Pages

Saturday, October 19, 2013

TAMRIN TARBAWI PAS KAWASAN SIBU 1.0

Tamrin Tarbawi Pas Kawasan Sibu yang sedang berlangsung Selama 2 hari di pasti Al-Fateh mendapat sambutan yang amat mengalakan.Ahli pas yang datang sejauh Kawasan Saratok,Sesang dan kabong turut hadir dalam majlis pengisian Ilmu ini.

Dua orang tokoh pemuda Serta ulamak pelapis diundang bagi membentangkan kertas Kerja mereka.Curahan ilmu dan pengalaman luas Mereka dikongsi pada semua ahli yang hadir.


PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1 


Pembentang kertas kerja hari kedua yang bertajuk Pas sebagai gerakan dakwah dan politik yang disampaikan Oleh Al-fadhil Ust Azman Shapawi.Ust Azman dalam pembentang kertas kerjanya menyebut perjuangan Nabi Nuh yang menyebarkan dakwah Islam Selama 950  tahun hanya Ada 80 orang pengikut.Nabi Zakaria yang digergaji kepalanya hingga berbelah dua dan Nabi Yahya disembelih  adalah antara ujian dan mehnah yang ditempuhi dalam menyebarkan risalah Allah.


Pas bukan sekadar Parti politik, ia juga adalah Badan dakwah dan gerakan Islam.perjuangan islam memerlukan istiqamah dan nawaitu Kerana Allah dalam Kerja-Kerja Islam ini barulah kemenangan 
Hakiki boleh dicapai.


Selesai pembentangan kertas Kerja,Ust Azman membuka sesi soal jawap agar Segala pengisian yang disampaikan olehnya dapat di bincang agar maksud isi dapat difahami dan dihayati Oleh setiap ahli.

KULIAH MAGHRIB

Kuliah maghrib bertajuk Tugas dan Akhlak ahli Parti Islam SeMalaysia tulisan Al-Fadhil Presiden Pas Tuan guru haji Abdul Hadi Awang telah dikupas oleh Alfadhil Ust Mat Isa Daud ketua urusan ulamak pas Sibu,huraian Serta pengelasan dari Al-fadhil Ust amat jelas isi pengisianya untuk tatapan rohani.

Antara yang peringatkan ialah kemantapan harakah islamiah berhubung Erat dengan keteguhan aqidah Atau perinsip perjuangan dan keteguhan pegangan ahlinya menghasilkan wala kepada aqidah jemaah.Antara lain yang wajib dan penting Ada pada individul ialah ikhlas,istiqamah,taat yakni saling mempercayai diantara pemimpin dan pengikut,wala kepada kepimpinan serta harakah islamiyah,jemaah dan berdisplin.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 2


Kemuncak daripada pembentangan halaqah Ilmu adalah pembentangan kertas Kerja ke-2 dari Yb Ust Mohd Nor Hamzah yang bertajuk Halatuju perjuangan pas masakini.Pengisian dari ketua DPPNT ini amat Padat dan mantap.





Intipati pembentangan tajuk Oleh Yb Ust Mohd Nor Hamzah telah dicatit Oleh Ust Ehsan Halim seperti berikut,


Allah telah tetapkan halatuju perjuangan islam dalam quran

Justeru jangan sesekali kita ambil jalan lain.

Nabi menjamin bahawa akan ada umatnya yg akan berjuang sepanjang zaman.

Pas sebuah jemaah islam.

Matlamat perjuangan pas adalah jelas iaitu untuk mendapat redha Allah.

Dasar pas adalah islam.Pas tidak pernah berubah dan tidak akan berubah daripada dasar ini.Ia terpasak dalam pelembagaan pas.

Rujukan tertinggi pas adalah Al-Quran, hadis Nabi, Ijma' dan Qias.

Pas tegas dengan dasar perjuangan Islam.

Ketika pas menang di terengganu,kita meluluskan enakmen hukum islam. Dap tidak bersetuju.Mereka keluar dari barisan alternatif.

Ada ahli pas tidak bersetuju dengan tindakan ini(meluluskan enakmen) sehingga menyebabkan DAP menjauhi dan keluar dari bekerjasama dalam barisan alternatif, tp ia tidak menggugat keputusan pas untuk melaksanakan Islam dalam pemerintahan.

Pas sentiasa berijtihad dalam mendepati suasana yang pelbagai.

Suasana sentiasa berubah maka memerlukan ulama yg arif hukum hakam untuk sentiasa membuat ijtihad dan pandangan baru.

Maka di sini menunjukkan perlunya ulama itu memimpin pas.

Ada yang menyebut sekarang tidak perlu kepimpinan ulama.Cukup jika ada kepimpinan Islam.pandangan ini salah.

Maksud golongan yg kata cukup sekadar kepimpinan Islam ialah mereka rasa sesiapa sahaja boleh pimpin pas asalkan dia faham islam (meskipun dia bukan ulama) maka dia boleh memimpin jemaah islam.

Pemimpin yang faham islam tidak sama dengan pemimpin yang bertaraf ulama.pemimpin yang faham tidak pandai untuk korek hukum dari sumber asli (al-Quran dan hadis) hanya ulama sahaja yang mampu lakukannya.

Kekuatan pas bukan hanya pada rujukan al-quran dan sunnah shj. Bukan sahaja kerana kekuatan penyokong dan pendokong dia. Bahkan ada unsur yang ketiga iaitu ia ada ulama yang memimpin bahtera itu sendiri.

Pentingnya pemimpin pas di kalangan ulama kerana dia mampu untuk bagi ijtihad sendiri meskipun tanpa majlis syura. Kerana untuk majlis syura bersidang bukan mudah kerana ia mengambil masa sedangkan dalam sesetengah keadaan ia perlu keputusan segera. Maka di sini perlunya ada pemimpin yang bertaraf ulama yang mampu buat ijtihad on the spot.

Perjuangan islam dan ujian tribulasi

Pas membuka keahlian pada semua orang. Tidak mengira latar belakang, fikrah dan komitmen.

Maka di sini pas terdedah dengan sabotaj.

Pas juga buka dewan himpunan penyokong pas yang semuanya non-muslim. Mereka juga ada kerenah dan masalahnya sendiri.

Pas juga membuat kerjasama politik dengan parti lain. Parti lain pun ada kerenahnya sendiri. Kadang2 pendirian ahli juga goyah kerana lebih yakin parti yang dibuat kerjasama berbanding yakin dengan Pas sendiri.

Semua ini Pas anggap ia adalah Ujian yang perlu dihadapi. Maka perlu bijak mengurus Ujian ini.

Pas sarawak perlu terus bekerja membawa mesej dakwah islam.

Dalam suasana di sini boleh ambil kisah ghulam.

Pengajaran dari kisah ghulam:
1-jgn sibuk bina orang tua.bina anak muda remaja org tempatan.didik mereka yang bijak-bijak ni dengan fikrah perjuangan islam yang sahih.

2-biarkan lambat tapi ia adalah proses yang panjang yang mesti dibuat kerjanya.biar orang kata lama.

Sesi soal jawab:

Bagaimana untuk menangani budaya politik orang melayu yang mengharap material untuk mengundi?
-mesti di berikan ilmu kepada mereka.

Tanamkan aqidah yang sahih.

Caranya kita bt dakwah secara personal/fardi. Kaedah ni lambat tapi bermanfaat. 
Perkongsian Kuliah Dasar Ust Mohd Nor Hamzah, Exco DPPM.Tamrin Tarbawi Pas Sibu.18-20 okt 2013.


KULIAH SUBUH 


Kuliah Subuh untuk TAMRIN telah diadakan di surau Al-Firdaus di taman Apollo yang disampaikan Oleh Ust Azman Shapawi.Ramai kariah dan penduduk berhampiran yang dahagakan Ilmu agama hadir bagi mendengar curahan Ilmu yang disampaikan Oleh Al-Fadhil Ust Azman.




Tahniah kepada seluruh kepimpinan Pas Kawasan Sibu yang bertungkus lumus menjayakan dan  menganjurkan program 'TAMRIN TARBAWI'buat julang2 kalinya.Inilah titik pemulaan kepada penganjuran program Ilmu seterusnya di masa yang akan datang bagi memberi ilmu bukan Sahaja tetumpu kepada ahli pas Sahaja tetapi ia juga diperluaskan kepada masyarakat.

Syukran jazilan kepada tetamu undangan dari jauh YB Ust Mohd Nor Hamzah Selaku ketua DPPNT dan Ust Azman Shapawi Kerana sanggup mengharungi perjalanan yang jauh semata-mata Ingin mencurahkan Ilmu dan berkongsi pengalaman kepada ahli pas Sibu.Semoga Allah Sahaja membalas pengorbanan yang dilakukan.

Kepada para ahli dan peserta TAMRIN,Moga Ilmu yang diperolehi dapat diterjemahkan kepada masyarakat apabila balik ke Kawasan masing-masing.

hud abusiraj almuner

No comments:

Followers