Pages

Friday, February 11, 2011

1 Lagi Isu Rampasan Tanah TERBONGKAR di Sarawak !!!

SATU LAGI ISU RAMPASAN TANAH DI SARAWAK TERBONGKAR !!

KUCHING 8 Feb. : Satu sidang media telah diadakan bersama dengan Pengerusi Lajnah Tanah Pembangunan Wilayah PAS Pusat saudara Mazlan Aliman  dan Pesuruhjaya PAS Sarawak Hj. Adam bin Hj. Ahid beserta beberapa penduduk kampung yang mengalami masalah tanah mereka. Dalam sidang tersebut, Hj Bujang bin Dawi & Hj. Buyong bin Hj. Sahmat dari kampung Jaie yang mewakili 80 pemilik tanah telah mengadu tentang tanah mereka (terletak di Sungai Bayar Hutang Santubong) yang telah diusahakan sejak tahun 1945, telah digadai oleh sebuah syarikat kepada pihak bank dengan nilaian RM65 juta.    
Mereka telah memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan geran tanah atau pampasan yang setimpal apabila tanah mereka dirampas oleh pihak-pihak tertentu yang tidak diketahui kepentingannya melalui pelbagai saluran termasuk wakil-wakil rakyat dan pihak-pihak berautoriti. Namun tiada sebarang penyelesaian diperolehi oleh mereka. Sehubungan dengan itu, saudara Mazlan Aliman mencabar Ketua Menteri Sarawak supaya menyelesaikan isu tanah ini segera sebelum pilihanraya DUN yang akan datang selaras dengan slogan BN "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", dan memperjuangkan ketuanan Melayu dan Islam.
Atas keperhatinan terhadap isu ini, PAS Sarawak Insya Allah akan membuat satu inisiatif untuk mengumpul semua pemilik tanah rakyat Sarawak yang tertindas dalam satu Program Himpunan Isu Tanah Sarawak pada awal Mac 2011 nanti bertempat di Kuching yang akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi daripada PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Sehubungan dengan itu PAS Sarawak menjemput semua rakyat Sarawak yang mempunyai isu tanah mereka untuk hadir di perhimpunan itu nanti. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saudara Fidzuan 013-8012296 atau email : perhubungan.pas.sarawak@gmail.com.




No comments:

Followers