroni-kroni PBB asyik memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat Sarawak; di Sibu khasnya, sudah menghadapi saat-saat yg kritikal. Perebutan kuasa serta kawasan bertanding utk PRU13 dan macam-macam lagi tuduhan ditabur oleh PBB kepada PR..namun, itu semua hanyalah satu fitnah dan lakonan oleh PBB kerana mereka ingin menyembunyikan sesuatu yg kritikal berlaku didalam organisasi mereka.

Perebutan kuasa, perebutan kawasan bertanding; jatuh menjatuh sesama rakan juga berlaku dengan lebih dahsyat di dalam pergolakan PBB/BN sesama sendiri.

Ada info yg sampai ke meja admin; exco pemuda yg berpengaruh Sibu/Sarawak sekarang dalam proses menjatuhkan kredibiliti pemimpin-pemimpin atasan PBB/BN Sarawak. Ini adalah hanya kerana kepentingan kuasa kawasan serta perniagaan masing-masing. Persaingan ini dijangka akan menjadi lebih ketara dan sengit jika masing-masing mempertahan ego serta hak mereka. 

Sudah pastinya, rakyat setempat yang akan menjadi mangsa. Wujud rasuah sulit (secara diam-diam diberikan kepada sekumpulan rakyat tertentu) untuk tujuan memulakan aktiviti hasut-menghasut.

Jadi, disini inginlah ditegaskan bahawa, setiap apa yg kerajaan BN/PBB suarakan di mana-mana saluran media, TV mahupun suratkhabar atau blog, kita sebagai rakyat yg sudah matang, hendaklah menilai dahulu setiap input yg masuk. Nilai dan buat kesimpulan; bahawa PAS bukannya komunis, akan tetapi yg membuatkannya keruh ialah cerita-cerita fitnah dari umat sesama ISlam (BN/PBB) sendiri..


@NurMoon

BAJET 2012: PAS SIBU BERSYUKUR SEADANYA..(ALHAMDULILLAH)...TETAPI.......

REAKSI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT:
Mahfuz Omar (Pokok Sena)

Gembira kerana kerajaan mengambil tawaran-tawaran dalam bajet Pakatan Rakyat, "yang penting rakyat dapat sesuatu."

NONE"Tetapi apa yang saya bimbang, banyak bantuan itu bersifat one off. Apakah jaminan bahawa bantuan ini tidak akan ditarik balik selepas ini?

"Segala pemberian itu dapat ditarik balik oleh PM mengikut harga minyak yang diumumkan pada masa akan datang."


"Tidak bersetuju dengan pengecualian cukai ke untuk pengusaha teksi, sebab yang untung syarikat teks.

"Mereka ini yang banyak dapat permit daripada kerajaan, bukannya pemilik teksi individu."

Lim Guan Eng

Bantuan yang diberikan kepada rakyat itu kali pertama diberikan. Sebelum ini tidak diberikan langsung, tentulah kita rasa itu amat wajar. Tapi jumlah yang diberikan amat kecil (bantuan untuk warga emas).

lim guan engLebih baik beri RM1,000 seperti dicadangkan Buku Jingga. Kita tidak tahu apakah ia hanya diberikan setiap tahun atau hanya lima tahun sekali.
Hanya masa pilihanraya saja bagi, lepas itu tak ada bagi lagi. Bukan macam negeri Pakatan Rakyat, setiap tahun kita bagi tak kira ada pilihan raya atau tidak.

Nurul Izzah (ahli parlimen Lembah Pantai)


Saya bimbang, tak tahu kerajaan nak dapatkan dari mana sumbernya untuk perbelanjaannya.

nurul izzah 050407 smilePotongan perbelanjaan pun tidak disebut, kemudian mahu ditambah pula elaun untuk ahli parlimen.

Kita nak perkasakan parlimen tetapi tidak semestinya dengan naikkan gaji ahli parlimen bila masa rakyat terbanyak sedang susah.

Dalam pendidikan, dan juga elaun kepada kerajaan, dan juga bonus kepada pesara itu serupa.

Saya tidak tolak, demi rakyat kita terbuka. Pertembungan idea, dasar diambil merupakan idea terbaik demi rakyat.

Tian Chua (ahli parlimen Batu)

PM sebut budaya politik baru, konfrontasi antara kerajaan dengan pembangkang itu bukan lagi corak budaya yang hendak diteruskan. Kita setuju.

Tapi kalau ini hendak diteruskan, bukan saja atas mulut saja. Media tian chua 01 240505harus dibuka supaya kedua-dua pihak dapat berbahas dan membanding.

Penekanan Pakatan dalam tiga tahun ini ialah kebajikan. Kita telah berjaya alihkan tumpuan ekonomi dulu, BN dengan projek mega, kini ada persamaan dalam tumpuan kepada golongan bawahan.

Orang yang terima gaji lebih rendah, keluarga miskin dapat bantuan. Tapi tak cukup dengan bantuan one off.

Lebih penting lagi ialah kukuhkan institusi supaya pembahagian harta negara ini lebih telus dan adil.

Kita juga tekankan kecekapan institusi kerajaan di mana rasuah dapat dikurangkan dan ketirisan dikurangkan.

Ini tidak banyak ditekankan dalam bajet PM, contohnya pengukuhan SPRM, Suhakam, dan kehakiman. Ini tidak disebut dalam belanjawan.

PAS SIBU: LAIN PULA DI SARAWAK, DI SIBU KHASNYA; pada PAS Sibu, bajet ialah bajet. Kita hanya mampu bersuara tetapi untuk mengubahnya, mana mungkin?!..
Bajet tahunan yang kerajaan BN buat sememangnya memihak kepada rakyat. Namun persoalan nya di sini ialah, BERAPAKAH JUMLAH SEBENAR PENDAPATAN ATAU PERUNTUKAN NEGARA? CONTOHNYA:

Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan Kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI khususnya menumpukan kepada kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah tersebut 181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.

ADAKAH PERUNTUKAN 232.8 billion ringgit DI ATAS SUDAH TERMASUK BAHAGIAN UTK ORG2 BN?..SETIAP PROJEK 1 JUTA TU, 20% MILIK KRONI2 BN?! 

INI BERMAKSUD, AKAN BERLAKU PENGURANGAN NILAI SEHINGGA MENCECAH 20-30% UTK SETIAP PROJEK YANG AKAN DILAKSANAKAN NANTI. MAKSUDNYA NILAI SEBENAR YANG AKAN SAMPAI KE RAKYAT IALAH LEBIH KURANG CUMA 186.24 BILLION RINGGIT SAHAJA..46.56 BILLION BAKAL MASYUK POKET PEMIMPIN2 BN!!...ATAS SEBAB ITULAH..BAJET DILAUNGKAN GEMPAK, TAPI NAMPAK TAK KE MANA PUN...
RENUNG2KAN...


@NurMooN

Followers