Pages

Thursday, January 27, 2011

SIBU: MELAYU ISLAM MAKIN 'LAYU'

KE MANAKAH HALA TUJU PENDUDUK KAMPUNG MELAYU SIBU 10-20 TAHUN AKAN DATANG?
Assalamualaikum kepada semua yang membaca blog ini. Kali ini PAS Sibu ingin mengetengahkan satu topiK yang saya rasa satu topik yang perlu dipandang serius oleh semua penduduk kampung melayu di Sibu khasnya, Kampung Dato’, Kampung Hilir, Kampung Nangka dan kampung-kampung yang sedia wujud di Sibu. Sememangnya topic ini mungkin cuma dipandang remeh oleh segelintir pihak, namun ianya amat serius jika dipandang dari sudut yang lain.

KAMPUNG MELAYU SIBU SUATU MASA DAHULU (30-40 TAHUN YANG LAMPAU)
            Mari kita semua imbas kembali, di manakah tempat asalnya kewujudan kampung-kampung melayu di Sibu suatu masa dahulu? Ya..dengan bertanya kepada golongan-golongan veteran di dalam keluarga anda masing-masing, sudah pastinya mereka akan bercerita tentang di manakah tempat asal kelahiran mereka pada waktu dahulu iaitu di kawasan Kampung Nyabor; di mana sekarang pesat membangun dengan bagunan-bangunan tinggi malah kawasan tersebut sekarang telah pun menjadi pusat Bandar Sibu. Dahulunya Kampung Nyabor dapat dilihat di kawasannya cuma mempunyai rumah-rumah tradisional kampung (kayu). Di situlah tempat datuk atau nenek kita bekerja, anak-anak bermain dan sebagainya. Namun, dengan wujudnya dasar pelan pembangunan Bandar Sibu, rumah-rumah tersebut sekarang tidak wujud lagi. Semua penduduk kampung tersebut telah dipindahkan ke kampung-kampung yang sedia ada sekarang seperti Kampung Dato’, Hilir, Nangka, Baru, Pak Deris dan sebagainya. Jika anda berkunjung ke Bandar Sibu sekarang, kawasan-kawasan seperti Hotel TanahMas,  Hotel Premier, Wisma Sanyan (Parkson) sekarang, dahulunya adalah merupakan kawasan kampung melayu. Namun pada sekitar tahun 1991, ¼ penduduk Kampung Dato’ telah dipindahkan ke Kampung Dato Baru (bersebelahan dengan Kampung Bandung)

¼ PENDUDUK YANG TELAH DIPINDAH; DIPINDAHKAN SEMULA PADA TAHUN 1991
            Menyahut seruan pembangunan Bandar Sibu, ¼ penduduk Kampung Dato’ telah bersetuju dipindahkan ke Kampung Dato’ Baru dengan digantikan 1 lot tanah dan rumah (yang bergeran). Tinggallah sekarang baki ¾ Kampung Dato’ yang telah berpuluhan tahun diduduki oleh penduduk Melayu. ¼ kawasan kampung yang telah dipindahkan, sekarng pesat membangun dengan pelbagai bangunan-bangunan perniagaan, bank; malah Hotel Paramount juga terdapat di kawasan tersebut.

GERAN OH GERAN !
            Setelah berpuluhan tahun wujudnya kawasan perpindahan penduduk yang asalnya dari Kampung Nyabor ke Kampung Dato’ Hilir dan Nangka, maka wujudlah isu geran tanah yang dituntut oleh penduduk melayu di kampung-kampung berkenaan. Melihat akan ¼ jiran mereka telah pun dipindahkan, maka baki penduduk di kampung berkenaan mula mempersoalkan tentang geran tanah yang mereka duduki. Setelah perbincangan demi perbincangan, selepas kekalahan Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil Sibu 2010, maka kerajaan bersetuju memberi geran tanah kepada semua penduduk di kawasan tersebut (sehingga Kampung Hilir sahaja setakat ini).
            Walaupun tanah telah bergeran (hakmilik kekal), satu lagi persoalan timbul. Kawasan yang mereka duduki sekarang (walaupun bergeran); ada ura-ura mengatakan bahawa satu pelan pembangunan baru telah lama dirancang untuk membangunkan semua kawasan kampung dengan beberapa projek besar. Ini beerti seluruh kawsan kampung-kampung melayu di Sibu akan dipindahkan semula (sekali lagi !) ke kawasan Kemunyang (jauh dari bandar). Kawasan pesisir sungai Kampung Dato’, Hilir dan Nangka akan dibangunkan bangunan-bangunan tinggi atau mungkin juga ‘waterfront’.

ADAKAH KAMPUNG MELAYU DAPAT DIKEKALKAN?
            Sudah pastinya TIDAK jika penduduk melayu yang ada sekarang tidak sedar dan masih lena dengan tanggungjawab masing-masing dalam mempertahankan hak sebagai penduduk asal kampung melayu. Ada sesetengah penduduk melayu yang baru menerima geran pada penghujung tahun lepas, sudah mula di hasut supaya menjual tanah-tanah mereka kepada pemaju-pemaju pembangunan kawasan Sibu. Jadi, sudah pastilah 10 atau 20 tahun akan datang, berkemungkinan besar kampung melayu yang ada sekarang seperti Kampung Dato’, Kampung Hilir, Kampung Nangka dan yang berdekatan akan pupus ditelan arus pembangunan. Bagi penduduk asal kampung melayu Sibu yang sekarang menetap di luar kawasan Sibu seperti Kuching, Bintulu, Miri, Kuala Lumpur dan lain-lain, anda akan terkejut pada 10 atau 20 tahun akan datang, apabila anda balik ke Sibu untuk menziarahi sanak saudara, tiada lagi tempat untuk anda singgah merehatkan diri dalam suasana kampung asal malah kampung telah dipindahkan jauh dari bandar.

oleh: PAS SIBU

[akan bersambung pada artikel seterusnya]

1 comment:

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan anda bahawasanya kampung tersebut harus dikekalkan sebagai warisan kepada agama dan bangsa jangan kita tergadai di bumi tanah tumpah darah kita sendiri...kalau nak pembangunan pun tak semestinya kat kampung tersebut banyak lagi tempat2 yang lain yang sesuai untuk pembangunan...masa kini takda lagi kampung yang asli di sibu kecuali kampung Datu, Kampung Hilir dan kampung Nangka...diharap penduduk kampung semuanya sedar...

Followers