|
Banner Pakatan PAS Cawangan Kampung Jeriah Sibu |
|
Banner Pakatan di Markas Keadilan |
|
Banner Pakatan Di halaman Rumah SU PAS Sibu |
|
Bendera BN turut terpacakdi sekeliling Bulatan Simpang Tiga |
|
Banner PBB...dapatkah anda melihat logo PBB |
|
Bendera BN di kibar bersama bendera Negeri dan Malaysia di Jalan Awang Rambli Amit |
Assalamualaikum dan selamat berpuasa dan menyambut syawal kepada seluruh umat islam yang membaca tulisan ini. Tidak dilupakan selamat menyambut hari kermerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia semoga kita terus mencapai kemerdekaan di samaping itu usahlah kita lupa untuk memerdekakan daripada kuasa UMNO, PBB dan sekutu Barisan Nasional. Kepada
BN dan
PBB Sibu selamat
'berpilihanraya ' secara solo. Mungkin anda merasa hairan dan pelik kenapa ucapan berkempen dan pilihanraya di tujukan khas buat PBB dan BN di Sibu (di tempat lain saya tidak tahu). Ini kerana PBB dan BN di Sibu umpama
budak yang bodoh dan tidak tahu menilai antara musim perayaan dan musim pilihanraya. Mungkin pada pendapat mereka
PILIHANRAYA sama dengan
HARI RAYA lalu meraka tanpa segan dan silu terus menunjukan kebodohan meraka dengan meletakan
BENDERA BN di sekeliling
Bulatan Simpang Tiga, berberapa tempat di
Jalan Awang Rambli Amit,
Jalan Tun Abang Haji Openg dan di
Bulatan Rosli Dhobi( dahulunya dikenali sebagai
Bulatan Pulau) berserta dengan banner ucapan selamat menyambut hari raya dan kemerdekaan. Dalam banner tersebut terdapat gambar pejuang Sarawak iaitu Rosli Dhobi, logo
PBB dan juga nama 3 pejuang Sarawak yang lain. Apa yang hendak dikatakan dan dibangkitkan sebagai satu protes dan rasa tidak puas hati bukanlah kerana banner tersebut mahupun kebodohan mereka meletakan bendera BN pada masa dan waktu yang salah, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana terus menggenag jasa pahlawan kita...apatah lagi
ROSLI DHOBI dan 3 yang lain adalah anak jati Sibu dan selayaknya mendapat sanjungan, walaupun pihak Pakatan terlebih dahulu memperingati dan menghargai jasa ROSLI DHOBI dalam PRK yang lalu. Apa yang hendak diperkatakan adalah
DIMANA BANNER PAKATAN? MENGAPA BANNER PAKATAN yang merupakan banner dari Parti Politik yang
PERTAMA sekali di
BUMI SIBU ini mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada Umat Islam di tindas dengan cara banner tersebut dirampas oleh Majlis Pebandaran Sibu (SMC) dengan pantas..iaitu tidak sampai satu hari pun terpampar di kawasan yang berhampiran Bulatan Simpang Tiga dalam minggu pertama umat Islam menyambut Ramadhan. Jawapan meraka (SMC) amat mudah dan logik "BANNER DIPASANG TANPA PERMIT". Pakatan menerima alasan tersebut. Memang benar banner dari Pakatan tidak mempunyai permit dari SMC walaupun SUDAH DUA (2) KALI MEMOHON (DAP Sibu menghantar permohonan permit yang pertama dan dicuba buat kali kedua oleh PAS Sibu) sebelum ini. Alasan SMC tidak meluluskan permit untuk banner tersebut ialah, Benner tersebut berunsurkan politik kerana mengandungi:-
|
Banner Pakatan di Mmarkas PAS Sibu |
- Gambar Presiden DAP (Lim Guan Eng), Keadilan Nasional (D.S Anwar Ibrahim), PAS (Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang) dan SNAP ( Edwin Dundang).
- Logo parti politik. DAP, Keadilan Nasional, PAS dan SNAP
oleh kerana banner tersebut berunsurkan politik maka pihak SMC menolak permohonan .selain memberi alasan bahawa SEKARANG BUKAN MUSIM PILIHANRAYA. Namun 3 hari yang lepas ketika dalam perjalanan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pakatan bersama Rakyat anjuran Pakatan Rakyat Sibu saya terkejut melihat benner dari PBB yang hampir sama maksudnya dengan banner Pakatan yang di tindas tumbuh umpama '
cendawan tumbuh selepas hujan' apa sudah jadi ? Nak kata banner ada permit, no permit tidak terdapat pada banner. Kalaupun ada permit, apa alasan SMC meluluskan permit ini? mungkin PBB dan BN merupakan kerajaan yang memerintah negeri Sarawak dan BN memerintah Malaysia sebagai alasan SMC untuk meluluskan permit banner tersebut, apa pula alasan jika di tanya 'NI MUSIM PILIHANRAYA KE MUSIM NAK HARI RAYA'?. Dan paling mengejutkan saya pada hari ini selepas menunaikan solat Asar di Surau Kampung Bandong ialah apabila melihat benner (banner lagi) ucapan Selamat Hari Raya daripada YB Vincent Goh (ADUN Pelawan merangkap pengerusi Lembaga Perlabuhan Rejang dan bekas Pengerusi SMC). Haiiiii... Sampai kat surau pun nak nak berpolitik ke YB? Kalaulah banner ni datangnya dari Pakatan, Confirmed berita masuk TV dan keluar radio.
- UNTUK REKOD LAPORAN BERHUBUNG BANNER DAN BENDERA DARI PBB TELAH DI ADUKAN KE BIRO PENGADUAN SMC DAN TELEKHIDMAT SARAWAK UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA OLEH SETIAUSAHA PAS SIBU.
- SEKIRANYA TIADA TIDAKAN DARIPADA PIHAK BERWAJIB MEMORANDUM BANTAHAN MENGENAI PERKARA INI AKAN DIBUAT OLEH PAKATAN RAKYAT MELALUI YB WONG HO LENG SELAKU AHLI PARLIMEN SIBU DAN ADUN BUKIT ASEK.
- SEKIRANYA MEMORANDUM PUN TIDAK MENDAPAT PERHATIAN KEMUNGKINAN KITA AKAN MENYAKSIKAN SATU DEMOSTRASI PERTAMA DARI PAKATAN DI SIBU.
No comments:
Post a Comment