Pages

Tuesday, March 15, 2011

PR tanding di S'wak, mahu tempoh kempen 21 hari



KUALA LUMPUR, 14 Mac: Pakatan Rakyat hari ini secara rasmi menyatakan kesediaan menyertai 
pilihan raya negeri Sarawak.Perkara itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dalam 
mesyuarat mereka di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.Katanya, walaupun tabiat negara ini 
meletakkan tarikh pilihan raya dalam keadaan teka teki dan tidak demokratik seperti negara lain, 
namun Pakatan Rakyat tetap membuat persediaan menghadapinya."Kita telah berbincang untuk 
menghadapi pilihan raya Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa.

"Kita terus menyertai pilihan raya dan membuat persediaan yang kita bincang hari ini," kata 
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Ketua Pembangkang yang digantung, Datuk Seri Anwar Ibrahim
 yang juga Ketua Umum PKR, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan utama ketiga-tiga
 kompenen parti.

Sehingga kini katanya, sebahagian masalah membabitkan kepentingan ketiga-tiga parti termasuk 
pembahagian kerusi sudah diselesaikan di peringkat dalaman.

Kesemua perbincangan berhubung persedian ujarnya, dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya 
sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak diumumkan.

Ianya termasuk juga pembentukan menifesto bersama yang akan dibincang dengan kepimpinan 
parti di peringkat negeri itu.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat turut mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menilai 
semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari.

"Kita mendesak agar hak media dan hak berkempen diberi sama rata kepada semua 
parti-parti yang bertanding," tegasnya.

Petikan dari: Harakah Daily

2 comments:

Unknown said...

Teruskan memberi info...

Unknown said...

we will support PAS Sibu blog

Followers