Pages

Wednesday, August 3, 2011

Hadis Mengenai Puasa





 




 
Hadis Mengenai Puasa

 
 
Bab bila tiba Ramadham
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اَذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ اَبْوَابُ الْجَنَّةِ
وَغُلِّقَتْ اَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِدَتِ الشَّيَاطِيْنُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila tiba bulan Ramadhan, pintu syurga dibuka, pintu neraka dikunci
dan syaitan dirantai."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab Ramadhan membuka pintu Rahmat
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اَذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ اَبْوَابُ الرَّحْمَةِ
وَغُلِّقَتْ اَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِيْنُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila telah ada bulan Ramadhan pintu rahmat dibuka,
pintu neraka dikunci dan syaitan-syaitan dirantai."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab permulaan puasa
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّمَ لاَ تَصُومُوا
حَتَّى تَرَوُا الْهِلاَلَ وَلاَ تُفْطِرُوا
حَتَّى تَرَوْاهُ فَاِنْ اُغْمِى عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوالَهُ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Janganlah kamu puasa sebelum kamu melihat awal bulan (Ramadhan)
dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat awal bulan (Syawal).
Tetapi apabila awal bulan itu tidak kelihatan, maka cukupkanlah bilangannya
(tiga puluh hari)."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab bilangan hari puasa
عَنِ ابْنِ عُمَر ان رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ رَمَضَانَ فَضَرَبَ
بِيَدَيْهِ فَقَالَ الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا وَهَكَذَا
{ثُمَّ عَقَدَا بِهَامَهُ فِى الثَّالِثَةِ}
فَصُومُوا لَرَؤيَتِهِ وَافْطِرُوا لِرُؤيَتِهِ
فَإِنْ اُغْمِيَ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوالَهُ ثَلاَثِيْنَ
 
Dari Ibnu Umar r.a. (menceritakan) :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. menyebut bulan Ramadhan, beliau menepuk
kedua belah tangannya, sambil mengatakan :
"Bulan itu (ada) sebegini (10), sebegini dan sebegini
(menghilangkan ibu jarinya pada tepukan yang ketiga),
Sebab itu puasalah kamu kerana telah melihat awal bulan
dan berbukalah kamu kerana telah melihatnya.
Tetapi kalau awal bulan itu tidak kelihatan
cukupkanlah bilangannya sampai tiga puluh."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab mencari malam lailatul qadar
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أُرِيْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ثُمَّ أَيْقَظَنِى بَعْضُ أَهْلِى
فَنُسِّيْتُهَا فَالْتَمِسُوهَا فِى الْعَسْرِ الْغَوَابِرِ
Dari  Abu Hurairah ra katanya
Rasulullah saw bersabda : "Dimimpikan kepadaku malam lailatul qadar
lalu aku dibangunkan oleh isteriku menyebabkan aku lupa waktunya (yang pasti)
Sebab itu, carilah malam qadar itu pada malam sepuluh yang akhir"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab lailatul qadar di malam ganjil
عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ رَأْىَ رَجُلٌ
 أَنَّ لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ
فَقَالَ النَّبَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَرىَ رُؤْيَاكُمْ فِى الْعَشْرِ الاوَاخِرِ فَاطْلُبُوهَا فِى الوِتْرِمِنْهَا
Dari Salim dari bapanya katanya :
"Seorang lelaki bermimpi bahawa malam lailatul qadar itu pada malam yang kedua puluh tujuh
Lalu Nabi saw bersabda : "Aku bermimpi serupa dengan mimpi kamu, ialah
dalam  sepuluh malam yang terakhir Sebab itu carilah pada malam yang ganjil di antaranya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab ganjaran berpuasa
عَنْ أَبِى سَعِيْدِ الْخُدْرِى قَالَ
قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَصُومُ يَومَا فِى سَبِيلِ اللهِ اِلا باَعَدَ اللهِ بِذَلِكَ الْيَومِ
وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِيْنَ خَرِيْفًا
Dari Abu Said Al Qudri ra katanya :
Rasulullah saw bersabda : "Setiap orang yang berpuasa di jalan Allah barang sehari
Nescaya dijauhkan Allah muka orang itu daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun
perjalanan, kerana puasa di hari itu"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab menahan diri ketika berpuasa
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اِذَا أَصْبَحَ اَحَدُكُمْ يَومًا صَائِمًا فَلايَرْفُثْ وَلايَجْهَلْ
فَإِنِ امْرُؤٌ شَاتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَليَقُلْ إِبْنِى صَائِمٌ إِنِّى صَائِمٌ
Dari  Abu Hurairah ra katanya : "Rasulullah saw bersabda :
"Apabila seseorang kamu berpuasa sejak pagi pada suatu hari,
janganlah ia bercakap kotor dan jangan membuat kesalahan
Kalau ada orang yang  memakinya atau hendak membunuhnya
hendaklah dia mengucapkan "Sesungguhnya saya orang puasa
sesungguhnya saya orang puasa"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab boleh makan minum sampai terbit fajar
عَنْ عَدِىِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ
حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ
اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ قَالَ لَهُ عَدِيُّ بْنُ حَاتِمٍ
يَا رَسُولُ اللهِ اِنِّى اَجْعَلُ تَحْتَ وِسَادَتِى
عِقَالَيْنِ عِقَالاً أَبْيَضَ وَعِقَالاً اَسْوَدَ اَعْرِفُ
اللَّيْلَ مِنَ النَّهَارِ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اِنَّ وِسَادَتَكَ لَعَرِيْضٌ
اِنَّمَا هُوَسَوَادُ اللَّيْلِ وَبَيَاضُ النَّهَارِ
Dari 'Adli bin Hatim r.a. katanya :
"Setelah turun ayat : "Boleh makan dan minum sampai jelas
bagi kamu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar"
(Quran surah al baqarah ayat 187)
dia mengatakan kepada Nabi : "Ya Rasulullah!
Sesungguhnya saya meletakkaan di bawah bantal, dua tali
sebuah putih dan sebuah hitam, supaya mengetahui malam
telah berganti siang. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab
"Sesungguhnya bantal engkau sangat lebar. Kerana kedua
benang itu ialah hitam (kegelapan) malam dan
putih (cahaya) siang)."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab mencium isteri ketika puasa
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يُقَبِّلُنِى وَهُوَصَائِمٌ وَاَيُّكُمْ يَمْلِكُ اِرْبَهُ كَمَا
كانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم  يَمْلِكُ اِرْبَهُ
Dari Aisyah ra katanya :
"Pernah Rasulullah saw mencium saya dan beliau berpuasa
Tetapi siapakah di antara kamu yang sanggup menguasai nafsunya
sebagaimana Rasulullah saw sanggup menguasai nafsunya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab berjunub boleh berpuasa
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ كَانَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يُصْبِحُ جُنًبًا مِنْ جِمَاعٍ لا مِنْ حُلُمٍ
ثُمَّ لا يَفْطِرُ وَلا يَقْضِى
Dari Ummu Salamah r.a. katanya :
Pernah Rasulullah s.a.w. di waktu subuh orang junub
kerana bersetubuh , bukan bermimpi,
kemudian beliau tidak berbuka dan tidak mengqadha'."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab berjunub boleh berpuasa
عَنْ عَائِشَةَ  زَوْجَ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَتْ قَدْ كَانَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يُدْرِكُهُ الْفَجْرُفِى رَمَضَانَ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ غَيْرِ حُلُمٍ
فَيَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Dari Aishah isteri Nabi s.a.w. katanya :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.  di waktu terbit fajar
beliau dalam keadaan berjunub bukan kerana bermimpi ,
lalu beliau mandi dan puasa."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab puasa dijanjikan keampunan
عن مسلم بن ابراهيم حدثنا هشام حدثنا يحي
عن ابى سامة عن ابى هريرة رضى الله عنه
عَنْ النَّبِى صلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَا نًا وَاحْتِسَا بًا
غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
وَمَنْ صَاءَ رَمَضَانَ إِيْمَا نًا وَاحْتِسَا بًا
غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Muslim bin Ibrahim, katanya :
"Kami diberitahu oleh Hisyam katanya : "
"Kami diberitahu oleh Yahya dari Abu Salimah dari Abu Hurairah r.a.
Dari Nabi s.a.w. sabdanya :
"Barangsiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan keimanan
dan mengharap keridhaan Allah,
maka diampuni dosa-dosanya yang lampau,
dan barang siapa yang mengerjakan (puasa) Ramadhan dengan keimanan
dan mengharap keridhaan Allah,
maka diampuni dosa-dosanya yang lampau."
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
 
Bab kelebihan Ramadhan
عن عقيل عن ابن شهاب قال
اخبرنى ابن ابى انس مولى التيميين
ان اباه حدثه انه سمع ابا هريرة رضى الله عنه
يَقُولُ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ
وَغُلُّقَتْ أَبْوَابُ جَهِنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيْاطِيْنُ
Dari 'Uqail dari Ibnu Syihab, katanya :
"Aku telah diberitahu oleh ibnu Abi Anas ketua dari kbilah Taimi
mengatakan bahawasanya ayahnya memberitahukan kepadanya
bahawa Abu Hurairah r.a. berkata :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu langit
dan ditutup pintu-pintu neraka Jahanam,
dan dirantai semua syaitan."
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
Bab pintu Syurga khusus buat yang berpuasa
عَنْ خَالِد بن مَخْلَدْ سُلَيمَان بن بِلال قَالَ حَدَثَنِى أَبِي حَازِم
عَنْ سَهَل عَنِ النَّبِى صلى اللهِ عليه وسلم قَالَ
إِنَّ فِى الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ
فَيَقُومُونَ لا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ
فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ
Dari Khalid bin Makhlad, katanya : "Kami diberitahu oleh Sulaiman bin bilal, katanya
"Aku diberitahu oleh Hazim dari Sahak r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya :
"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu syurga yang dinamakan
'Pinu Rayyan' yang hanya dimasuki oleh orang yang berpuasa pada hari Kiamat kelak.
Tidak akan dimasuki seseorang pun selain orang yang berpuasa
Kepada orang-orang yang berpuasa itu nanti akan diucapkan :
"Manakah orang-orang yang berpuasa itu?"
Merekapun lalu berdiri. Memang tiada seorang pun yang dapat masuk selain mereka
Setelah mereka masuk semuanya, lalu pintu itu ditutup rapat-rapat
sehingga tiada seorang pun dapat melalui pintu tadi."
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
Bab Nabi s.a.w. tidak bersama isteri Bulan Ramadhan
عَنْ ْ سُلَيمَان بن بِلال عَنْ حُمَيْد عَنِ النَّس
آ لى رَسُولُ الله صلى اللهِ عليه وسلم
مِنْ نِسَائِهِ وَكَـانت انْفَكَّتْ رجله فاقام فى مشربه
تسا وعشرين ليلة ثم نزل فقالوا يرسول الله
اليت شهرآ فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ يَكُونُ تِسْعًا وَعِشْرِينَ
Dari Sulaiman bin Bilal dari Humaid dari Anas r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersumpah untuk tidak berkumpul dengan para isterinya
Di saat kaki beliau terkilir dan oleh kerananya,
maka beliau s.a.w. sentiasa berada dalam kamar selama dua puluh
sembilan malam (dengan siang sekali). Setelah dua puluh sembilan hari
beliau s.a.w. lalu turun berjalan-jalan. Para sahabat berkata :
"Ya Rasulullah, bukankan anda sudah bersumpah tidak akan
memasuki tempat para isteri anda selama dua puluh sembilan hari?
Beliau s.a.w. kemudian menjawab :
"Sesungguhnya satu bulan itu dua puluh sembilan hari".
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
Bab hak tubuh dalam berpuasa
عَنْ الاوزاعى قال حدثنى يحي بن ابى كثير
قال حدثنى ابو سلمة بن عبد الرحمن
قال خدثنى عبدالله ابن عبر بن العاص
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
يَا عَبْدُالله أَلَمْ أُخْبَرْ أَنَّلَ تَصُومُ النَّهَارَ
وَتَقُومُ اللَّيْلَ فَقُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ الله
قَالَ فَلا تَفْعَلْ صُمْ وَأَفْطِرْ وَقُمْ وَنَمْ
فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقَّا وَإِنَّ لِعَيْنِكَ عَلَيْكَ حَقَّا
وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقَّا وَإِن لِزَوْرِكَ عَلَيْكَ حَقَّا
Dari Auzai katanya : "Aku diberitahu oleh Yahya bin Abu Kasir katanya
: "Aku diberitahu oleh Salamah bin Abdurrahman katanya
"Aku diberitahu oleh Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku : "Hai Abdullah, aku diberi kabar
bahawasanya kamu  itu berpuasa pada siang hari terus menerus
mendirikan solat pada malam hari, apakah tidak benar berita yang
sampai kepadaku itu ? "Aku lalu menjawab : Benar, Ya Rasulullah"
Lalu bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Jangan melakukan seperti itu. "
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab Azan Subuh tanda mula puasa
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
 عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 أَنَّهُ قَالَ إِنَّ بِلالا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا
 حَتَّى تَسْمَعُوا تَأْذِينَ 
ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ
Dari Abdullah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya Bilan azan (bang) di waktu masih malam,
sebab itu kamu boleh makan
dan minum sampai mendengar bang Ummi Maktum."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab sesudah azan kedua tidak boleh makan
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
 كَانَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 مُؤَذِّنَانِ بِلالٌ وَابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ الْأَعْمَى
 فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 إِنَّ بِلالا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ 
ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. mempunyai dua muadzin, bilal dan ibnu  Ummi Maktum yang buta
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya Bilal azan di waktu masih malam
sebab itu kamu boleh makan dan minum sampai azan Ibnu Ummi Maktum."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab azan subuh pertama memberitahu subuh  sudah dekat
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 لا يَمْنَعَنَّ أَحَدًا مِنْكُمْ أَذَانُ بِلالٍ
 أَوْ  قَالَ نِدَاءُ بِلالٍ مِنْ سُحُورِهِ
 فَإِنَّهُ يُؤَذِّنُ أَوْ قَالَ يُنَادِي بِلَيْلٍ لِيَرْجِعَ
 قَائِمَكُمْ وَيُوقِظَ نَائِمَكُمْ
Dari Ibnu as'ud r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Janganlah azan Bilal menghalangi kamu untuk makan sahur
kerana dia azan di waktu masih malam,
untuk memberitahu orang yang sedang sembahyang
dan membangunkan orang yang masih tidur."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab terbit fajar kazib
عَنْ سَمُرَةَ بْنَ جُنْدُبٍ قَلَ قَلَ   
 رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
   لاَ يَغُرَّنَّ أَحَدَكُمْ نِدَاءُ بِلاَلٍ مِنْ السَّحُورِ
 وَلاَ هَذَا الْبَيَاضُ حَتَّى يَسْتَطِيرَ
Dari Samuraah bin Jundab r.a katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Janganlah seseorang di antara kamu tertipu (terhalang)
untuk makan sahur dan jangan pula oleh ini
cahaya putih (fajar kazib) sampai dia hilang."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab makan sahur itu berkat
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً
Dari Anas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Makan sahurlah kamu kerana makan sahur itu berkat."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab puasa orang Islam makan sahur
عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ
 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِأَكْلَةُ السَّحَرِ
Dari Amru bin 'Ash r.a. :
Sesunggunya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"perbedaan antara puasa kita dengan puasa
Ahli Kitab ialah makan sahur."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab Melambatkan makan sahur
عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
 تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلاَةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا قَالَ خَمْسِينَ آيَةً
Dari Zaid bin Tsabit r.a. katanya
"Kami makan sahur bersama Rasulullah s.a.w. dan kemudian itu
kami berdiri untuk mengerjakan sembahyang (Subuh).
Saya (Anas) bertanya :
"Berapa lamanya jarak antara keduanya?"
Zaid menjawab : "(Selama membaca) lima puluh ayat."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab menyegerakan berbuka puasa
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
Dari Sahal bin Said r.a. katanya :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"orang yang banyak itu tetap memperolehi kebaikan,
selama mereka menyegerakan berbuka."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab menyegerakan berbuka
عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ
 دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ
 فَقُلْنَا  يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ رَجُلاَنِ مِنْ أَصْحَابِ
 مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاَةَ
وَالْآخَرُ يُؤَخِّرُ الْإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاَةَ قَالَتْ
أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّ
لاَةَ
قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ قَالَتْ
 كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Abu 'Athiah r.a. katanya :
"Saya dan Masruq datang ke rumah 'Aisyah dan kami bertanya :
"Ya Ummul Mukminin! Dua orang antara sahabat Muhammad
s.a.w. yang sedang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sembahyang,
sedang yang seorang lagi melambatkan berbuka dan sembahyang."
'Aisyah bertanya : "Siapakah di antara keduanya yang menyegerakan
berbuka dan mengerjakan sembahyang?" Kami menjawab
"Abdullah iaitu Abdullah bin Mas'ud"
Kata 'Aisyah :
"Begitulah yang diperbuat oleh Rasulullah s.a.w."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab berbuka ketika matahari terbenam
عَنْ عُمَرَرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ وَأَدْبَرَ النَّهَارُ وَغَابَتْ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
Dari Ibnu Umar r.a katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila malam telah datang, siang telah pergi dan mata hari telah
terbenam, maka tibalah waktunya orang berpuasa berbuka."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab waktu berbuka
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
 كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 فِي سَفَرٍ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ فَلَمَّا غَابَتْ الشَّمْسُ
 قَالَ يَا فُلَانُ انْزِلْ فَاجْدَحْ لَنَا
قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ عَلَيْكَ نَهَارًا
 قَالَ انْزِلْ فَاجْدَحْ لَنَا
 قَالَ فَنَزَلَ فَجَدَحَ فَأَتَاهُ بِهِ فَشَرِبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
ثُمَّ قَالَ بِيَدِهِ إِذَا غَابَتْ الشَّمْسُ مِنْ هَا هُنَا
 وَجَاءَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
Dari Abdullah bin Aufa r.a. katanya :
"Pernah kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan di bulan Ramadhan
Setelah mata hari terbenam. Beliau bersabda :
"Hai anu, Marilah, siapkanlah untuk kita (berbuka)
Dia menjawab : "Ya Rasulullah !. Sesungguhnya hari masih siang !"
Beliau bersabda lagi :
"Marilah dan siapkanlah untuk kita ! "
Dia datang dan menyiapkan makanan dan dihidangkan kepada
Nabi s.a.w., lalu Nabi s.a.w. meminumnya.
Sesudah itu, Nabi bersabda sambil menunjukkan dengan tangannya :
"Apabila mata hari telah terbenam dan di sini dan malam telah datang
mari sini , maka telah tiba waktunya orang puasa berbuka."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab Nabi s.a.w. melarang berpuasa tanpa berbuka
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
 أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
نَهَى عَنْ الْوِصَالِ قَالُوا إِنَّكَ تُوَاصِلُ
 قَالَ إِنِّي لَسْتُ كَهَيْئَتِكُمْ إِنِّي أُطْعَمُ وَأُسْقَى
Dari Ibnu Umar r.a. (menceritakan ) :
Bahawa Nabi s.a.w. melarang puasa tanpa berbuka.
Mereka berkata :
"Sesungguhnya engkau (Nabi s.a.w) puasa tanpa berbuka"
Nabi s.a.w. menjawab :
Sesungguhnya keadaan ku tiada sama dengan kamu
aku diberi makan dan diberi minum."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab Berbuka menurut pertimbangan
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ
 سَأَلَ حَمْزَةُ بْنُ عَمْرٍو الْأَسْلَمِيُّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَنْ الصِّيَامِ فِي السَّفَرِ فَقَالَ إِنْ شِئْتَ فَصُمْ وَإِنْ شِئْتَ فَأَفْطِرْ
Dari Aisyah r.a. katanya :
"Hamzah bin 'Amru Al Islami r.a. menanyakan kepada Rasulullah s.a.w.
mengenai puasa dalam perjalanan. Beliau menjawab :
"Kalau engkau mau puasalah dan kalau engkau mau engkau boleh berbuka"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab perintah puasa
عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ
 بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 رَجُلًا مِنْ أَسْلَمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَأَمَرَهُ أَنْ يُؤَذِّنَ فِي النَّاسِ
 مَنْ كَانَ لَمْ يَصُمْ فَلْيَصُمْ وَمَنْ كَانَ أَكَلَ فَلْيُتِمَّ صِيَامَهُ إِلَى اللَّيْلِ
Dari Salamah bin Akwa' r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. mengutuskan seorang lelaki dari suku Aslam
di hari 'Asyura. Beliau memerintahkan supaya diberitahu kepada
orang banyak : "Siapa yang belum puasa (dihari itu) hendaklah dia berpuasa
dan siapa yang telah makan, hendaklah dia berpuasa juga sampai malam!
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab dilarang puasa di hari raya
عَن عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ
Dari Abu Hurairah r.a. (menceritakannya)
"Bahwa Rasulullah s.a.w. melarang puasa pada dua hari ,iaitu
hari Raya Adh ha (sepuluh Zulhijjah) dan dan hari raya Fitri (satu syawal)
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab boleh menggantikan puasa
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ عَائِشَةَرَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا تَقُولُ
 كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ فَمَا أَسْتَطِيعُ
أَنْ أَقْضِيَهُ إِلَّا فِي شَعْبَانَ الشُّغْلُ
 مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَوْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Abu Salamah r.a. katanya :
"Saya mendengar 'Aisyah r.a. mengatakan :
"Saya masih berhutang,  bulan puasa bulan Ramadhan dan tidak sanggup
membayarnya (menggantikannya) bari di bulan Sya'ban kerana kesibukan
melayani Rasulullah s.a.w."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab wali menggantikan puasa simati
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ
Dari 'Aisyah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa yang meninggal dunia, sedang dia berhutang (ketinggalan) puasa
boleh walinya berpuasa menggantikannya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab membayar hutang puasa ibu
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
 أَنَّ امْرَأَةً أَتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَتْ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ
فَقَالَ أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَيْهَا دَيْنٌ أَكُنْتِ تَقْضِينَهُ
قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ بِالْقَضَاءِ
Dari Ibnu Abbas r.a. (menceritakan):
"Bahawa seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. mengatakan
"Bahawa ibu saya telah meninggal dunia sedang dia berhutang puasa
satu bulan." Nabi bertanya :
"Bagaimana pendapat engkau kalau dia berhutang, apakah engkau akan membayarnya?"
perempuan itu menjawab : "Ya!".
Nabi bersabda :
"Maka hutang kepada Allah lebih patut dibayar."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab menggantikan puasa ibu
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
 بَيْنَا أَنَا جَالِسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِذْ أَتَتْهُ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ إِنِّي تَصَدَّقْتُ عَلَى أُمِّي بِجَارِيَةٍ وَإِنَّهَا مَاتَتْ
 قَالَ فَقَالَ وَجَبَ أَجْرُكِ وَرَدَّهَا عَلَيْكِ الْمِيرَاثُ
 قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ كَانَ عَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَأَصُومُ عَنْهَا
 قَالَ صُومِي عَنْهَا قَالَتْ إِنَّهَا لَمْ تَحُجَّ قَطُّ أَفَأَحُجُّ عَنْهَا قَالَ حُجِّي عَنْهَا
Dari Abdullah bin Buraidah r.a. katanya :
"Ketika saya duduk dekat Rasulullah s.a.w. datang seorang perempuan dan mengatakan
"Sesungguhnya saya telah menyedekahkan seorang hamba sahaya perempuan
kepada ibu saya dan dia meninggal"
Nabi menjawab :
"Engkau pasti beroleh pahala (kerana bersedekah) dan hamba sahaya itu
kembali kepada engkau sebagai puasa"
perempuan itu berkata : Ya Rasulullah  ! Sesungguhnya ibu saya berhutang
puasa sebulan, apakah saya akan puasa menggantikannya?"
Nabi s.a.w. menjawab : Puasalah engkau menggantikannya !"
Permpuan itu berkata : "Sesungguhnya ibu saya itu belum naik haji,
agak sekalipun, apakah saya boleh naik haji menggantikannya?"
Nabi menjawab : Naik hajilah engkau menggantikannya !"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab orang puasa peroleh dua kegembiraan
عَنْ  أَبَا هُرَيْرَةَرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ
 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ
فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ
فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ
فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ
 يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ
فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ
وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Allah 'Azza Wajallah berfirman :
"Setiap amal anak Adam adalah untuknya, selain dari puasa
kerana puasa itu untuk Aku (istimewa) dan Aku akan memberikan pahalanya
Puasa itu perisai (penjaga diri). Sebab itu, di hari salah seorang kamu berpuasa
janganlah kamu bercakap kotor dan janganlah berbicara keras tak keruan
Kalau ada seseorang yang memakinya atau hendak membunuhnya,
hendaklah dia mengucapkan : "Sesungguhnya saya orang puasa."
Demi Tuhan yang diri Muhammad di tanganNya, sesungguhnya
busuk bau mulut orang yang puasa kebih harum di sisi Allah
dari bau kasturi, di hari kiamat.orang berpuasa memperoleh dua
kegembiraan yang dirasakannya : Ketika berbuka, dia gembira
kerana berbuka dan apabila menemui Tuhannya ( di akhirat)
dia gembira kerana (pahala) puasanya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 

 
 
Share

Tuesday, March 22, 2011

TAHNIAH SAUDARA YUSNAR: NAMUN....LAWAN TETAP LAWAN

MUKA BARU CALON DUN N49 NANGKA



Tahniah kepada Saudara Yusnar kerana dipilih dan diberi kepercayaan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Negeri kali ini bagi mengantikan YB Datuk Awang Bemee yang lebih dikenali sebagai YB sik pandei tauk dengan rakyat atau di gelar YB selalu datang lewat oleh mendiang Datuk Robert Lau sekutu BN dari SUPP. Calon bekas seorang guru, bekas exco pemuda PBB negeri dan mempunyai rekod yang baik. Selain mempunyai rekod yang bersih serta memiliki sifat kepimpinan calon ini di pilih sendiri oleh YAB Ketua Menteri Sarawak kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat berbanding penyandang DUN Nangka ketika ini. Di khabarkan penyandang kerusi DUN N49 Nangka iaitu Datuk Awang Bemee masih lagi ingin dan dalam usha terakhir beliau mempertahankan kerusi ini.....turut berminat dengan kerusi DUN Nangka ialah YB Abu Seman Jahawi DUN Jemoreng..yang di khabarkan terpaksa mengosongkan kerusinya kerana penduduk Jamoreng mahukan YB Wahab Dollah kembali. YB Asfia Awg Nassar(Semop) juga turut menawarkan diri untuk bertanding mewakili BNdi kerusi DUN Nangka. Difahamkan beliau sudahpun mengatahui bahawa seorang tokoh muda yg lebih dikenali sebagai "Pemikir" dan juga anak watan Semop bakal mengantikannya pada Pilihanraya Negeri kali ini...dan seorang lagi yang turut berminat dengan DUN Nangka adalah seseorang yang bernama Raden ahli perniagaan ataupun dikenali sebagai "Saudagar Kapal Ikan" juga exco pemuda PBB negeri, merangkap Ketua Pemuda PBB Sibu. Namun umum sudah mengatahui bahawa keputusan Taib adalah muktamad...sebarang bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

Wednesday, March 16, 2011

Akibat Isteri Tuntut Fasakh Nilai Sebenar Harta Anak Taib Mahmud Terbongkar!

Ketika menamatkan zaman bujangnya, Abu Bekir telah memilih gadis sebagai isteri yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan yang boleh kita anggap paling ideal baginya. Keluarga Bekir juga telah meletakkan pengantin perempuan itu untuk menggotai lembaga pengarah syarikat CMS.

Namun, ini bermakna Datin Sri Shahnaz Majid, yang kini menyaman Bekir untuk menuntut perceraian, tetap kelihatan layak untuk membuat anggaran ke atas nilai anak Taib Mahmud itu – dan isterinya itu kini menuntut RM400 juta!

Menurut peguam yang pakar dalam kes-kes perceraian sebagai mana yang telah ditanya oleh Sarawak Report, si isteri layak menuntut 30% dari kekayaan sepencarian, yang membuat Abu Bekir yang berusia 48 tahun itu seorang jutawan.!


Pendedahan seperti ini tidak seharusnya dilakukan memandangkan keluarga Taib Mahmud baharu saja mewar-warkan berita untuk meletakkan Bekir bertanding di Sadong Jaya, sebuah kerusi DUN yang mereka anggap amat selamat. Taib dikatakan bercadang untuk meletakkan penggantinya, Bekir di kawasan itu.

Malah, Perdana Menteri Najib Razak juga diketahui akan melawat kawasan tersebut pada 19 Mac ini. Namun, kini para pengundi perlu mengetahui dengan lebih lanjut maklumat-maklumat tambahan bakal calon wakil rakyat mereka itu!

Sikap yang buruk?

Shahnaz, saudara kepada penyanyi terkenal jazz Sheila Majid, dan disukai ramai, berkata Abu Bekir telah mendatangkan kecederaan fizikal dan mental terhadapnya. Menurut beberapa laporan, Shahnaz telah mendakwa suaminya itu pernah menumbuk kepala, muka dan matanya; menerajang rusuknya, dan mencekiknya.

Dia juga mendakwa dirinya pernah dihamburkan dengan kata-kata kesat dan jijik. Dakwaan ke atas Abu Bekir itu tidak jauh berbeza dengan dakwaan seorang teman wanita Sulaiman Abdul Rahman Taib, adik kepada Abu Bekir, ketika di sebuah bar di KL beberapa ketika dahulu.

Pasangan Bekir dan Shahnaz, berkahwin pada tahun 1992 dan kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun, telah tidak lagi berhubungan sejak 2001. Shahnaz mendakwa, sejak 1999, suaminya jarang pulang ke rumah dan enggan mendengar nasihatnya, sukar dihubungi dan diketahuinya sering aktif berinteraksi dengan perempuan-perempuan lain.

Sebaik saja Bekir berkahwin kali kedua dengan wanita muda berambut perang berketurunan Russia, dia terus mengabaikan Shahnaz dan anak mereka.

Aset-aset

Namun yang menarik perhatian umum adalah aset-aset milik Abu Bekir dan bagai mana dia memperolehi segala kekayaan yang akan melayakkannya untuk mewakili kawasan berkenaan. Shahnaz mengatakan Bekir memilik beberapa buah rumah mewah dan kawasan tanah beribu-ribu hektar, yang tidak sedikitpun menjadi kejutan kepada mana-mana pembaca Sarawak Report. Menurut Shahnaz lagi, Bekir memiliki tujuh buah kereta mewah termasuk yang berjenama Lamborghini, Ferrari, Bentley dan Mesarati.

Menurut isteri pertamanya itu lagi, harta-harta milik bersama mereka adalah termasuk saham-saham dalam 15 buah syarikat yang berlainan, termasuk Cahaya Mata Sarawak dan Sarawak Cable Bhd dan juga simpanan-simpanan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera.

Sarawak Report telah menjalankan penilaian ke atas harta-harta yang dimaksudkan oleh Shahnaz itu.

CMS

Abu Bekir merupakan Pengarah utama dan juga pemegang utama ke atas saham-saham dalam CMS bersama-sama saudaranya, Sulaiman Taib. CMS seharusnya sebuah syarikat awam yang mempunyai aset-aset yang diperolehi dari bumi Sarawak menerusi keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri. Namun, sebahagian besar saham-saham CMS dipegang oleh ahli-ahli keluarga Taib Mahmud.

Laporan Tahunan 2009 CMS yang merupakan laporan yang terkini yang ada pada kami masih mendaftarkan arwah isteri Ketua Menteri, Laila, sebagai pemegang utama saham-saham di situ (walaupun kini kita percaya bahawa saham-saham arwah telah dibahagikan antara kedua-dua anak lelakinya itu).

Bagai mana arwah isteri Taib, yang bukannya dari golongan peniaga dan juga bukan pencari nafkah keluarganya, dapat mengumpulkan harta yang sebegitu banyak dan tidak pula pernah mengisytiharkannya kepada umum ataupun kepada pemegang-pemegang saham yang lain dalam CMS!

Abu Bekir dan saudaranya, Sulaiman, merupakan pemegang utama seterusnya dan kesemua empat orang anak Taib mengawal Majaharta, yang disenaraikan sebagai pemegang saham terbesar! Setiap saham kini bernilai lebih 3 ringgit, dan mana-mana wanita yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan akan dengan mudah membuat perkiraan bahawa jumlah saham-saham adalah secara kasarnya RM150 juta.

Ketua Menteri gemar menyalurkan banyak kontrak awam menerusi CMS, untuk mempastikan saham-saham itu berada pada harga yang memuaskan. Salah sebuah kontrak yang berprofil tinggi dan mewah yang telah diberikannya kepada ahli-ahli keluarganya adalah Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) yang baru siap dibina dan telah dijadikan tempat perhimpunan politik BN pada hujung minggu lalu.

Dasar ‘kemajuan dan pembangunan’ yang telah dicanai oleh Taib telah sebenarnya secara langsung menguntungkan CMS. Projek-projek besar yang lain pula, seperti rancangan SCORE, merupakan ‘lembu susu’ bagi keluarganya!

Syarikat Titanium Management milik Abu Bekir telah menerima bahagian tanah yang amat luas dari negeri Sarawak beberapa tahun yang lalu, kesemuanya djelaskan kepada kerajaan negeri secara misteri “payment in kind” (i.e. dalam sebarang jumlah, atau bentuk bayaran)!

Pengiraan yang dibuat oleh Sarawak Report ke atas semua tanah yang diterima oleh syarikat Abu Bekir berjumlah sekitar 70,000 hektar, sama dengan keluasan pulau Singapura, terima kasih kepada keputusan ayahanda Taib yang juga seorang menteri yang mengawal sumber-sumber alam negeri ini.

Setelah tercetusnya persengketaan menerusi mahkamah-mahkamah, maka diketahui umum bahawa tanah-tanah yang diterima Bekir adalah tanah hak orang lain! Cubaan Ketua Menteri untuk meminda perundangan mengenai tanah NCR telah diperintahkan oleh mahkamah sebagai tidak berteras dan wajar.

Hanya pada minggu lalu syarikat Polar Horizon milik Abu Bekir telah mengeluarkan notis-notis pengusiran ke atas beberapa orang Iban yang pemilik secara sah ke atas tanah NCR, terpaksa berundur setelah peguam PKR See Chee Howe mengheret syarikat tersebut ke mahkamah dan kes itu juga telah disiarkan menerusi Radio Free Sarawak dan juga di mana-mana. Orang-orang Abu Bekir telah secara lisan memberitau orang-orang kampung bahawa pengusiran itu tidak diteruskan, walaupun tiada sebarang arahan secara bertulis telah diterima.

Dengan bertambahnya bilangan persengketaan tanah, mungkin Datin Shahnaz perlu menyelaraskan semula perkiraannya ke atas nilai-nilai tanah-tanah yang dituntutnya dari suaminya itu dalam mahkamah nanti!

Harta-harta di luar negara!

Mahmud Abu Bekir Taib adalah salah seorang ahli lembaga Pengarah dan peneraju syarikat Sakto Corporation di Kanada, yang kini memilik harta bernilai berjuta-juta USD.

Dia telah menubuhkan syarikat tersebut dengan gandingan saudaranya Jamilah Taib dan bapa-saudara mereka, Onn Mahmud, semasa dia masih sebagai penuntut kolej berusia 20 tahun lagi! Pada tahun pertama operasinya, syarikat berkenaan telah melabur sebanyak $7 juta untuk membeli 400 buat unit kediaman di Ottawa, di Kanada. Kini ia memiliki ruang-ruang pejabat, kedai dan kediaman serba moden yang mencecah nilai ratusan ribu dollar.

Kemudian, Bekir dilantik sebagai salah seorang Pengarah dan pemegang utama saham dalam syarikat Sakti International yang ditubuhkan di US dalam tahun 1987. Bekir bertindak selaku presiden dalam syarikat itu sehingga ianya diserahkan kepada adiknya, Sulaiman, yang pada ketika itu sedang menuntut di sebuah universiti di San Francisco. Harta dalam Sakti International dan syarikat-syarikat yang berkaitan di rantau itu bernilai berjuta-juta dollar juga.

Seperti yang telah didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini, pegangan secara rahsia ke atas saham-saham itu bermaksud separuh dari saham yang dipegangnya dalam Sakti adalah sebenarnya dipegang bagi pihak bapanya Abdul Taib Mahmud! Abu Bekir telah sebenarnya diletakkan sebagai saudagar utama dan penjana pendapatan sejak dia berusia 20 tahun lagi kerana kononnya bapanya dilarang oleh undang-undang untuk memperoleh kekayaan dalam apa jua cara sekali pun. Kononnya!

Namun, Taib belum pernah memberikan penjelasan mengapa saham-saham yang besar yang dipegang oleh anak-anak dan saudara-saudaranyanya bagi pihak dirinya itu boleh mencecah sehingga 50% dari keseluruhannya!

Sarawak Cable

Syarikat ini, yang telah dikorporatkan sekitar 1990an, telah lama tidak aktif sehinggalah pada tahun 2008 apabila ianya dilihat hidup semula dengan penuh tenaga setelah mengambil-alih Universal Cable (Sarawak) Sdn Bhd, yang membuat kabel-kabel elektrik. Di Sarawak Cable Abu Bekir Taib merupakan Pengerusi dan memiliki 36% saham, manakala sepupu bapanya, Hamid Spawi, memiliki 20%. Harga saham yang terkini , yang diniagakan pada bulan November lalu, bernilai RM1.29. Maka kami boleh anggarkan saham 43 juta dalam pegangan Abu Bekir bernilai sekitar RM55 juta.

Apa-apa seharusnya berjalan lancar bagi syarikat itu memandangkan negeri Sarawak kini merupakan pelabur terbesar sebuah projek bersama mereka. Pada bulan November 2010 mereka diberikan projek mengeluarkan kabel elektrik bertransmisi tinggi yang bernilai RM98.68 juta oleh Sarawak Energy Bhd, sebagai usahasama mereka dengan Sinohydro!
Sudah pasti Abu Bekir tidak mempunyai sebarang masalah memujuk para pengundinya bahawa dia adalah seorang yang sangat kaya dan berpengaruh, suatu langkah yang sering digunakan oleh ahli-ahli politik BN untuk meraih sokongan.

Bekir mungkin akan mengikut jejak langkah bapanya yang gemar menghulurkan empat-lima ratus ringgit untuk membeli undi mereka. Tetapi para pengundi haruslah berfikir sedalam-dalamnya dari manakah Abu Bekir mendapat wangnya dan sama ada hasil dari tanah-tanah NCR rakyat dan harta-harta negeri. Jika ya, maka para pengundi harus mempertimbangkan sama ada mereka mengundi dengan betul untuk mengembalikan kesemua aset-aset rakyat itu! 

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tuesday, March 15, 2011

PR tanding di S'wak, mahu tempoh kempen 21 hari



KUALA LUMPUR, 14 Mac: Pakatan Rakyat hari ini secara rasmi menyatakan kesediaan menyertai 
pilihan raya negeri Sarawak.Perkara itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dalam 
mesyuarat mereka di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.Katanya, walaupun tabiat negara ini 
meletakkan tarikh pilihan raya dalam keadaan teka teki dan tidak demokratik seperti negara lain, 
namun Pakatan Rakyat tetap membuat persediaan menghadapinya."Kita telah berbincang untuk 
menghadapi pilihan raya Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa.

"Kita terus menyertai pilihan raya dan membuat persediaan yang kita bincang hari ini," kata 
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Ketua Pembangkang yang digantung, Datuk Seri Anwar Ibrahim
 yang juga Ketua Umum PKR, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan utama ketiga-tiga
 kompenen parti.

Sehingga kini katanya, sebahagian masalah membabitkan kepentingan ketiga-tiga parti termasuk 
pembahagian kerusi sudah diselesaikan di peringkat dalaman.

Kesemua perbincangan berhubung persedian ujarnya, dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya 
sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak diumumkan.

Ianya termasuk juga pembentukan menifesto bersama yang akan dibincang dengan kepimpinan 
parti di peringkat negeri itu.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat turut mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menilai 
semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari.

"Kita mendesak agar hak media dan hak berkempen diberi sama rata kepada semua 
parti-parti yang bertanding," tegasnya.

Petikan dari: Harakah Daily

Followers