Pages

Tuesday, October 29, 2013

BAJET 2014 : SARAWAK TERPINGGIR LAGI?

Mohd Aizan Mohd Nor,28 Okt 2013

Bajet 2014 yang amat dinanti-nantikan itu sudahpun dibentangkan. Ramai menggelar belanjawan kali ini sebagai ‘Bajet GST’ dan ‘Bajet Gula’ merujuk kepada cadangan pelaksanaan sistem GST bermula pada tahun 2015 dan pemansuhan subsidi gula mulai Sabtu lepas. Jika ditinjau dari dua sudut ini, Bajet 2014 jelas sebuah belanjawan yang berani kerana ia cuba untuk tidak populis. 

Mungkin ini adalah cerminan keyakinan Perdana Menteri dengan mandat baru beliau pada PRU13 yang lalu khususnya daripada Malaysia Timur. 

Sekilas pandang, Bajet 2014 tampak lebih mesra Sarawak dan Sabah. 

Berikut adalah projek-projek utama yang dikhususkan untuk Malaysia Timur dalam pembentangan Bajet 2014 yang lepas:

1.    RM850 juta untuk kabel dasar laut bagi peningkatan capaian internet di Sarawak dan Sabah
2.    RM500 juta untuk Lebuhraya Pan-Borneo
3.    RM331 juta untuk penyeragaman harga barangan di Sarawak dan Sabah
4.    RM312 juta untuk menaiktaraf beberapa lapangan terbang termasuk di Sarawak dan Sabah
5.    RM130 juta untuk subsidi pengangkutan udara luar bandar di Sarawak dan Sabah
6.    RM75 juta untuk bantuan tangki air di Sarawak
7.    RM50 juta untuk kerja pengukuran dan pengesahan tanah adat bumiputera Sarawak dan Sabah
8.    RM30 juta untuk 60 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia di Sarawak dan Sabah
9.    2 buah RTC untuk Sarawak dan Sabah
10.     1 buah UTC di Sarawak

Secara keseluruhan, projek-projek di atas berjumlah sekurang-kurangnya RM2.3 bilion. Jelas, suatu peruntukan yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tentunya rakyat Sarawak bersyukur kepada Allah atas peruntukan sebesar ini. Namun adakah cadangan-cadangan Perdana Menteri ini menepati keperluan sebenar rakyat di sebelah sini?

Sebagai contoh, peruntukan RM 850 juta untuk kabel dasar laut walaupun baik tetapi saya kira agak besar dan tidak menepati keperluan sebenar rakyat Sarawak khususnya di luar bandar. 

Berdasarkan maklumat terkini daripada SKMM, capaian internet di Sarawak sudahpun mencapai tahap 55%, (melepasi sasaran kerajaan pada kadar 50%) dan ini sebenarnya jauh lebih baik berbanding Kedah, Kelantan dan Perak walhal capaian bekalan air paip terawat di luar bandar Sarawak hanyalah 57.4% dan dalam masa yang sama, Sarawak adalah negeri ketiga tertinggi insiden kemiskinannya (LaporanPenyiasatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012).

Peruntukan RM 500 juta untuk membaiki Lebuhraya Pan-Borneo pula sebenarnya terlalu rendah berbanding keperluan untuk menaiktaraf jalanraya tulang-belakang sistem pengangkutan darat di Borneo ini kepada ‘dual-carriage way’ yang dianggarkan berjumlah RM22.0 bilion (Pelan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya 2010). 

Malahan, berdasarkan ulasan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi, Datuk Seri Michael Manyin, sebahagian besar daripada peruntukan ini hanya akan digunakan untuk pembinaan 95 buah laluan memotong sepanjang lebuhraya sejauh 2,239 km ini. 

Jelas, komitmen kerajaan pusat untuk menyediakan sebuah lebuhraya yang baik dan selesa untuk rakyat Sarawak dan Sabah setanding dengan yang dinikmati oleh rakan-rakan di Malaysia Barat masih diragui. 

Selain itu, strategi pemberian subsidi bagi menyeragamkan harga barangan pengguna di Sarawak dan Sabah berjumlah RM331 juta pula dilihat tidak lestari secara ekonominya. 

Ini adalah kerana pendekatan yang jauh lebih efektif adalah semakan semula dasar kabotaj sedia-ada yang menghalang pemunggahan dan pengangkutan barangan secara langsung ke pelabuhan-pelabuhan di Sarawak dan Sabah. 

Dasar kabotaj ini diakui oleh ramai penganalis sebagai antara punca utama perbezaan harga barangan di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur di samping masalah ketidakcekapan sistem pengangkutan darat yang disebabkan oleh keadaan Lebuhraya Pan-Borneo yang kurang memuaskan. 

Dengan dasar yang lebih tepat, RMM331 juta ini mungkin lebih strategik digunakan untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan anak-anak bumiputera Sarawak khususnya di luar bandar.

Isu tanah adat bumiputera atau tanah NCR di Sarawak adalah isu besar yang menunjangi perasaan tidak puas hati sebahagian besar rakyat Sarawak khususnya orang Dayak terhadap kerajaan negeri sekarang ini. 

Isu dasarnya bukanlah semata-mata tentang mempercepatkan pengukuran dan pengesahan status tanah NCR tersebut tetapi yang jauh lebih penting ialah pengiktirafan kerajaan negeri terhadap hak kaum bumiputera ke atas tanah adat turun-temurun mereka mengikut hukum adat mereka sendiri. 

Mempercepatkan proses pengesahan tanah NCR atau juga disebut sebagai ‘perimeter survey’ ini pada asasnya akan mempercepatkan proses pengambilalihan tanah-tanah tersebut oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan tanpa perlu mengiktiraf status ‘pulau galau’ (hutan simpanan komunal) dan ‘pemakai menoa’ (domain wilayah rumah panjang) tanah-tanah rakyat ini sebagai tanah NCR. 

Isu definisi tanah adat ini sebenarnya sudahpun diakui oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Nor Nyawai pada tahun 2001 yang menjelaskan bahawa tanah NCR bukanlah hanya ‘temuda’ (kawasan yang terdekat dengan rumah panjang yang juga digunakan untuk bercucuk-tanam dan lain-lain) sepertimana yang difahami oleh kerajaan negeri tetapi ia juga termasuklah ‘pulau galau’ dan ‘pemakai menoa’. 

Ini adalah isu penghakisan hak rakyat bumiputera Sarawak oleh kerajaan negeri dan agensi-agensinya ke atas tanah-tanah adat mereka. Sebenarnya bukanlah RM50 juta ini yang diperlukan tetapi yang rakyat mahukan ialah reformasi undang-undang berkaitan tanah adat secara komprehesif agar hak mereka terus dipertahankan.

Tidaklah dinafikan bahawa rakyat Sarawak juga akan menerima manfaat daripada inisiatif BR1M, i-BR1M dan peruntukan-peruntukan untuk sistem kesihatan, pendidikan dan pembangunan luar bandar yang lain. 

Namun demikian, apa yang cuba diketengahkan di sini ialah setakat manakah peruntukan-peruntukan besar untuk Sarawak ini menepati keperluan rakyat Sarawak itu sendiri? Atau adakah ia bakal direbut oleh mereka yang berkepentingan dan hanya dinikmati oleh kelompok elit tertentu di negeri ini? Moga-moga igauan ngeri Laporan Ketua Audit Negara 2012 tidak berulang lagi.

Thursday, October 24, 2013

SIAPA HARUS DIPERSALAHKAN?????

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar pengawai keselamatan yang menembak mati pegawai Wanita Ambank petang Semalam itu masih gagal dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu. 



Sekiranya rekod menunjukkan penjenayah ini bukan warganegara Malaysia tetapi seorang pendatang,Bagaimana beliau boleh terlepas mengunakan kad pengenalan palsu ini hingga berjaya diambil berkerja sebagai pengawal keselamatan dan diberi pulak senjata api?

Inilah contoh dan petanda kegagalan Sistem pengurusan tadbir jabatan kerajaan yang bertanggungjawap terhadap menyeliaan syarikat kawalan keselamatan.Kegagalan pihak berkuasa mengurus syarikat keselamatan dengan membenarkan perkerja asing dari berbagai negara untuk menjadi pegawai keselamatan di negara  ini amat membimbangkan.

Adakah pengawal keselamatan asing ini Sudah disaring pengenalannya diri  apabila diterima berkerja ataupun main tangkap muat semata2 Ingin mengaut keuntungan?



Bila kematian Sudah berlaku seperti ini,anak kecil yang hilang kasih Sayang seorang ibu begitu juga keadaan suami tercinta,barulah Mula merangka akta berbagai Serta menguatkuasakan undang2 yg ketat terhadap kesilapan yang Sudah lama nampak tempang.

Persoalan Utamanya,siapa yang Harus dipersalahkan?

Saya Ingin merakamkan tahziah
 Keluarga Norazita bt Abu talib,pegawai Ambank yang terkorban dalam kejadian rompakan ptg semalam.Semoga tabah menghadapi ujian yang berat ini sebagaimana berat mata memandang berat lagi bahu memingkul.semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang-orang yang beriman.
Amin.

Hud Abusiraj Almuner
Pas Sibu.

Saturday, October 19, 2013

TAMRIN TARBAWI PAS KAWASAN SIBU 1.0

Tamrin Tarbawi Pas Kawasan Sibu yang sedang berlangsung Selama 2 hari di pasti Al-Fateh mendapat sambutan yang amat mengalakan.Ahli pas yang datang sejauh Kawasan Saratok,Sesang dan kabong turut hadir dalam majlis pengisian Ilmu ini.

Dua orang tokoh pemuda Serta ulamak pelapis diundang bagi membentangkan kertas Kerja mereka.Curahan ilmu dan pengalaman luas Mereka dikongsi pada semua ahli yang hadir.


PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1 


Pembentang kertas kerja hari kedua yang bertajuk Pas sebagai gerakan dakwah dan politik yang disampaikan Oleh Al-fadhil Ust Azman Shapawi.Ust Azman dalam pembentang kertas kerjanya menyebut perjuangan Nabi Nuh yang menyebarkan dakwah Islam Selama 950  tahun hanya Ada 80 orang pengikut.Nabi Zakaria yang digergaji kepalanya hingga berbelah dua dan Nabi Yahya disembelih  adalah antara ujian dan mehnah yang ditempuhi dalam menyebarkan risalah Allah.


Pas bukan sekadar Parti politik, ia juga adalah Badan dakwah dan gerakan Islam.perjuangan islam memerlukan istiqamah dan nawaitu Kerana Allah dalam Kerja-Kerja Islam ini barulah kemenangan 
Hakiki boleh dicapai.


Selesai pembentangan kertas Kerja,Ust Azman membuka sesi soal jawap agar Segala pengisian yang disampaikan olehnya dapat di bincang agar maksud isi dapat difahami dan dihayati Oleh setiap ahli.

KULIAH MAGHRIB

Kuliah maghrib bertajuk Tugas dan Akhlak ahli Parti Islam SeMalaysia tulisan Al-Fadhil Presiden Pas Tuan guru haji Abdul Hadi Awang telah dikupas oleh Alfadhil Ust Mat Isa Daud ketua urusan ulamak pas Sibu,huraian Serta pengelasan dari Al-fadhil Ust amat jelas isi pengisianya untuk tatapan rohani.

Antara yang peringatkan ialah kemantapan harakah islamiah berhubung Erat dengan keteguhan aqidah Atau perinsip perjuangan dan keteguhan pegangan ahlinya menghasilkan wala kepada aqidah jemaah.Antara lain yang wajib dan penting Ada pada individul ialah ikhlas,istiqamah,taat yakni saling mempercayai diantara pemimpin dan pengikut,wala kepada kepimpinan serta harakah islamiyah,jemaah dan berdisplin.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 2


Kemuncak daripada pembentangan halaqah Ilmu adalah pembentangan kertas Kerja ke-2 dari Yb Ust Mohd Nor Hamzah yang bertajuk Halatuju perjuangan pas masakini.Pengisian dari ketua DPPNT ini amat Padat dan mantap.





Intipati pembentangan tajuk Oleh Yb Ust Mohd Nor Hamzah telah dicatit Oleh Ust Ehsan Halim seperti berikut,


Allah telah tetapkan halatuju perjuangan islam dalam quran

Justeru jangan sesekali kita ambil jalan lain.

Nabi menjamin bahawa akan ada umatnya yg akan berjuang sepanjang zaman.

Pas sebuah jemaah islam.

Matlamat perjuangan pas adalah jelas iaitu untuk mendapat redha Allah.

Dasar pas adalah islam.Pas tidak pernah berubah dan tidak akan berubah daripada dasar ini.Ia terpasak dalam pelembagaan pas.

Rujukan tertinggi pas adalah Al-Quran, hadis Nabi, Ijma' dan Qias.

Pas tegas dengan dasar perjuangan Islam.

Ketika pas menang di terengganu,kita meluluskan enakmen hukum islam. Dap tidak bersetuju.Mereka keluar dari barisan alternatif.

Ada ahli pas tidak bersetuju dengan tindakan ini(meluluskan enakmen) sehingga menyebabkan DAP menjauhi dan keluar dari bekerjasama dalam barisan alternatif, tp ia tidak menggugat keputusan pas untuk melaksanakan Islam dalam pemerintahan.

Pas sentiasa berijtihad dalam mendepati suasana yang pelbagai.

Suasana sentiasa berubah maka memerlukan ulama yg arif hukum hakam untuk sentiasa membuat ijtihad dan pandangan baru.

Maka di sini menunjukkan perlunya ulama itu memimpin pas.

Ada yang menyebut sekarang tidak perlu kepimpinan ulama.Cukup jika ada kepimpinan Islam.pandangan ini salah.

Maksud golongan yg kata cukup sekadar kepimpinan Islam ialah mereka rasa sesiapa sahaja boleh pimpin pas asalkan dia faham islam (meskipun dia bukan ulama) maka dia boleh memimpin jemaah islam.

Pemimpin yang faham islam tidak sama dengan pemimpin yang bertaraf ulama.pemimpin yang faham tidak pandai untuk korek hukum dari sumber asli (al-Quran dan hadis) hanya ulama sahaja yang mampu lakukannya.

Kekuatan pas bukan hanya pada rujukan al-quran dan sunnah shj. Bukan sahaja kerana kekuatan penyokong dan pendokong dia. Bahkan ada unsur yang ketiga iaitu ia ada ulama yang memimpin bahtera itu sendiri.

Pentingnya pemimpin pas di kalangan ulama kerana dia mampu untuk bagi ijtihad sendiri meskipun tanpa majlis syura. Kerana untuk majlis syura bersidang bukan mudah kerana ia mengambil masa sedangkan dalam sesetengah keadaan ia perlu keputusan segera. Maka di sini perlunya ada pemimpin yang bertaraf ulama yang mampu buat ijtihad on the spot.

Perjuangan islam dan ujian tribulasi

Pas membuka keahlian pada semua orang. Tidak mengira latar belakang, fikrah dan komitmen.

Maka di sini pas terdedah dengan sabotaj.

Pas juga buka dewan himpunan penyokong pas yang semuanya non-muslim. Mereka juga ada kerenah dan masalahnya sendiri.

Pas juga membuat kerjasama politik dengan parti lain. Parti lain pun ada kerenahnya sendiri. Kadang2 pendirian ahli juga goyah kerana lebih yakin parti yang dibuat kerjasama berbanding yakin dengan Pas sendiri.

Semua ini Pas anggap ia adalah Ujian yang perlu dihadapi. Maka perlu bijak mengurus Ujian ini.

Pas sarawak perlu terus bekerja membawa mesej dakwah islam.

Dalam suasana di sini boleh ambil kisah ghulam.

Pengajaran dari kisah ghulam:
1-jgn sibuk bina orang tua.bina anak muda remaja org tempatan.didik mereka yang bijak-bijak ni dengan fikrah perjuangan islam yang sahih.

2-biarkan lambat tapi ia adalah proses yang panjang yang mesti dibuat kerjanya.biar orang kata lama.

Sesi soal jawab:

Bagaimana untuk menangani budaya politik orang melayu yang mengharap material untuk mengundi?
-mesti di berikan ilmu kepada mereka.

Tanamkan aqidah yang sahih.

Caranya kita bt dakwah secara personal/fardi. Kaedah ni lambat tapi bermanfaat. 
Perkongsian Kuliah Dasar Ust Mohd Nor Hamzah, Exco DPPM.Tamrin Tarbawi Pas Sibu.18-20 okt 2013.


KULIAH SUBUH 


Kuliah Subuh untuk TAMRIN telah diadakan di surau Al-Firdaus di taman Apollo yang disampaikan Oleh Ust Azman Shapawi.Ramai kariah dan penduduk berhampiran yang dahagakan Ilmu agama hadir bagi mendengar curahan Ilmu yang disampaikan Oleh Al-Fadhil Ust Azman.




Tahniah kepada seluruh kepimpinan Pas Kawasan Sibu yang bertungkus lumus menjayakan dan  menganjurkan program 'TAMRIN TARBAWI'buat julang2 kalinya.Inilah titik pemulaan kepada penganjuran program Ilmu seterusnya di masa yang akan datang bagi memberi ilmu bukan Sahaja tetumpu kepada ahli pas Sahaja tetapi ia juga diperluaskan kepada masyarakat.

Syukran jazilan kepada tetamu undangan dari jauh YB Ust Mohd Nor Hamzah Selaku ketua DPPNT dan Ust Azman Shapawi Kerana sanggup mengharungi perjalanan yang jauh semata-mata Ingin mencurahkan Ilmu dan berkongsi pengalaman kepada ahli pas Sibu.Semoga Allah Sahaja membalas pengorbanan yang dilakukan.

Kepada para ahli dan peserta TAMRIN,Moga Ilmu yang diperolehi dapat diterjemahkan kepada masyarakat apabila balik ke Kawasan masing-masing.

hud abusiraj almuner

Thursday, October 17, 2013

TAMRIN TARBAWI PAS KAWASAN SIBU


Pas Sibu julung-julung kali akan mengadakan TAMRIN pada 19hb hingga 20hb Oktober 2013 (Sabtu & Ahad) di Pasti Al-Fateh,Jalan lilin Ulu Sungai Merah bagi memberikan pengisian ilmu dan kefahaman manhaj perjuangan kepada ahlinya sebagai kekuatan rohani bagi membawa cabaran dalam perjuangan siasah syariyyah ini.

Pembentang kertas kerja pada pada program itu nanti adalah Yb Ust Mohd Noor Hamzah ketua DPPNT yang juga Adun bukti payung Marang dan Ust Azman Shapawi mantan Timbalan ketua DPPM yang juga bekas Adun.

                                         Yb Ust Mohd Noor Hamzah
                                                    Ust Azman Shapawi

Admin Ingin berkongsi Catatan daripada YB Ust Idris Ahmad Ahli parlimen bukti Gantang yang juga Pengarah lujnah tarbiyah Pas pusat.Semoga catatan beliau dapat memberi penjelasan jelas kepada Kita kenapa Kita Harus merapatkan ukhuwah antara jemaah agar Kita sentiasa kukuh dalam perjuangan ini.Agar catatan ini memberi manafaat kepada semua.


Eratkan Ukhwah Kukuhkan Jamaah

 
 
 
 
 
 
4 Votes


Eratkan Ukhwah Kukuhkan Jamaah
Idris Hj Ahmad
13/6/13

Apabila Baginda Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, tiga perkara asas yang baginda lakukan iaitu mendirikan masjid, mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar, menegakkan syariat Allah. Ukhwah diberi perhatian yang lebih kerana ia adalah tonggak kepada pembinaan sebuah negara. Negara goyang jika ukhwah longgar, begitu juga di dalam jamaah. Oleh sebab itu jika perkara ini diabaikan ia mendatangkan musibah yang tidak baik kepada perjalanan jamaah. 

Pentingnya Ukhwah Di Dalam Jamaah.
@Boleh merapatkan saf kepimpinan di dalam jamaah. Bila ukhwah renggang banyak kerja jamaah akan terencat. Sebab itu ikatan ukhwah mesti dipelihara demi kelangsungan perjuangan. Perjalanan jamaah bergerak secara sukarela, bukan dengan paksa. Bagaimana jamaah hendak bergerak jika perasaan mahabbah tidak ada di kalangan anggota.
@Hilang perasaan buruk sangka sesama sahabat, kerana syaitan gagal menghasut. Sebarang keraguan terus mendapat penjelasan dan penerangan. Kerana punca hubungan renggang berpunca daripada sangka buruk. Firman Allah SWT
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain” Al-Hujurat 49:12.
@Mengelak daripada musuh jamaah dapat bertapak di dalam parti. Mereka gagal untuk berlakon dan menjadi virus pemusnah di dalam jamaah, kerana segala tingkah laku mereka sentiasa diperhati di kalangan ahli. Semua ahli akan mengawal daripada semua sudut menjadi SB jamaah untuk melaporkan kalau ada pengkianat dalam parti.

Sebab ukhwah musnah
@Tidak ada program yang disusun oleh jamaah.  Akhirnya ahli membawa cara fikir dan tindakan menurut kehendak masing-masing. Maka jadilah kapal yang banyak nakhoda.
@Mendengar pandangan orang lain, tanpa mengambil kira pandangan  sesama jamaah. Seorang itu lebih percaya orang luar daripada ahli sendiri. Maka akan berlakulah jamaah dalam jamaah.
@Zaman media baru, pandangan jamaah tidak dipedulikan. Kadang-kadang ahli lebih percaya kepada persepsi yang berjaya dibentuk. Maklumat yang diperolehi kadang-kadang daripada ejen musuh yang berlakon ahli Pas. Mereka inilah yang membuat adu domba sehingga kita berselerak dan ukhwah hancur. Inilah dilema gerakan Islam seluruh dunia ketika menghadapi zaman langit terbuka. Ia juga menimpa kepada Gerakan Islam di dunia hari ini. Rujukan mereka ialah Face book, portal dan blog. Akhirnya musuh bertepuk tangan.
@Ahli tidak sedia untuk mengikuti program khusus seperti usrah, tamrin, liqa al-fikri. Mereka lebih selesa ikut program umum daripada program khusus.
@Apabila jarang bertemu dan bersua mata, maka banyak maklumat diambil daripada media baru, akhirnya membentuk persepsi negatif kepada jamaah dan pimpinan. 
@Pimpinan tidak turun ke peringkat akar umbi untuk memberi pengisian dalaman dan dialog terbuka bersama ahli. 
@Masalah ahli yang tidak suka dirinya ditarbiah. Puncanya kerana merasa dirinya sudah hebat. Akhirnya timbul sikap ego di dalam jamaah. Sinilah bibit ukhwah rosak di dalam jamaah. 

Cara Hendak Atas
@Bacalah kisah-kisah sahabat yang menunjukkan ukhwah yang mantap melalui madrasah Rasulullah SAW. Terutama orang Ansar dan Muhajirin, sehingga Allah merakamkan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT
“Dan orang-orang (Ansar) dan telah beriman sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (Muhajirin) , atas dirinya sendiri meski pun mereka juga memerlukan”( Al-Hashr 59:9) 
@Mesti tanamkan di dalam diri ahli Pas di semua peringkat bahawa perpecahan di dalam jamaah akan menguntungkan pihak musuh.  Firman Allah SWT 
“Janganlah kamu bertelingkah, nanti akan hilang kehaibatan kamu”
@Kita mesti mengelak untuk mewujudkan faktor-faktor yang boleh merenggangkan ukhwah di kalangan ahli. Contohnya di dalam mesyuarat kalau  tidak bersetuju biarlah dengan bahasa yang beradab. Jangan menghina pandangan ahli mesyuarat. Tidak bersetuju tidak mengapa tetapi jangan menghina. Biarlah mesyuarat dengan suasana penuh ukhwah bukan ‘adawah (permusuhan). Jadikan mesyuarat tempat untuk subur kasih sayang. Biarlah ahlinya seronok untuk datang mesyuarat, bukan bosan apabila hadir mesyuarat.
@Segera mendapat maklumat daripada batang tubuh sahabat jika beliau adalah orang yang dituduh. Supaya penjelasan ini akan menamatkan  tuduhan dan fitnah kepada setiap ahli.
@Program kerohanian mesti dirancakkan di dalam organ parti. Kerana manhaj tarbiah Pas merangkumi pembinaan akal, jasmani dan rohani. Kadang-kadang terlepas pandang, sehingga sudut tarbiah ruhiah dikesampingkan akhirnya bibit-bibit perpecahan mudah menyerap masuk di dalam jamaah.
@Usrah yang menjadi tunggak kepada gerakan Pas perlu diaktifkan daripada peringkat Pusat hingga ke cawangan. Usrah merupakan siri pertemuan di kalangan ahli  dengan skala kecil, tetapi mempunyai impak yang besar. Seboleh mungkin pertemuan mesti dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Usrah akan  mengikat talian ukhwah yang tinggi di kalangan ahli yang hadir. Komunikasi dua hala akan berlaku dengan mudah. Tidak bosan, kerana ia boleh berpeluang tukar pandangan, bertanya, berdialog. Segala kekusutan dalam jamaah akan dapat diatasi dengan mudah. Sebagai mana kita maklum, permasalahan di dalam jamaah berlaku akibat daripada kekusutan kecil tidak diselesaikan di peringkat awal sehingga merebak besar. Usrah adalah satu daripada mekanisme yang boleh mengurangkan ketegangan dalam jamaah. 
@Usah gunakan media untuk menkritik sesama ahli, walaupun kita rasakan pandangan kita betul. Orang awam melihat dan menilai kenapa sesama ahli Pas bergaduh. Mereka tidak melihat permusuhan itu bersifat peribadi antara si Mamat dengan si Dolah, tetapi mereka menempelak kenapa sesama ahli pun bergaduh. Perlu diingat jika kita menggunakan media, maka rakan kita satu jamaah juga akan menggunakan media. Hasilnya orang awam akan menghukum kita.


Abusiraj Almuner

Pas Sibu

Tuesday, October 15, 2013

PERUTUSAN EIDULADHA 1434H PRESIDEN PAS


     
Allah SWT telah mengurniakan kepada umat Islam perayaan ‘Idul Adha untuk diraika n dengan meriah. Disyariatkan agar kita mengorbankan binatang ternakan sebagai mengimbas kisah lagenda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. 
 
 
Allah SWT telah mengkhabarkan konsep pengorbanan di dalam Islam dalam Surah al-Taubah ayat 24. Makna pengorbanan yang sebenar adalah dengan mendahulukan kepentingan  Allah, Rasulullah dan jihad. Inilah yang difahami oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mendahulukan arahan wahyu lebih utama dari segalanya. 
 
 
Di dalam Surah al-Baqarah ayat 189 hingga ayat 202, Allah SWT telah membahaskan berkenaan topik haji. Pada ayat 195, Allah SWT telah menyelitkan satu ayat yang seolah-olah tiada kaitan secara jelas dengan haji. 
 
 
"Infaqlah ke jalan Allah, jangan (disebabkan sifat kedekut) kamu campakkan diri ke lembah kebinasaan" 
 
 
Melalui susunan ayat ini, kita dapat memahami kempen yang dijalankan oleh Allah SWT bersempena ‘Idul Adha adalah seruan agar umat Islam membudayakan amalan infaq dengan segala apa yang mereka miliki ke jalan Allah SWT. Seterusnya Allah SWT memberi peringatan bahawa sifat kedekut itu kesannya membinasakan. Dari sifat kedekut manusia akan tamak. Dari tamak manusia akan mementingkan diri. Dari pentingkan diri manusia sanggup merampas hak orang lain. Akhirnya berlakunya kezaliman dan penindasan. Oleh kerana itu Islam mensyariatkan zakat, korban serta sedekah sebagai solusi holistik ke arah pembangunan masyarakat bertamadun untuk mengikis perangai manusia yang mementingkan diri sendiri. 
 
 
Ketika Baginda Nabi SAW wuquf di Arafah dalam rangka melaksanakan Haji Selamat Tinggal, Allah SWT telah menurunkan ayat yang tidak pernah diturunkan kepada para Nabi dan Rasul sebelumnya. Ayat yang terakam di dalam Surah al-Maidah ayat 3: 
 
 
"Hari ini Aku telah sempurna cara hidup kalian, dan Aku telah cukupkan segala nikmatKu kepada kalian, dan Aku redha dengan Islam sebagai cara hidup anutan kalian" 
 
 
Melalui ayat yang turun bersempena hari ‘Arafah, Allah SWT menjalankan kempen agar mengembalikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Cabaran bagi umat Islam zaman ini, hidup dalam arus jahiliah sekular. Ramai yang sudah terhakis keimanan dengan seruan ayat ini. Sedangkan Allah SWT telah mengiktiraf apa yang diamanatkan oleh Rasulullah SAW telah lengkap sempurna. Idea memisahkan Islam dari praktik kehidupan seharian jelas mengingkari kesyumulan Islam. 
 
 
Tidak cukup setiap kali menyambut ‘Idul Adha kita hanya bercerita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tanpa disusuli dengan perlaksanaan sebagai bukti iman kita. 
 
 
Justeru sempena ‘Idul Adha yang bakal kita raikan, saya menyeru  tiga seruan Islam yang amat penting untuk kita laksanakan. Pertama dahulukan Allah, Rasulullah dan Jihad lebih dari segalanya. Itulah makna pengorbanan sebenar.  Kedua, budayakan amalan infaq yang akan mengikis sifat pentingkan diri. Hasil dari pembudayaan tersebut bakal melahirkan masyarakat yang luhur. Ketiga, giatkan kempen kembali kepada kesyumulan Islam sebagai solusi kepada segala kemelut manusia. Kita tiada pilihan lain melainkan Islam.
 
 
ABDUL HADI BIN AWANG
Presiden PAS

Saturday, October 12, 2013

UCAPAN AIDILADHA DARI PAS SIBU KHAS BUAT WARGA MUSLIM SIBU

Saya mewakili saf kepimpinan PAS kawasan SIBU ingin mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada seluruh Muslimin dan Muslimat dengan penuh kesyukuran & keinsafan. 

Kami juga menyusun sepuluh jari serta memohon ribuan kemaafan buat semua tidak kira dimana, dan apa jua status sekalipun,andai ada kesilapan,keterlanjuran kata, perbuatan yang tidak disengajakan atau apa-apa sahaja kesilapan yg telah kami lakukan tanpa sedar.kami hanya Hamba Allah yang melakukan kesilapan.

Diharapkan agar dapat dipulihkan kembali, dengan membuang segala yang keruh dan menggantikannya dengan yang jernih.. moga tetap dalam kerahmatannya hidayah yang maha esa.Moga kita dapat menyemai ukhuwah Islami demi mendapat keberakatannya.

Semoga setiap amalan kita diberkati & dicucuri RahmatNYA. Selamat menjalani ibadah Qurban & semoga mendapat keberakatannya.

Andri Zulkarnaen Hamden@hud Abusiraj
Yang dipertuan PAS Kawasan Sibu

Followers