Pages

Saturday, March 12, 2011

KERAJAAN BN TAKUT!! :MAJLIS HIMPUNAN TANAH RAKYAT SARAWAK DI BOIKOT OLEH KERAJAAN BN !!


Majlis Himpunan Tanah Rakyat Sarawak akan diadakan pada 13 MAC 2011 [AHAD] di Restoran Sin Lun Sheng, Kuching (berhadapan dengan The Spring) bermula jam 7 pagi hingga 2.30 petang. Majlis tersebut diadakan bertujuan menyedarkan serta memberi maklumat lebih jelas kepada semua rakyat Sarawak prosedur-prosedur serta proses-proses pengambilan hak tanah oleh kerajaan yang sebenar-benarnya. Panduan akan diberikan kepada semua yang hadir kerana ianya adalah amat penting khasnya kepada rakyat Sarawak yang mempunyai tanah individu. Majlis yang bertujuan ke arah memupuk kesedaran rakyat ini akan dihadiri oleh beberapa pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan pakar-pakar mengenai hal ehwal tanah. Akan turut hadir ialah beberapa peguam untuk peserta  menanyakan apa-apa soalan mengenai isu tanah di Sarawak.

Akan tetapi, majlis tersebut seakan-akan telah mula diboikot atau sabotaj oleh kerajaan BN dimana wakil-wakil dari kerajaan BN secara langsung atau tidak langsung telah pun mengumumkan serta menyebarkan kepada org ramai bahawa majlis tersebut adalah "perhimpunan haram" dan ianya salah di sisi undang-undang. Mereka mengatakan majlis tersebut tidak mempunyai permit sedangkan majlis tersebut dibuat didalam restoran (tidak perlu permit) dan ianya adalah sebuah mejlis yang cuma ada diisi dengan program forum serta soal jawab sahaja. Selain itu, majlis yang dianjurkan oleh PAS NEGERI SARAWAK itu menyediakan makanan serta minuman ringan untuk para peserta. Jadi, Nur Moon dari PAS SIBU nak tanya sikit dengan kerajaan BN ni.."takkan la bagi makan minum yg halal kepada peserta pun boleh diharamkan?..sejak bila majlis ilmu sebegini boleh jadi haram sedangkan program-program rapat umum yang di anjurkan oleh kerajaan BN sendiri seperti konsert-konsert nyanyian dan banyak lagi, boleh pula tidak haram?

Jadi, PAS SIBU menyeru agar rakyat Sarawak yang ingin menghadirkan diri ke majlis tersebut jangan bimbang dan termakan dengan strategi kerajaan BN; dimana kerajaan BN berbuat demikian kerana mereka takut rakyat Sarawak mempunyai info yang tepat bagaimana prosedur sebenar isu tanah dan mungkin juga kerajaan BN takut mereka tak dapat RAMPAS TANAH RAKYAT lagi selepas ini...

oleh: Nur_Moon

1 comment:

Unknown said...

Tahniah PAS Sibu atas dedahan ini...

Followers