Pages

Saturday, October 30, 2010

Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat Miri

23 Okt; Miri: Pas Sibu telah pun menghadirkan diri ke Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat Miri yang diadakan di perkarangan rumah Dr.Teo (Ketua PKR Miri). Program berjalan lancar dan sambutan yang hangat diberikan oleh penduduk bandaraya Miri sejak dari ketibaan jemputan khas  Pakatan Rakyat  yang diketuai oleh  Datuk Seri Anwar Ibrahim(PKR),Tuan Haji Muhammad Sabu(PAS),Baru Bian (PKR) ,Wong Ho Leng(DAP). Turut hadir bersama ialah YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri,Fong PT(DAP) dan Edwin Dundang (SNAP) .
    Majlis yang dimulakan dengan sambutan hangat oleh penduduk Miri serta ribuan penyokong Pakatan Rakyat setibanya jemputan khas tersebut di lapangan terbang dengan pelbagai tarian kebudayaan dan persembahan lain. Jemputan khas diiringi oleh konvoi kereta dan puluhan motorsikal yang mengibarkan bendera Pakatan Rakyat ke rumah Dr.Teo.


    Majlis yang dimulakan pada sebelah pagi untuk ucapan ringkas dari wakil setiap parti, berhenti rehat pada tengahari; memberi ruang kepada rakyat Miri untuk meluahkan pelbagai masalah mereka kepada wakil rakyat yang mewakili Pakatan Rakyat. 
Sesi dialog bertemu rakyat bersama YB Wong Ho Leng (DAP Sibu)


Dalam majlis tengahari itu juga;rombongan dikejutkan dengan kehadiran tetamu istimewa Pn Haslina yang mengalami lumpuh untuk sama sama bertemu Datu Seri dan rombongan biarpun masih dalam jagaan hospital. 
    Pada sebelah malam pula, ceramah dimulakan seawal jam 7 malam. Secara keseluruhannya mesej yang disampaikan oleh setiap wakil parti; terutamanya Daruk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Haji Muhammad Sabu, menyatakan bahawa rakyat Sarawak perlu berani untuk berubah; perlu sedar dengan apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. 
    " Kalau kita perhatikan perkembangan negara-negara luar yang telah dan sedang maju, mereka sibuk buat pembangunan pendidikan serta kebajikan; akan tetapi kita di Malaysia cuma sibuk buat bangunan" Demikian ulasan atau respon salah seorang penceramah jemputan terhadap isu Malaysia bakal mendirikan bangunan 100 tingkat. Kata beliau lagi, " Keseluruhan rakyat terutamanya golongan pekerja sektor kerajaan mengeluh; bonus 1 bulan gaji tak ada, tapi RM5 billion ada hanya untuk sekadar membina 1 bangunan 100 tingkat. Akan tetapi, cuba kita lihat rakyat di Sarawak khasnya, terutama di bahagian pedalaman, mahupun yang bukan pedalaman, masih tidak mempunyai bekalan elektrik serta air..itu adalah perkara asas yang wajib ada di setiap tempat kediaman. Tetapi adakah kerajaan betul-betul prihatin dengan isu tersebut? Sudah pastinya TIDAK....sudah berapa penggal kerajaan BN memerintah, perkara yang sama masih lagi tidak berubah.."
Dengan sokongan padu rakyat serta tindakan oleh pemimpin parti, Pakatan Rakyat kali ini yakin akan menumbangkan kerajaan BN pada pilihanraya yang akan diadakan dalam masa yang terdekat.
Majlis ceramah pada sebelah malam


 Majlis yang tamat pada jam 11.30 malam, dimana menyaksikan ribuan rakyat serta penyokong Pakatan Rakyat Miri masih tidak berganjak menandakan sokongan padu terhadap perubahan yang bakal berlaku di Sarawak.

nurmoon.



Wednesday, October 27, 2010

Semua Dijemput Hadir Ke Majlis Ilmu 31 Okt ini !

ASSALAMU ‘ALAIKUM
Tuan/Puan dijemput hadir ke Majlis ilmu seperti berikut :

Kuliah Mingguan Tafaqquh Fid Diin

Masa : Setiap Hari Ahad
Jam : 8:30 pagi – 10:00 pagi.
(Bermula dari tarikh : 31 Oktober 2010)
Tempat : Markaz PAS , Kampung Hilir, Sibu (No.19 Kampung Hilir, Sibu)

Kitab
1. Terjemahan Al-Quran Pimpinan ar-Rahmaan
2. Kitab Mustika Hadis ( Muqaddimah Dan Jilid 1 )

Oleh  : Ustaz Mohd Isa Bin Mat Daud

* Mudah-mudahan majlis ilmu yang dianjurkan akan membawa kita lebih dekat dan hidup HATI dengan Allah SWT...

Sebarkan kepada sahabat-sahabat dan kenalan yang lain..

Sunday, October 24, 2010

Ke Arah Penubuhan Pakatan Rakyat Sibu


Sibu 24 Oktober : Hari ini mencatatkan sejarah apabila wakil setiap parti Pakatan Rakyat di Sibu iaitu PAS, DAP dan PKR duduk semeja bagi membincangkan penubuhan Pakatan Rakyat Sibu. Antara isu yang dibincangkan dalam perjumpaan yang bertempat di Markas PAS Kampung Hilir itu ialah isu yang berkisar tentang sosial, kebajikan dan politik semasa yang berlaku di Sibu. Dalam perbincangan tersebut PAS telah menghantar 4 wakil yang terdiri daripada Ketua, Timbalan, Setiausaha dan Bendahari, PKR pula menghantar 5 wakil dan DAP 4 wakil dimana salah seorangnya ialah Ahli Parlimen Sibu YB Wong Ho Leng. Beberapa kata sepakat telah dipersetujui dalam perbincangan tersebut yang secara keseluruhannya menunjukkan Pakatan Rakyat Sibu semakin kukuh di Sibu dan semakin diterima oleh masyarakat setempat.

Wednesday, October 13, 2010

Kalam Sang Murabbi...

Dalam buku Detik-Detik Hidupku, al-Imam Hassan Al-Banna menegaskan
“Andainya ketiga kekuatan ini iaitu kekuatan keilmuan al-Azhar, kekuatan rohani para Sufi dan kekuatan amali Gerakan Islam dapat bertindak secara berpadu, maka satu umat Islam yang sempurna akan wujud di seluruh dunia. Umat begini menjadi pemandu dan bukan pengikut. Umat begini akan menjadi contoh kepada kaum-kaum lain. Umat begini boleh menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliah…!”

Tuesday, October 12, 2010

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI ANJURAN DAP DENGAN KERJASAMA PAS SIBU



SABTU [9 OKTOBER 2010]; SIBU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sibu telah bekerjasama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sibu telah mengadakan satu Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bertempat di markas PAS kampung Hilir, Sibu. Turut hadir ialah YB  Wong Ho Leng diiringi , barisan pemimpin Parti DAP, barisan pemimpin tertinggi Parti Keadilan  Rakyat (PKR) Sibu dan semestinya barisan tertinggi parti PAS Sibu. Seramai lebih kurang 100 orang turut hadir terdiri dari penduduk kampung berdekatan, ahli-ahli DAP dan PKR tidak mengira bangsa atau agama, satu hati menjayakan program tersebut.
      Program yang bermula pada jam 8 malam tersebut agak meriah menyaksikan YB Wong Ho Leng mengalu-alukan kehadiran penduduk setempat dan dalam masa yang sama sempat bertanyakan masalah yang dihadapi oleh penduduk khasnya di kawasan DUN Nangka. Beliau juga mengatakan bahawa beliau amat gembira dan berbangga dapat makan dan minum bersama rakyat. Kata beliau, "tidak menjadi masalah kepada saya untuk sama-sama makan duduk bersila atau dalam apa keadaan sekalipun, yang penting saya gembira dapat hadir pada malam ini serta menyaksikan pelbagai kaum atau agama sama-sama hadir serta menjayakan program ini". 
         PAS Sibu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Parti DAP dan PKR diatas kerjasama menjayakan majlis tersebut.

NurMoon

Followers