Pages

Tuesday, March 15, 2011

MAJLIS HIMPUNAN TANAH SARAWAK BERJALAN LANCAR !!

13 MAC 2011; Majlis Himpunan Tanah Rakyat Sarawak berjalan dengan lancarnya di Restoran Sin Lun Sheng. Walaupun majlis tersebut cuba diganggu oleh sepasukan polis yang diketuai oleh C.Insp. Jamaludin, namun pihak berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana penganjuran majlis tersebut mengikut prosedur.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi itu dihadiri oleh  penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dari kawasan-kawasan di seluruh Sarawak dan penduduk yang mempunyai masalah tanah (yang telah dirampas atau dalam proses dirampas kerajaan BN). Majlis anjuran PAS Negeri Sarawak itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Haji Adam Ahid, Naib Presiden PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mazlan Aliman (Ketua Lujnah Tanah PAS Pusat),  YB Chong (DAP), Saudara Baru Bian (PKR) dan wakil-wakil dari setiap parti Pakatan Rakyat. 



Ternyata para peserta amat berpuas hati dengan majlis tersebut kerana mereka telah mendapat info bagaimana mengenalpasti atau mencari jalan penyelesaian untuk status tanah mereka yang telah dirampas atau sedang dalam proses dirampas oleh pihak-pihak yang berkepentingan (keluarga Ketua Menteri Sarawak). 

Sesi dialog juga diadakan untuk memudahkan para peserta yang hadir bertanya apa-apa masalah berkenaan tanah mereka dengan peguam yang sangat berpengalaman, Saudara Baru Bian. Beliau sempat menerangkan bagaimana proses sebenar (sah disisi undang-undang) pengambilan tanah oleh pihak-pihak tertentu dan prosedur-prosedur sebenar tuntutan hak tanah.

Selain Deklarasi Himpunan Tanah Sarawak, turut dilancarkan ialah Tabung Bantuan Guaman Tanah Sarawak. Ini adalah untuk membantu rakyat yang mempunyai masalah kewangan untuk menguruskan pembelaan hak tanah masing-masing. Para peserta amat menghargai usaha PAS Negeri Sarawak diatas pelancaran tabung tersebut.

Kata salah seorang peserta, "Jika kami tahu tentang undang-undang sebenar hak tanah, kami tidak akan mengundi Barisan Nasional sejak berpuluh tahun dahulu..undi BN beerti merelakan tanah kita dirampas!! ". Para peserta juga mencadangkan supaya pihak Pakatan Rakyat agar lebih kerap mengadakan sesi seperti ini agar semua rakyat Sarawak tahu apa yang telah terjadi sebenarnya di Sarawak; terutama kes tanah yang telah banyak dirampas oleh kerajaan BN (keluarga serta kroni Ketua Menteri Sarawak).

Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak; Haji Adam Ahid mengatakan bahawa insyaAllah beliau akan terus membantu rakyat Sarawak yang tertindas dengan memberi pelbagai panduan prosedur khasnya berkaitan isu tanah ini.

Laporan oleh: NurMoon

1 comment:

Unknown said...

Tahniah PAS Sibu...

Followers