Pages

Sunday, September 26, 2010

Demi Cinta Allah dan Rasul

Kami (PAS Sibu) mengajak bukannya kerana kami sempurna,
Kami hanya menyintai Ummah ini agar kembali kepada Risalah Nabi sallaLlahu 'alaihi wassalam
Membina Ihsan dan membina akhlak kehidupan berlandaskan Syariah
Agar ummah ini dapat bernafas dan memimpin
Akibat dikoyak rabakkan oleh Yahudi dan Nasrani

Jiwa Islam perlu dimiliki
Walau apa bentuk kehidupan dirimu
Sama ada kaya atau miskin, ulama atau pelajar, pemimpin atau rakyat, berpangkat atau tiada berpangkat, bapa atau ibu,usahawan atau pekerja
Kehidupan yang bersulam amanah, jujur, ikhlas, cinta, redha, menghormati dan takut pada intipan Allah
Lahirlah Ummah dan Negara yang kuat serta harmoni

Kembalilah diri pada matlamat yang utama
Illahi anta maksudi waridha kamatlubi (Ya Allah, Engkaulah yang ku maksudkan, dan keredhaanMu lah yang ku cari)

Carilah nilai Allah dalam kehidupan ini
Bukannya nilai dari kaca mata insan yang juga dhaif dan hina seperti mu


Al-Faqir ilaLlah
PAS Sibu, Sarawak

Monday, September 13, 2010

Salam Idulfitri: Kekalkan Hidup Beragama

bismillah.jpg


id1.jpg



Firman Allah S.W.T:
id2.jpg




Bermaksud: 
“(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Quran, surah Al-Fath 48:4)
Segala kebesaran milik Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berabdi dengan beribadat di sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya menyambut Hari Raya Idulfitri, 1 Syawal  1431H ini. Sesungguhnya kesempatan setiap Ramadhan disediakan oleh Allah SWT wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan amal ibadah demi meningkatkan ketaqwaan selari dengan tujuan berpuasa.
Asas kehidupan manusia yang beriman dan bertaqwa sudah pasti berpandukan agama. Ini kerana ajaran agama menyediakan perlembagaan hidup yang sebenar. Maka kehidupan orang yang taqwa sudah pasti hidupnya selari dengan agama, yakni perlembagaan hidup yang berteraskan agama. Justeru kehidupan seorang yang beragama adalah terlalu jauh bezanya dengan kehidupan berpandukan perlembagaan buatan (digubal) manusia. Ini kerana tuan punya dunia ini telah menetapkan adanya hari pembalasan dan ini wajib diulang-ulang berbelas-belas kali setiap hari di dalam solat (maliki yaumid din). Oleh yang demikian, apalah sangat pihak yang menggubal perlembagaan, apakah mereka dapat menjamin bahawa roh perlembagaan yang digubal manusia itu dapat memuaskan hati pihak hakim di akhirat kelak iaitu Allah SWT? Tanpa ada sebarang keraguan di mahkamah Allah (without any shadow of doubt). Bolehkah perlembagaan buatan itu dapat menyelamatkan seseorang manusia itu daripada neraka Allah SWT?
Perlembagaan sebenar (alsirat al-mustaqim) ialah al-Quran yang kita tadarus, yang kita baca di dalam solat, di pejabat, di dalam perjalanan ke pasar atau ke mana-mana. Ia mengandungi nur iaitu cahaya.
Cahaya itu bukan cahaya matahari, bulan, bintang tetapi cahaya yang menyuluhi qalbu insan, bagi menentukan halal dan haram, dosa pahala, taat maksiat dan syurga neraka. Tanpa adanya cahaya ini manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Itulah gunanya al-Quran, iaitu untuk menimbal kelemahan-kelemahan manusia. 
Sebab itu di dalam saat manusia berhibur pada hari ini, galak dengan makan minum, pakaian yang baru, manusia tetap disuruh, melaungkan Allahuakbar sekuat-kuatnya, di merata-rata tempat, bukan sahaja di masjid dan di surau. Ini kerana jika Allahuakbar adalah Akbar, terbesar, terpenting, maka segala urusan hidup lain menjadi kecil, boleh diketepikan bila bertembung dengan kehendak Allah SWT. Di negara kita, umat Islam masih agak terikat dengan budaya bertakbir di masjid dan di surau sahaja. Saya mencadangkan agar kita mempelopori suasana yang baru, berteraskan sunnah, iaitu kita bertakbir di mana-mana tempat (di mana yang sesuai).
InsyaAllah jika semangat takbir ini dihayati sepenuhnya, banyak permasalahan yang berlaku di dalam negara dapat diselesaikan. Masyarakat dapat hidup aman dan damai tanpa sebarang pertembungan yang melibatkan keturunan dan kebudayaan. Kita sudah tentu mengimpikan masyakarat di negara kita khususnya dapat hidup sejahtera tanpa sebarang gangguan dan ancaman yang terhasil dari perbezaan kaum dan keturunan. Melayu misalnya dapat menerima menantu dari keturunan Cina, India tidak merasa kekok untuk bemertuakan seorang Melayu bahkan Melayu dengan senang hati berjemaah dan berimamkan seorang Cina atau India yang Muslim. Ini boleh terhasil apabila semangat takbir dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bukan hanya sekadar meniti di bibir semata-mata.
Alhamdulillah, ini dapat kita saksikan sepanjang Ramadhan khususnya apabila masjid-masjid dan madrasah-madrasah dipenuhi dengan kaum Muslimin. Tanpa mengira bangsa, semua kita melafazkan amiin apabila imam menghabiskan bacaan al-Fatihah. Kita tidak merasa kekok apabila bahu kita bersentuhan dengan saudara seagama dari kaum lain ketika mengerjakan solat. Kita tidak berasa janggal untuk menghulurkan salam kepada rakan sebelah yang berbeza keturunan. Persoalannya, kenapakah perasaan ini tidak muncul di luar masjid dan madrasah? Jawapannya, kerana kebesaran Allah SWT hanya diikrarkan di dalam masjid sahaja dan tidak dibawa keluar sebagai asas kehidupan. 
Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar hari raya yang disambut pada tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya berjaya menjadi alat penyatuan di antara kaum yang berbeza dengan berteraskan kalimah takbir. Laungan takbir ini jauh lebih menjamin keselamatan dan keamanan jika dibandingkan dengan laungan perkauman yang dikumandangkan oleh golongan-golongan yang tertentu. Bahkan masyarakat non muslim sendiri pun tentunya merasa jauh lebih terjamin keselamatan dan ketenteraman mereka di bawah syiar Islam dibandingkan dengan syiar bangsa dan keturunan. InsyaAllah, jika ini dihayati, matlamat untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia akan tercapai. 
Pada kesempatan ini juga, tidak lupa saya berpesan agar anak-anak Kelantan di perantauan dapat berhati-hati semasa pulang berhari raya, terutama di sepanjang perjalanan. Perlulah diingat bahawa kepulangan kita ditunggu-tunggu oleh orang yang tersayang. Janganlah pula kepulangan di hari raya disambut dengan kedukaan. 
Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar setiap amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan khususnya diterima sebagai amalan yang soleh dan akan diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran.
Salam Idulfitri. Minal ’aidin wal faizin. 



Diambil dari blogtokguru.
YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz

title-biodata.png

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat 
Tarikh Lahir : 1931 
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan. 
Pengajian : Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut. Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan. Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab. Sarjana Perundangan Islam.






Friday, September 10, 2010

Warkah 'Iedulfitri Buat Diri Ku dan Sahabat-Sahabat PBB@BN Sibu yang di kasihi...

Orang yang melakukan ibadah tanpa kesedaran jiwa, tidak akan menemui kemanisan dalam amalnya itu. Justeru, para Ulama Tasawwuf amat menekankan apakah kesan atau hakikat yang diperolehi dari ibadah tersebut. Ia tiada dinilai berdasarkan gerak lahiriah semata-mata. Kesan yang dimaksudkan ialah perubahan dalam membuka hijab-hijab hati, sehingga hati menjadi cermin yang dapat mengungkap rahsia-rahsia Illahiah. Hati seperti ini akan merasa gerun, cinta dan teguh imannya kepada Allah SWT.

Dalam konteks politik tiada mana-mana pihak yang patut dipersalahkan kerana keduanya memang salah {segelintir ahli PAS dan PBB@BN). Ia berpunca apabila politik sentimen, emosi, nafsu diletakkan di hadapan, bukannya budaya politik matang, adab dan keterbukaan sebagaimana yang diajar dalam adab Islam.

Perbezaan idealogi politik tidak boleh dijadikan alasan untuk kita memutuskan silaturahim dan bantu membantu sesama saudara Islam. Kita menentang penyelewengan, kebatilan, kezaliman, kesalahan dengan cara dan adab yang ditunjuk oleh Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam.

Justeru itu, Aidilfitri mesti dipandang dari sudut untuk mengukuhkan perpaduan Islam walaupun ada perbezaan politik, perbezaan mazhab, perbezaan amalan, perbezaan idealisme dan lainnya. Manusia tiada akan dapat disatukan pemikiran, cita rasa dan budaya namun ia dapat disatukan dengan Islam yang berpegang pada Allah Pencipta sekelian manusia, Nabi bagi sekelian manusia, prinsip-prinsip Al-Quran yang menekankan keadilan, keamanan, kemakmuran, kasih sayang, toleransi yang memberi kebaikan pada sekelian manusia.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyaknya.” (Al-Ahzab: 21)

Al-Faqir ilaLLah
PAS Sibu, Sarawak


Wednesday, September 8, 2010

Khutbah Aidil Fitri daripada Ketua Pemuda PAS Pusat Ust. Nasarudin Hassan At- Tantawi



Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diusahakannya untuk hari esok (Hari Akhirat) dan teruslah bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu lakukan”.
Azza wa Jalla bersama Madrasah Ramadhan al Mubarak , meletakkan kita senantiasa di pandu hidayah dan taufiq Allah swt.

(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya yang dikurniakan kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”

Barang siapa membunuh seorang mukmin yang lain secara sengaja, maka balasannya adalah neraka Jahanam di mana dia kekal di dalamnya serta Allah murka kepadanya dan melaknatnya dan disediakan baginya azab yang besar.”


Allahuakbar …… walillaahilhamd ] adalah satu pengisytiharan atau deklarasi ummah untuk mengagongkan Allah swt dan membebaskan diri , aqidah , pemikiran serta tindakan dari sebarang anasir yang membawa kepada syirik. [ Justeru itu seluruh ummat Islam mencela iklan Aidil Fitri yang tersiar di TV 3 baru – baru ini apabila iklan tersebut menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Santa Claus di dalam sambutan Krismas.]
Membebaskan diri dari pengaruh syirik dan hanya meletakkan ketundukan serta kepatuhan kita [ sebagai seorang hamba ] hanyalah kepada Allah swt , sebenarnya memberi erti dan nilai yang sangat tinggi kepada ummah dan negara . Terutama disaat negara dan ummah menghadapi krisis nilai manusia dan bencana social yang mengancam kemurnian tamaddun dan peradabannya.
Tunduk dan patuh hanya kepada Allah swt ertinya menobat dan memartabatkan Ketuanan Allah swt. dalam seluruh aspek kehidupan termasuklah mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini sehingga ia mengatasi segala ideology yang dicipta oleh manusia . Sebagaimana sabda Rasulullah saw :


Islam adalah agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. surah al Jaathiyah ayat 18 – 19 :sebagai generasi masa depan ]

sudah mantap ilmu agamanya, sudah tahu cara menjaga pergaulan sebagaimana yang diajar oleh agama. Sudahkah mereka memenuhi tuntutan Islam dalam pengabdian diri kepada Allah swt dan juga adab mereka berpakaian, atau kita sengaja membiarkan mereka membesar dalam kejahilan serta ketempangan fikrah [ pemikiran ] dan syakhsiah [ peribadi ] ?


Harta dan anak-anak merupakan perhiasan dunia”.

mengagongkan hiburan ] dan menjadikan artis sebagai idola dan ikutan begitu menular dan membarah dalam dunia remaja hari ini. Betapa tidak … jiwa masyarakat kita hari ini saban hari disuap dengan pelbagai hiburan yang melalaikan. Termasuklah sambutan Aidil Fitri turut disogok dengan hiburan yang berlebihan berbanding takbir dan tahmid membesar dan mengagongkan Allah swt.

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu. Dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat, dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai ahli bait dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).



Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan (sesuatu apapun). Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)

Tuesday, September 7, 2010

Hidupkan Hati di 'Iedulfitri

Marilah kita di akhir Ramadhan meningkatkan jiwa KEHAMBAAN, KESYUKURAN dan CINTA sehingga hanyut kita dalam lautan keasyikan dengan Rabb. Berkhalwah atau iktikaflah di masjid-masjid mencari Lailatul Qadar agar kehidupan yang pendek ini diselubungi cahaya amal yang melimpah.

Jadilah diri kita golongan yang berebut-rebut mencari cahaya cinta Lailatul Qadar yang di dalamnya terkandung bisikan cinta ALLAH, RASUL dan para MALAIKAT . Marilah kita mendambakan cinta Allah dan Rasul dengan memperbanyakkan taubat yang benar, selawat yang penuh kerinduan dan cinta, zikir yang merubah jiwa, munajat dengan air mata kefakiran memohon keselamatan pada diri, keluarga dan ummah, solat yang khusyu dan tafakur yang tenggelam dalam sifat Kebesaran Allah.

Semoga fajar pagi Lailatul Qadar akan terus bersinar membawa perubahan pada diri para pencintanya dan terpancar pula kepada seluruh ummah.


Pas Sibu Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H.
Maaf Zahir dan Batin.
Hidupkan Hati dengan Allah
Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita semua

Wednesday, September 1, 2010

اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam 
  اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

Followers