KUALA LUMPUR, 14 Mac: Pakatan Rakyat hari ini secara rasmi menyatakan kesediaan menyertai pilihan raya negeri Sarawak.Perkara itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.Katanya, walaupun tabiat negara ini meletakkan tarikh pilihan raya dalam keadaan teka teki dan tidak demokratik seperti negara lain, namun Pakatan Rakyat tetap membuat persediaan menghadapinya."Kita telah berbincang untuk menghadapi pilihan raya Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa.
"Kita terus menyertai pilihan raya dan membuat persediaan yang kita bincang hari ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas itu.
Turut serta pada sidang media itu, Ketua Pembangkang yang digantung, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan utama ketiga-tiga kompenen parti.
Sehingga kini katanya, sebahagian masalah membabitkan kepentingan ketiga-tiga parti termasuk pembahagian kerusi sudah diselesaikan di peringkat dalaman.
Kesemua perbincangan berhubung persedian ujarnya, dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak diumumkan.
Ianya termasuk juga pembentukan menifesto bersama yang akan dibincang dengan kepimpinan parti di peringkat negeri itu.
Dalam pada itu, Pakatan Rakyat turut mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menilai semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari.
"Kita mendesak agar hak media dan hak berkempen diberi sama rata kepada semua parti-parti yang bertanding," tegasnya.
Petikan dari: Harakah Daily
|
2 comments:
Teruskan memberi info...
we will support PAS Sibu blog
Post a Comment