Pages

Saturday, October 8, 2011

PERGOLAKAN DALAMAN PBB/BN DI SIBU...KEKECEWAAN DAN PEREBUTAN KUASA !!


Suasana yang tenang sekali di bandar Sibu; selepas PilihanRaya Negeri yg lepas, penduduk di Sibu seolah-olah akur 100% dengan kemenangan Barisan Nasional di kawasan Nangka; dan penduduk-penduduk yg lain pula masih memperkatakan kehebatan Pakatan Rakyat memenangi kerusi majoriti di Sibu. 

Namun, apa yg berlaku disebalik ketenangan YB baru Nangka ataupun rangkaian BN di Sibu khasnya, ada cerita tersembunyi di sebalik "Mi Jimbau"..

Kroni-kroni PBB asyik memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat Sarawak; di Sibu khasnya, sudah menghadapi saat-saat yg kritikal. Perebutan kuasa serta kawasan bertanding utk PRU13 dan macam-macam lagi tuduhan ditabur oleh PBB kepada PR..namun, itu semua hanyalah satu fitnah dan lakonan oleh PBB kerana mereka ingin menyembunyikan sesuatu yg kritikal berlaku didalam organisasi mereka.

Perebutan kuasa, perebutan kawasan bertanding; jatuh menjatuh sesama rakan juga berlaku dengan lebih dahsyat di dalam pergolakan PBB/BN sesama sendiri.

Ada info yg sampai ke meja admin; exco pemuda yg berpengaruh Sibu/Sarawak sekarang dalam proses menjatuhkan kredibiliti pemimpin-pemimpin atasan PBB/BN Sarawak. Ini adalah hanya kerana kepentingan kuasa kawasan serta perniagaan masing-masing. Persaingan ini dijangka akan menjadi lebih ketara dan sengit jika masing-masing mempertahan ego serta hak mereka. 

Sudah pastinya, rakyat setempat yang akan menjadi mangsa. Wujud rasuah sulit (secara diam-diam diberikan kepada sekumpulan rakyat tertentu) untuk tujuan memulakan aktiviti hasut-menghasut.

Jadi, disini inginlah ditegaskan bahawa, setiap apa yg kerajaan BN/PBB suarakan di mana-mana saluran media, TV mahupun suratkhabar atau blog, kita sebagai rakyat yg sudah matang, hendaklah menilai dahulu setiap input yg masuk. Nilai dan buat kesimpulan; bahawa PAS bukannya komunis, akan tetapi yg membuatkannya keruh ialah cerita-cerita fitnah dari umat sesama ISlam (BN/PBB) sendiri..


@NurMoon

No comments:

Followers