Pages

Friday, September 10, 2010

Warkah 'Iedulfitri Buat Diri Ku dan Sahabat-Sahabat PBB@BN Sibu yang di kasihi...

Orang yang melakukan ibadah tanpa kesedaran jiwa, tidak akan menemui kemanisan dalam amalnya itu. Justeru, para Ulama Tasawwuf amat menekankan apakah kesan atau hakikat yang diperolehi dari ibadah tersebut. Ia tiada dinilai berdasarkan gerak lahiriah semata-mata. Kesan yang dimaksudkan ialah perubahan dalam membuka hijab-hijab hati, sehingga hati menjadi cermin yang dapat mengungkap rahsia-rahsia Illahiah. Hati seperti ini akan merasa gerun, cinta dan teguh imannya kepada Allah SWT.

Dalam konteks politik tiada mana-mana pihak yang patut dipersalahkan kerana keduanya memang salah {segelintir ahli PAS dan PBB@BN). Ia berpunca apabila politik sentimen, emosi, nafsu diletakkan di hadapan, bukannya budaya politik matang, adab dan keterbukaan sebagaimana yang diajar dalam adab Islam.

Perbezaan idealogi politik tidak boleh dijadikan alasan untuk kita memutuskan silaturahim dan bantu membantu sesama saudara Islam. Kita menentang penyelewengan, kebatilan, kezaliman, kesalahan dengan cara dan adab yang ditunjuk oleh Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam.

Justeru itu, Aidilfitri mesti dipandang dari sudut untuk mengukuhkan perpaduan Islam walaupun ada perbezaan politik, perbezaan mazhab, perbezaan amalan, perbezaan idealisme dan lainnya. Manusia tiada akan dapat disatukan pemikiran, cita rasa dan budaya namun ia dapat disatukan dengan Islam yang berpegang pada Allah Pencipta sekelian manusia, Nabi bagi sekelian manusia, prinsip-prinsip Al-Quran yang menekankan keadilan, keamanan, kemakmuran, kasih sayang, toleransi yang memberi kebaikan pada sekelian manusia.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyaknya.” (Al-Ahzab: 21)

Al-Faqir ilaLLah
PAS Sibu, Sarawak


No comments:

Followers