Majlis yang dimulakan dengan sambutan hangat oleh penduduk Miri serta ribuan penyokong Pakatan Rakyat setibanya jemputan khas tersebut di lapangan terbang dengan pelbagai tarian kebudayaan dan persembahan lain. Jemputan khas diiringi oleh konvoi kereta dan puluhan motorsikal yang mengibarkan bendera Pakatan Rakyat ke rumah Dr.Teo.
Majlis yang dimulakan pada sebelah pagi untuk ucapan ringkas dari wakil setiap parti, berhenti rehat pada tengahari; memberi ruang kepada rakyat Miri untuk meluahkan pelbagai masalah mereka kepada wakil rakyat yang mewakili Pakatan Rakyat.
Sesi dialog bertemu rakyat bersama YB Wong Ho Leng (DAP Sibu) |
Pada sebelah malam pula, ceramah dimulakan seawal jam 7 malam. Secara keseluruhannya mesej yang disampaikan oleh setiap wakil parti; terutamanya Daruk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Haji Muhammad Sabu, menyatakan bahawa rakyat Sarawak perlu berani untuk berubah; perlu sedar dengan apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.
" Kalau kita perhatikan perkembangan negara-negara luar yang telah dan sedang maju, mereka sibuk buat pembangunan pendidikan serta kebajikan; akan tetapi kita di Malaysia cuma sibuk buat bangunan" Demikian ulasan atau respon salah seorang penceramah jemputan terhadap isu Malaysia bakal mendirikan bangunan 100 tingkat. Kata beliau lagi, " Keseluruhan rakyat terutamanya golongan pekerja sektor kerajaan mengeluh; bonus 1 bulan gaji tak ada, tapi RM5 billion ada hanya untuk sekadar membina 1 bangunan 100 tingkat. Akan tetapi, cuba kita lihat rakyat di Sarawak khasnya, terutama di bahagian pedalaman, mahupun yang bukan pedalaman, masih tidak mempunyai bekalan elektrik serta air..itu adalah perkara asas yang wajib ada di setiap tempat kediaman. Tetapi adakah kerajaan betul-betul prihatin dengan isu tersebut? Sudah pastinya TIDAK....sudah berapa penggal kerajaan BN memerintah, perkara yang sama masih lagi tidak berubah.."
Dengan sokongan padu rakyat serta tindakan oleh pemimpin parti, Pakatan Rakyat kali ini yakin akan menumbangkan kerajaan BN pada pilihanraya yang akan diadakan dalam masa yang terdekat.
Majlis ceramah pada sebelah malam Majlis yang tamat pada jam 11.30 malam, dimana menyaksikan ribuan rakyat serta penyokong Pakatan Rakyat Miri masih tidak berganjak menandakan sokongan padu terhadap perubahan yang bakal berlaku di Sarawak. Ulasan lanjut boleh didapati di http://pas-miri.blogspot.com/2010/10/sambutan-hebat-bukti-rakyat-miri.html nurmoon. |
No comments:
Post a Comment