Pages

Tuesday, March 22, 2011

TAHNIAH SAUDARA YUSNAR: NAMUN....LAWAN TETAP LAWAN

MUKA BARU CALON DUN N49 NANGKA



Tahniah kepada Saudara Yusnar kerana dipilih dan diberi kepercayaan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Negeri kali ini bagi mengantikan YB Datuk Awang Bemee yang lebih dikenali sebagai YB sik pandei tauk dengan rakyat atau di gelar YB selalu datang lewat oleh mendiang Datuk Robert Lau sekutu BN dari SUPP. Calon bekas seorang guru, bekas exco pemuda PBB negeri dan mempunyai rekod yang baik. Selain mempunyai rekod yang bersih serta memiliki sifat kepimpinan calon ini di pilih sendiri oleh YAB Ketua Menteri Sarawak kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat berbanding penyandang DUN Nangka ketika ini. Di khabarkan penyandang kerusi DUN N49 Nangka iaitu Datuk Awang Bemee masih lagi ingin dan dalam usha terakhir beliau mempertahankan kerusi ini.....turut berminat dengan kerusi DUN Nangka ialah YB Abu Seman Jahawi DUN Jemoreng..yang di khabarkan terpaksa mengosongkan kerusinya kerana penduduk Jamoreng mahukan YB Wahab Dollah kembali. YB Asfia Awg Nassar(Semop) juga turut menawarkan diri untuk bertanding mewakili BNdi kerusi DUN Nangka. Difahamkan beliau sudahpun mengatahui bahawa seorang tokoh muda yg lebih dikenali sebagai "Pemikir" dan juga anak watan Semop bakal mengantikannya pada Pilihanraya Negeri kali ini...dan seorang lagi yang turut berminat dengan DUN Nangka adalah seseorang yang bernama Raden ahli perniagaan ataupun dikenali sebagai "Saudagar Kapal Ikan" juga exco pemuda PBB negeri, merangkap Ketua Pemuda PBB Sibu. Namun umum sudah mengatahui bahawa keputusan Taib adalah muktamad...sebarang bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

Wednesday, March 16, 2011

Akibat Isteri Tuntut Fasakh Nilai Sebenar Harta Anak Taib Mahmud Terbongkar!

Ketika menamatkan zaman bujangnya, Abu Bekir telah memilih gadis sebagai isteri yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan yang boleh kita anggap paling ideal baginya. Keluarga Bekir juga telah meletakkan pengantin perempuan itu untuk menggotai lembaga pengarah syarikat CMS.

Namun, ini bermakna Datin Sri Shahnaz Majid, yang kini menyaman Bekir untuk menuntut perceraian, tetap kelihatan layak untuk membuat anggaran ke atas nilai anak Taib Mahmud itu – dan isterinya itu kini menuntut RM400 juta!

Menurut peguam yang pakar dalam kes-kes perceraian sebagai mana yang telah ditanya oleh Sarawak Report, si isteri layak menuntut 30% dari kekayaan sepencarian, yang membuat Abu Bekir yang berusia 48 tahun itu seorang jutawan.!


Pendedahan seperti ini tidak seharusnya dilakukan memandangkan keluarga Taib Mahmud baharu saja mewar-warkan berita untuk meletakkan Bekir bertanding di Sadong Jaya, sebuah kerusi DUN yang mereka anggap amat selamat. Taib dikatakan bercadang untuk meletakkan penggantinya, Bekir di kawasan itu.

Malah, Perdana Menteri Najib Razak juga diketahui akan melawat kawasan tersebut pada 19 Mac ini. Namun, kini para pengundi perlu mengetahui dengan lebih lanjut maklumat-maklumat tambahan bakal calon wakil rakyat mereka itu!

Sikap yang buruk?

Shahnaz, saudara kepada penyanyi terkenal jazz Sheila Majid, dan disukai ramai, berkata Abu Bekir telah mendatangkan kecederaan fizikal dan mental terhadapnya. Menurut beberapa laporan, Shahnaz telah mendakwa suaminya itu pernah menumbuk kepala, muka dan matanya; menerajang rusuknya, dan mencekiknya.

Dia juga mendakwa dirinya pernah dihamburkan dengan kata-kata kesat dan jijik. Dakwaan ke atas Abu Bekir itu tidak jauh berbeza dengan dakwaan seorang teman wanita Sulaiman Abdul Rahman Taib, adik kepada Abu Bekir, ketika di sebuah bar di KL beberapa ketika dahulu.

Pasangan Bekir dan Shahnaz, berkahwin pada tahun 1992 dan kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun, telah tidak lagi berhubungan sejak 2001. Shahnaz mendakwa, sejak 1999, suaminya jarang pulang ke rumah dan enggan mendengar nasihatnya, sukar dihubungi dan diketahuinya sering aktif berinteraksi dengan perempuan-perempuan lain.

Sebaik saja Bekir berkahwin kali kedua dengan wanita muda berambut perang berketurunan Russia, dia terus mengabaikan Shahnaz dan anak mereka.

Aset-aset

Namun yang menarik perhatian umum adalah aset-aset milik Abu Bekir dan bagai mana dia memperolehi segala kekayaan yang akan melayakkannya untuk mewakili kawasan berkenaan. Shahnaz mengatakan Bekir memilik beberapa buah rumah mewah dan kawasan tanah beribu-ribu hektar, yang tidak sedikitpun menjadi kejutan kepada mana-mana pembaca Sarawak Report. Menurut Shahnaz lagi, Bekir memiliki tujuh buah kereta mewah termasuk yang berjenama Lamborghini, Ferrari, Bentley dan Mesarati.

Menurut isteri pertamanya itu lagi, harta-harta milik bersama mereka adalah termasuk saham-saham dalam 15 buah syarikat yang berlainan, termasuk Cahaya Mata Sarawak dan Sarawak Cable Bhd dan juga simpanan-simpanan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera.

Sarawak Report telah menjalankan penilaian ke atas harta-harta yang dimaksudkan oleh Shahnaz itu.

CMS

Abu Bekir merupakan Pengarah utama dan juga pemegang utama ke atas saham-saham dalam CMS bersama-sama saudaranya, Sulaiman Taib. CMS seharusnya sebuah syarikat awam yang mempunyai aset-aset yang diperolehi dari bumi Sarawak menerusi keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri. Namun, sebahagian besar saham-saham CMS dipegang oleh ahli-ahli keluarga Taib Mahmud.

Laporan Tahunan 2009 CMS yang merupakan laporan yang terkini yang ada pada kami masih mendaftarkan arwah isteri Ketua Menteri, Laila, sebagai pemegang utama saham-saham di situ (walaupun kini kita percaya bahawa saham-saham arwah telah dibahagikan antara kedua-dua anak lelakinya itu).

Bagai mana arwah isteri Taib, yang bukannya dari golongan peniaga dan juga bukan pencari nafkah keluarganya, dapat mengumpulkan harta yang sebegitu banyak dan tidak pula pernah mengisytiharkannya kepada umum ataupun kepada pemegang-pemegang saham yang lain dalam CMS!

Abu Bekir dan saudaranya, Sulaiman, merupakan pemegang utama seterusnya dan kesemua empat orang anak Taib mengawal Majaharta, yang disenaraikan sebagai pemegang saham terbesar! Setiap saham kini bernilai lebih 3 ringgit, dan mana-mana wanita yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan akan dengan mudah membuat perkiraan bahawa jumlah saham-saham adalah secara kasarnya RM150 juta.

Ketua Menteri gemar menyalurkan banyak kontrak awam menerusi CMS, untuk mempastikan saham-saham itu berada pada harga yang memuaskan. Salah sebuah kontrak yang berprofil tinggi dan mewah yang telah diberikannya kepada ahli-ahli keluarganya adalah Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) yang baru siap dibina dan telah dijadikan tempat perhimpunan politik BN pada hujung minggu lalu.

Dasar ‘kemajuan dan pembangunan’ yang telah dicanai oleh Taib telah sebenarnya secara langsung menguntungkan CMS. Projek-projek besar yang lain pula, seperti rancangan SCORE, merupakan ‘lembu susu’ bagi keluarganya!

Syarikat Titanium Management milik Abu Bekir telah menerima bahagian tanah yang amat luas dari negeri Sarawak beberapa tahun yang lalu, kesemuanya djelaskan kepada kerajaan negeri secara misteri “payment in kind” (i.e. dalam sebarang jumlah, atau bentuk bayaran)!

Pengiraan yang dibuat oleh Sarawak Report ke atas semua tanah yang diterima oleh syarikat Abu Bekir berjumlah sekitar 70,000 hektar, sama dengan keluasan pulau Singapura, terima kasih kepada keputusan ayahanda Taib yang juga seorang menteri yang mengawal sumber-sumber alam negeri ini.

Setelah tercetusnya persengketaan menerusi mahkamah-mahkamah, maka diketahui umum bahawa tanah-tanah yang diterima Bekir adalah tanah hak orang lain! Cubaan Ketua Menteri untuk meminda perundangan mengenai tanah NCR telah diperintahkan oleh mahkamah sebagai tidak berteras dan wajar.

Hanya pada minggu lalu syarikat Polar Horizon milik Abu Bekir telah mengeluarkan notis-notis pengusiran ke atas beberapa orang Iban yang pemilik secara sah ke atas tanah NCR, terpaksa berundur setelah peguam PKR See Chee Howe mengheret syarikat tersebut ke mahkamah dan kes itu juga telah disiarkan menerusi Radio Free Sarawak dan juga di mana-mana. Orang-orang Abu Bekir telah secara lisan memberitau orang-orang kampung bahawa pengusiran itu tidak diteruskan, walaupun tiada sebarang arahan secara bertulis telah diterima.

Dengan bertambahnya bilangan persengketaan tanah, mungkin Datin Shahnaz perlu menyelaraskan semula perkiraannya ke atas nilai-nilai tanah-tanah yang dituntutnya dari suaminya itu dalam mahkamah nanti!

Harta-harta di luar negara!

Mahmud Abu Bekir Taib adalah salah seorang ahli lembaga Pengarah dan peneraju syarikat Sakto Corporation di Kanada, yang kini memilik harta bernilai berjuta-juta USD.

Dia telah menubuhkan syarikat tersebut dengan gandingan saudaranya Jamilah Taib dan bapa-saudara mereka, Onn Mahmud, semasa dia masih sebagai penuntut kolej berusia 20 tahun lagi! Pada tahun pertama operasinya, syarikat berkenaan telah melabur sebanyak $7 juta untuk membeli 400 buat unit kediaman di Ottawa, di Kanada. Kini ia memiliki ruang-ruang pejabat, kedai dan kediaman serba moden yang mencecah nilai ratusan ribu dollar.

Kemudian, Bekir dilantik sebagai salah seorang Pengarah dan pemegang utama saham dalam syarikat Sakti International yang ditubuhkan di US dalam tahun 1987. Bekir bertindak selaku presiden dalam syarikat itu sehingga ianya diserahkan kepada adiknya, Sulaiman, yang pada ketika itu sedang menuntut di sebuah universiti di San Francisco. Harta dalam Sakti International dan syarikat-syarikat yang berkaitan di rantau itu bernilai berjuta-juta dollar juga.

Seperti yang telah didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini, pegangan secara rahsia ke atas saham-saham itu bermaksud separuh dari saham yang dipegangnya dalam Sakti adalah sebenarnya dipegang bagi pihak bapanya Abdul Taib Mahmud! Abu Bekir telah sebenarnya diletakkan sebagai saudagar utama dan penjana pendapatan sejak dia berusia 20 tahun lagi kerana kononnya bapanya dilarang oleh undang-undang untuk memperoleh kekayaan dalam apa jua cara sekali pun. Kononnya!

Namun, Taib belum pernah memberikan penjelasan mengapa saham-saham yang besar yang dipegang oleh anak-anak dan saudara-saudaranyanya bagi pihak dirinya itu boleh mencecah sehingga 50% dari keseluruhannya!

Sarawak Cable

Syarikat ini, yang telah dikorporatkan sekitar 1990an, telah lama tidak aktif sehinggalah pada tahun 2008 apabila ianya dilihat hidup semula dengan penuh tenaga setelah mengambil-alih Universal Cable (Sarawak) Sdn Bhd, yang membuat kabel-kabel elektrik. Di Sarawak Cable Abu Bekir Taib merupakan Pengerusi dan memiliki 36% saham, manakala sepupu bapanya, Hamid Spawi, memiliki 20%. Harga saham yang terkini , yang diniagakan pada bulan November lalu, bernilai RM1.29. Maka kami boleh anggarkan saham 43 juta dalam pegangan Abu Bekir bernilai sekitar RM55 juta.

Apa-apa seharusnya berjalan lancar bagi syarikat itu memandangkan negeri Sarawak kini merupakan pelabur terbesar sebuah projek bersama mereka. Pada bulan November 2010 mereka diberikan projek mengeluarkan kabel elektrik bertransmisi tinggi yang bernilai RM98.68 juta oleh Sarawak Energy Bhd, sebagai usahasama mereka dengan Sinohydro!
Sudah pasti Abu Bekir tidak mempunyai sebarang masalah memujuk para pengundinya bahawa dia adalah seorang yang sangat kaya dan berpengaruh, suatu langkah yang sering digunakan oleh ahli-ahli politik BN untuk meraih sokongan.

Bekir mungkin akan mengikut jejak langkah bapanya yang gemar menghulurkan empat-lima ratus ringgit untuk membeli undi mereka. Tetapi para pengundi haruslah berfikir sedalam-dalamnya dari manakah Abu Bekir mendapat wangnya dan sama ada hasil dari tanah-tanah NCR rakyat dan harta-harta negeri. Jika ya, maka para pengundi harus mempertimbangkan sama ada mereka mengundi dengan betul untuk mengembalikan kesemua aset-aset rakyat itu! 

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tuesday, March 15, 2011

PR tanding di S'wak, mahu tempoh kempen 21 hari



KUALA LUMPUR, 14 Mac: Pakatan Rakyat hari ini secara rasmi menyatakan kesediaan menyertai 
pilihan raya negeri Sarawak.Perkara itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dalam 
mesyuarat mereka di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.Katanya, walaupun tabiat negara ini 
meletakkan tarikh pilihan raya dalam keadaan teka teki dan tidak demokratik seperti negara lain, 
namun Pakatan Rakyat tetap membuat persediaan menghadapinya."Kita telah berbincang untuk 
menghadapi pilihan raya Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa.

"Kita terus menyertai pilihan raya dan membuat persediaan yang kita bincang hari ini," kata 
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Ketua Pembangkang yang digantung, Datuk Seri Anwar Ibrahim
 yang juga Ketua Umum PKR, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan utama ketiga-tiga
 kompenen parti.

Sehingga kini katanya, sebahagian masalah membabitkan kepentingan ketiga-tiga parti termasuk 
pembahagian kerusi sudah diselesaikan di peringkat dalaman.

Kesemua perbincangan berhubung persedian ujarnya, dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya 
sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak diumumkan.

Ianya termasuk juga pembentukan menifesto bersama yang akan dibincang dengan kepimpinan 
parti di peringkat negeri itu.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat turut mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menilai 
semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari.

"Kita mendesak agar hak media dan hak berkempen diberi sama rata kepada semua 
parti-parti yang bertanding," tegasnya.

Petikan dari: Harakah Daily

MAJLIS HIMPUNAN TANAH SARAWAK BERJALAN LANCAR !!

13 MAC 2011; Majlis Himpunan Tanah Rakyat Sarawak berjalan dengan lancarnya di Restoran Sin Lun Sheng. Walaupun majlis tersebut cuba diganggu oleh sepasukan polis yang diketuai oleh C.Insp. Jamaludin, namun pihak berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana penganjuran majlis tersebut mengikut prosedur.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi itu dihadiri oleh  penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dari kawasan-kawasan di seluruh Sarawak dan penduduk yang mempunyai masalah tanah (yang telah dirampas atau dalam proses dirampas kerajaan BN). Majlis anjuran PAS Negeri Sarawak itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Haji Adam Ahid, Naib Presiden PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mazlan Aliman (Ketua Lujnah Tanah PAS Pusat),  YB Chong (DAP), Saudara Baru Bian (PKR) dan wakil-wakil dari setiap parti Pakatan Rakyat. 



Ternyata para peserta amat berpuas hati dengan majlis tersebut kerana mereka telah mendapat info bagaimana mengenalpasti atau mencari jalan penyelesaian untuk status tanah mereka yang telah dirampas atau sedang dalam proses dirampas oleh pihak-pihak yang berkepentingan (keluarga Ketua Menteri Sarawak). 

Sesi dialog juga diadakan untuk memudahkan para peserta yang hadir bertanya apa-apa masalah berkenaan tanah mereka dengan peguam yang sangat berpengalaman, Saudara Baru Bian. Beliau sempat menerangkan bagaimana proses sebenar (sah disisi undang-undang) pengambilan tanah oleh pihak-pihak tertentu dan prosedur-prosedur sebenar tuntutan hak tanah.

Selain Deklarasi Himpunan Tanah Sarawak, turut dilancarkan ialah Tabung Bantuan Guaman Tanah Sarawak. Ini adalah untuk membantu rakyat yang mempunyai masalah kewangan untuk menguruskan pembelaan hak tanah masing-masing. Para peserta amat menghargai usaha PAS Negeri Sarawak diatas pelancaran tabung tersebut.

Kata salah seorang peserta, "Jika kami tahu tentang undang-undang sebenar hak tanah, kami tidak akan mengundi Barisan Nasional sejak berpuluh tahun dahulu..undi BN beerti merelakan tanah kita dirampas!! ". Para peserta juga mencadangkan supaya pihak Pakatan Rakyat agar lebih kerap mengadakan sesi seperti ini agar semua rakyat Sarawak tahu apa yang telah terjadi sebenarnya di Sarawak; terutama kes tanah yang telah banyak dirampas oleh kerajaan BN (keluarga serta kroni Ketua Menteri Sarawak).

Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak; Haji Adam Ahid mengatakan bahawa insyaAllah beliau akan terus membantu rakyat Sarawak yang tertindas dengan memberi pelbagai panduan prosedur khasnya berkaitan isu tanah ini.

Laporan oleh: NurMoon

Saturday, March 12, 2011

KERAJAAN BN TAKUT!! :MAJLIS HIMPUNAN TANAH RAKYAT SARAWAK DI BOIKOT OLEH KERAJAAN BN !!


Majlis Himpunan Tanah Rakyat Sarawak akan diadakan pada 13 MAC 2011 [AHAD] di Restoran Sin Lun Sheng, Kuching (berhadapan dengan The Spring) bermula jam 7 pagi hingga 2.30 petang. Majlis tersebut diadakan bertujuan menyedarkan serta memberi maklumat lebih jelas kepada semua rakyat Sarawak prosedur-prosedur serta proses-proses pengambilan hak tanah oleh kerajaan yang sebenar-benarnya. Panduan akan diberikan kepada semua yang hadir kerana ianya adalah amat penting khasnya kepada rakyat Sarawak yang mempunyai tanah individu. Majlis yang bertujuan ke arah memupuk kesedaran rakyat ini akan dihadiri oleh beberapa pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan pakar-pakar mengenai hal ehwal tanah. Akan turut hadir ialah beberapa peguam untuk peserta  menanyakan apa-apa soalan mengenai isu tanah di Sarawak.

Akan tetapi, majlis tersebut seakan-akan telah mula diboikot atau sabotaj oleh kerajaan BN dimana wakil-wakil dari kerajaan BN secara langsung atau tidak langsung telah pun mengumumkan serta menyebarkan kepada org ramai bahawa majlis tersebut adalah "perhimpunan haram" dan ianya salah di sisi undang-undang. Mereka mengatakan majlis tersebut tidak mempunyai permit sedangkan majlis tersebut dibuat didalam restoran (tidak perlu permit) dan ianya adalah sebuah mejlis yang cuma ada diisi dengan program forum serta soal jawab sahaja. Selain itu, majlis yang dianjurkan oleh PAS NEGERI SARAWAK itu menyediakan makanan serta minuman ringan untuk para peserta. Jadi, Nur Moon dari PAS SIBU nak tanya sikit dengan kerajaan BN ni.."takkan la bagi makan minum yg halal kepada peserta pun boleh diharamkan?..sejak bila majlis ilmu sebegini boleh jadi haram sedangkan program-program rapat umum yang di anjurkan oleh kerajaan BN sendiri seperti konsert-konsert nyanyian dan banyak lagi, boleh pula tidak haram?

Jadi, PAS SIBU menyeru agar rakyat Sarawak yang ingin menghadirkan diri ke majlis tersebut jangan bimbang dan termakan dengan strategi kerajaan BN; dimana kerajaan BN berbuat demikian kerana mereka takut rakyat Sarawak mempunyai info yang tepat bagaimana prosedur sebenar isu tanah dan mungkin juga kerajaan BN takut mereka tak dapat RAMPAS TANAH RAKYAT lagi selepas ini...

oleh: Nur_Moon

Tuesday, March 1, 2011

Empat Negeri Pakatan Rakyat Perform Lebih Baik dari 10 Negeri UMNO/BN

Selasa, Mac 01, 2011-RM25 bilion pelaburan di 4 negeri PR telah mengalahkan 10 negeri BN dari jumlah keseluruhan pelaburan Malaysia pada 2010


Kempat-empat negeri PR - Penang, Selangor, Kedah & Kelantan telah mengalahkan 10 negeri BN yang lain dengan menarik pelaburan RM25 bilion yang terdiri daripada 53% dari jumlah RM47.2 bilion keseluruhan pelaburan Malaysia pada tahun 2010.

Bagi pertama kalinya dalam sejarah, Penang sekarang adalah juara baru pelaburan di Malaysia, bagi tahun 2010.

Penang menggantikan Sarawak, juara 2009 dengan merakam RM 12,2 bilion pada 2010 berbanding dengan RM3.9 bilion oleh Sarawak.

Penang adalah No 4 tahun pada 2009 dengan RM 2.1 bilion tapi melonjak hingga 5 kali untuk ke No.1.

Sementara itu, Sarawak turun dari No.1 di 2009 dengan RM 8,5 bilion untuk No 4 dengan RM3.9 bilion pada tahun 2010.

Kejayaan Pulau Pinang dalam menarik RM12.2 bilion adalah kepercayaan yang luar biasa oleh pelabur asing & tempatan di negeri bawah pentadbiran PR .

Negeri No.2 selepas Penang juga merupakan negeri PR dari Selangor dengan RM 10,6 bilion dalam pelaburan.

Bahkan 4 negeri PR- gabungan Penang, Selangor, Kedah & Kelantan merangkumi RM 25 bilion atau 53% pelaburan dari jumlah keseluruhan pelaburan Malaysia RM47, 177 juta pada tahun 2010.

Gabungan 4 negeri PR ini saja telah berjaya mengalahkan gabungan 10 negeri lain dalam Malaysia yang diperintah !

Walaupun kewangan dan sekatan-sekatan lain yang dikenakan oleh BN, namun PR telah menunjukkan tata pemerintahan yang baik.

Di Penang kami mempunyai keunggulan dengan beroleh kepujian oleh Laporan Auditor Negara untuk menjadi negeri urusan kewangan terbaik dengan surplus rekod RM88 juta pada tahun 2008 & RM77 juta pada tahun 2009.

Kerajaan Penang menjadi negeri pertama dalam sejarah dipuji oleh Transparency International untuk CAT (Kompetensi, Akuntabilitas & Transparency) pentadbiran dalam membina integriti dalam kepimpinan.

Kami telah mnghapuskan kemiskinan tegar, negeri pertama untuk melakukannya di Malaysia.

Kami memberikan warga emas RM100 setiap tahun & ketika mereka mati, ahli warisnya diberikanRM1, 000 / -.

Semua sekolah separuh bantuan China, Tamil & Sekolah Agama Rakyat diberikan suatu jumlah yang tetap minimum RM11.3 juta setiap tahun.

Kami sedang berusaha menawarkan wifi secara percuma.

Penang sedang menuju amalan hijau & menjuarai dalam amalan hijau seperti kempen "Free Bag No Plastik" & pemprosesan sisa melalui 3R dari Reduce, Reuse Recycle.

Penang menikmati tarif air termurah di negeri ini.Penang juga merupakan Silicon Valley Malaysia & dipilih sebagai bandar paling layak huni di Malaysia setara dengan KL. Kami telah melakukan lebih dalam 3 tahun apa BN gagal lakukan dalam 51 tahun.

Jadi siapa bilang bahawa PR tidak boleh memerintah.Kita mungkin tidak mempunyai pengalaman tapi kita tidak mempunyai pengalaman untuk menipu atau korup. PR telah membuktikan bahawa kerajaan bersih boleh mengalahkan kerajaan korup.

Pengundi Tenang harus memilih PR yang menawarkan masa depan yang lebih baik tidak hanya untuk anda tetapi untuk anak-anak anda. PR adalah pilihan yang lebih baik kerana kita merangkul masa depan.

Kami merangkul masa depan dengan merangkul masing-masing dan setiap orang dari anda sama ada Melayu, India, China, Kadazans dan Iban sebagai saudara Malaysia & saudari, putra & putri Malaysia. Mari kita hidup bersama, belajar bersama dan menikmati kejayaan bersama.

Demikan itu adalah ucapan Lim Guan Eng sewaktu kempen untuk calon PAS dalam pilihan raya Tenang pada Sel, 25 Januari 2011 jam 8 malam.

 Sedarkan BN dengan pilih calon PAS


 
TEMERLOH, 1 Mac: Memilih calon PAS dalam pilihan raya kecil ini akan membuka mata pemimpin kerajaan negeri dan Pusat untuk membangunkan Kerdau dengan lebih baik lagi.

Demikian kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang medianya dekat sini.
(Gambar: Tuan Ibrahim berbincang dengan Dr Dzulkefli dan Abdul Wahid menjelang sidang media harian)

Katanya, memilih calon PAS untuk pilihan raya kecil ini tidak akan merugikan apa-apa kepada BN atau Umno kerana ia sekejap sahaja menjelang pilihan raya umum.

"Sudah pasti, kerajaan akan memberikan perhatian penuh kepada Kerdau kerana takut kalah juga dalam pilihan raya umum nanti dengan membangunkan kawasan ini dan dengan itu rakyat Kerdaulah yang untung," katanya.

Kata beliau, wakil PAS yang akan berperanan sebagai pembangkang dalam DUN akan lebih berfungi menjadi pemantau dan menegur salah laku kerajaan dalam menguruskan negeri yang di pimpin oleh Datuk Seri Adnan Yaakub sebagai Menteri Besar itu.

Katanya, di bawah Adnan pentadbiran negeri Pahang penuh dengan kebejatan dan ketempangan pengurusan sehingga negeri itu bergelut dengan bermacam masalah.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang ketika menyangkal dakwaan Adnan kononnya PAS tidak ada isu dalam PRK ini berkata, kerajaan negeri Pahang di bawah Adnan berhadapan dengan saman berjumlah hampir RM300 juta oleh syarikat-syarikat balak atas dakwaan perlanggaran perjanjian kontrak.

"Wakil BN sudah pasti tidak akan menegur perkara-perkara seperti ini, lebih-lebih lagi kalau wakil dalam DUN itu bekas pembantu kepada Menteri Besar," katanya dalam sidang media di markas besar PAS Kerdau hari ini.
(Gambar: Tuan Ibrahim di kawasan PPAR yang terbengkalai)
Dalam konteks Kerdau pula kata beliau, tindakan rakyat di situ memilih calon PAS akan memberi impak yang baik kepada pembangunan di Kerdau yang selama ini terpinggir dari arus pembangunan.

Beliau memberi contoh DUN Triang yang dimenangi pembangkang (DAP) sejak beberapa penggal lalu, lebih membangun berbanding DUN-DUN lain sekitarnya yang di menangi BN.

"Rakyat di sana menikmati kemudahan asas yang lebih baik, pembangunan yang rancak dan aktiviti ekonomi mereka berkembang," kata beliau.

Tuan Ibrahim menyifatkan pemimpin BN tidak mengambil berat masalah melibatkan rakyat di kawasan-kawasan yang mereka menangi.

Beliau mendedahkan bagaimana dalam DUN Kerdau sendiri terdapat janji pemimpin BN yang tidak dikotakan walaupun sudah melampaui puluhan tahun seperti janji untuk menyelesaikan masalah air di kampung Orang Asli Paya Sendayan.

"Janji itu dibuat ketika pilihan raya kecil Sanggang (ketika itu Kerdau dalam DUN Sangang) pada tahun 2000, tapi sehingga hari ini Orang Asli di sana masih bergelut dengan masalah air.

"PRK kali ini Perdana Menteri terpaksa sekali lagi datang menjanjikan peruntukan RM9.25 juta untuk menaiktaraf loji air di Batu Sawar bagi mengatasi masalah air di sana," kata beliau.

Selain itu Tuan Ibrahim turut mendedahkan butiran sebuah projek perumahan untuk rakyat dalam DUN Kerdau yan terbengkalai sejak 20 tahun lalu.
(Gambar: Lihatlah keadaan rumah PPAR ini, kata Tuan Ibrahim kepada Dr Dzulkefli Ahmad ketika melawat projek terbengkalai itu)

Pihak media kemudiannya di bawa untuk melihat sendiri projek tersebut yang terletak di Paya Taram dalam program tinjauan isu-isu di Kerdau yang di susun oleh PAS.

Seperti mana pilihan raya -pilihan raya sebelumnya,  sekali lagi pemimpin BN iaitu Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan telah meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan yang dimiliki Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu.

Penduduk Kerdau pertama kali mendengar janji pemimpin BN untuk menyelesaikan masalah perumahan tersebut pada tahun 1990 - ketika pilihan raya umum ke-8

Projek perumahan untuk rakyat di Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap.

Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000  bagi lot biasa manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi.

Umno terdesak, ganggu ceramah PAS ..(TAK ADA KERJA LAIN KE NAK DIBUAT?

TEMERLOH, 1 Mac: Umno disifatkan makin terdesak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau apabila bertindak mengganggu ceramah PAS setelah ceramah dianjurkan parti itu tidak mendapat sambutan.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata sudah dua malam berturut-turut ceramah anjuran PAS di Jengka 23 telah diganggu oleh pihak parti tersebut.

“Malam kelmarin semasa ceramah Mohammad Sabu, markas Umno yang berada tidak berapa jauh dari kawasan PAS telah memasang lagu dan berkaraoke sekuat-kuatnya sehingga mengganggu kira-kira seribu pendengar yang hadir.

“Malam tadi ceramah Bob Lokman yang dihadiri kira-kira seribu orang pula diganggu oleh tidak kurang 10 orang pemuda yang bermotosikal dengan membuat bising di kawasan ceramah yang mendapat permit polis.

“Saya difahamkan di markas mereka juga ada satu ceramah oleh pemimpin Umno, tapi oleh kerana kurang mendapat sambutan berbanding program PAS, mereka arahkan anak muda datang mengganggu,” ujarnya.

Menurut Suhaimi, selepas beberapa pemuda PAS menghampiri penunggang motosikal berkenaan, mereka pun lari dan kemudian datang lagi mengganggu.

DUN Kerdau mempunyai 13 pusat mengundi termasuk tiga kawasan Felda. Pemuda PAS Pahang menjadikan Jengka 23 sebagai pusat operasinya.

Tambah Suhaimi, selama ini tema kempen oleh calon PAS ialah berkasih sayang dan menolak provokasi, tetapi diambil kesempatan oleh Umno untuk menimbulkan provokasi dan suasana yang tidak selesa kepada penyokong PAS.

“Kita masih punya beberapa hari lagi untuk berkempen dan saya harap pihak berkuasa tidak berdiam diri kerana kita tidak mahu berlaku suasana yang tidak harmoni atau kekecohan dalam kempen pilihan raya ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Tanah NCR: Orang Asal dibenar cabar k'jaan S'wak

Sekumpulan wakil penduduk masyarakat orang Asal Sarawak berhimpun di hadapan Istana Kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan mereka untuk mencabar kuasa kerajaan negeri Sarawak yang didakwa merampas tanah mereka.

Kumpulan berkenaan diketuai oleh ketua rumah panjang Uma Laguieh. Mereka turut membawa sepanduk yang antaranya tertera slogan "hak tanah adat = hak ke atas kehidupan."


Turut hadir ke perhimpunan itu ialah wakil daripada Uma Balui Lebue, Uma Ukit, Uma Lesong, Uma Kulit dan Uma Bakah. Kumpulan dari suku masyarakat Kayan itu berhimpun selama beberapa minit di situ sambil bergambar.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 28 April untuk mendengar hujah dari peguam mereka berhubung permohonan itu.

Hujah berkenaan adalah berhubung Perkara 5(3) dan Perkara 5(4) Kanun Tanah Negeri Sarawak yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi mengambil tanah adat (NCR) masyarakat orang Asal Sarawak itu.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim dalam keputusannya membenarkan permohonan yang dibuat oleh dua puak orang Asal – Bato Bagi dan Jalang Paran.
Kumpulan Orang Asal itu diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan Baru Bian bagi kes yang didengar secara bersama itu.
Kerajaan negeri Sarawak yang dinamakan sebagai responden dalam kes ini pula diwakili Datuk JC Fong dan Marjana Adenan.

Sulaiman dalam hujahnya membangkitkan bahawa peruntukan dalam kanun tanah itu bersifat ultra vires kepada Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hujah berkenaan merupakan elemen penting dalam kes ini kerana hak ke atas tanah NCR itu dianggap sebahagian kepada hak ke atas kehidupan.

Tanah berkenaan kini telah ditenggelamkan oleh limpahan air akibat pembinaan empangan hidroelektrik Bakun.

**OLEH YANG DEMIKIAN, NANTIKAN PROGRAM KHAS "MAJLIS HIMPUNAN TANAH RAKYAT SARAWAK" YANG BAKAL DIADAKAN DI KUCHING TIDAK LAMA LAGI. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK MASING-MASING !!

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau-APA RESPON SPR/SPRM?BUKAN RASUAH??

PAS SIBU berharap agar SPR dan SPRM mengambil tindakan sewajarnya keatas tindakan rasuah secara terang-terangan yang diamalkan oleh parti BN dalam kempen P/Raya Kerdau. Jika dibiarkan, tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku di PRN Sarawak ke 10 yang akan datang. 

Petikan dari malaysiakini.com.

BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentukrasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

Followers