Pages

Monday, August 30, 2010

Kunjungan AJK Kerja PAS Pusat (Lajnah Tanah Dan Wilayah ) ke Sibu.

Pada 6hb Ogos 2010 yang lepas PAS Sibu buat pertama kalinya menerima kunjungan daripada AJK Kerja PAS Pusat (Lajnah Tanah Dan Wilayah )yang di ketuai oleh Sdr. Mazlan Aliman yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Johor dan juga merupakan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tenggara. Turut bersama beliau ialah ADUN PAS Paroi Negeri Sembilan, YB Haji Mohamad Taufek Bin Abd Ghani dan juga Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuraidah. Antara aktiviti yang berlangsung sempena kehadiran AJK dan rombongan ini ialah Ta'aruf, Usrah, dan ucapan daripada Sdr. Mazlan Aliman selaku ketua rombongan serta ucapan daripada YB Haji Mohamad Taufek dan di akhiri oleh Ustazah Nuraidah. Majlis telah di adakan di rumah SU PAS Sibu Sdr. Mohamad Asfia Haris dan di hadiri oleh semua ahli PAS Sibu. Pada keesokan harinya rombong ini telah dibawa oleh Sdr Asfia Haris berkunjung ke Pejabat DAP bahagian Sibu untuk bertemu dengan Ahli Perlimen (DAP) Sibu yang juga merupakan ADUN untuk Bukit Assek iaitu  YB Wong Ho Leng.









Namun YB Wong Ho Leng tidak dapat bersama kerana berada di Bintulu atas urusan rasmi. Beliau (YB Wong Ho Leng) telah mewakilkan Sdr. Stephen Lu dan Sdr. Paul untuk menyambut rombongan AJK Kerja PAS Pusat. Dalam kunjungan ringkas yang di pengerusikan oleh YB Haji Mohamad Taufek ini berbagai rancangan bersama telah di cadangkan selain berbincang mengenai isu politik semasa. Turut berucap pada pertemuan ini ialah Sdr. Mazlan Aliman dan Ustazah Nuraidah bagi pihak AJK Kerja PAS Pusat dan Muslimat PAS Pusat. Turut berucap pada majlis ringkas ini ialah Sdr. Mohamad Asfia Haris yang mewakili PAS Sibu sementara Sdr. Stephen Lu berucap bagi pihak dari DAP Sibu. Perjumpaan di akhiri dengan sumbangan cenderahati dari Sdr. Mazlan Aliman selaku ketua rombongan kepada Sdr.Stephen Lu bagi mengkukuhkan lagi kerjasama diantara PAS dan DAP didalam Pakatan Rakyat. Seterusnya rombongan telah dibawa melawat ke Kampung Jeriah dan berjumpa dengan keluarga Pn. Dayang Halimah. Puan Dayang Halimah dan keluarga merupakan penaja PAS untuk Cawangan Jeriah. Dalam perjalanan  ke Kampung Jeriah rombongan ini sempat berhenti untuk bergambar di luar kawasan sekolah Rosli Dhobi sebagai kenangan

Di Kampung Jeriah rombongan disambut meriah oleh keluarga Dayang Halimah serta ahli cawangan penaja PAS Jeriah. Dalam pertemuan singkat itu Ustazah Nuraidah yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS Pusat telah mewakili rombongan ini menghulurkan derma dan sumbangan kepada kerluaga Dayang Halimah bagi persiapan untuk menyambut Ramadhan yang bakal menjelang. Kunjungan di Kampung Jeriah di akhiri dengan Solat Jumaat bersama-sama penduduk islam Kampung Jeriah bertempat di Surau Kampung Jeriah.











Selesai makan tengahari rombongan dibawa meziarahi Makam Pahlawan Sarawak (Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Rambli Amit dan Bujang Suntong) yang bertempat di Masjid An-Nur. Bagi mengakhiri lawatan rombongan ini, rombaongan dibawa ke rumah Pn. Yak Binti Dhobi  kakak salah seorang 'Pahlawan Sarawak' iaitu Allahyarham Rosli Dhobi. Kunjungan ke rumah kakak Rosli Dhobi ini adalah bertujuan untuk mendengar dengan lebih jelas mengenai cerita Rosli Dhobi sebelum, semasa dan setelah ditangkap kerana membunuh Gabenor Sarawak ke 2 iaitu Sir
Duncan Stewart. Kunjungan ke rumah kakak Rosli Dhobi ini dibuat kerana rasa ingin tahu ahli rombongan mengenai perjuangan Rosli Dhobi secara lebih jelas, tambahan SU PAS Sibu merupakan anak saudara Roli Dhobi. Sebelum rombongan AJK Kerja PAS Pusat menaiki pesawat untuk mengakhiri kunjugan ke Sibu, Sdr. Mazlan Aliman selaku ketua rombongan sempat menyampaikan cenderahati dari AJK Kerja PAS Pusat kepada Yang Dipertua PAS Sibu.


Gambar sempena kujungan AJK Kerja PAS Pusat (Lujnah Tanah) ke Sibu  

No comments:

Followers