Pages

Monday, December 13, 2010

BN naik harga barang untuk dana PRU



  
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Dewan 
Pemuda PAS Pusat mendakwa 
keputusan kerajaan menaikkan 
harga empat barangan keperluan 
baru-baru ini  adalah bertujuan mengutip
 dana pilihan raya untuk Umno BN.

Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar
berkata, Umno kini terdesak apabila 
beberapa negeri yang sebelum ini 
menjadi 'lubuk emas' mereka, kini 
diteraju Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008 lalu.
"Apa yang kita bimbang, kerajaan Umno BN menggunakan peluang ini untuk mengumpul 
dana pilihan raya.
"Apakah dengan kehilangan empat buah negeri pada PRU lalu, mereka hilang punca 
pendapatan sehingga terpaksa naikkan harga barang secara melulu, biarpun berdepan
 kemarahan rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95, 
diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula baru-baru ini.
Katanya, rakyat tidak boleh menerima kenaikan mendadak tersebut apatah lagi Malaysia 
adalah sebuah negara pengeluar minyak dunia dan sewajarnya rakyat negara ini 
tidak dibebankan dengan kenaikan tersebut.
Lebih malang, rakyat katanya seperti dihukum akibat sikap boros kerajaan termasuk 
membelanjakan wang yang besar untuk projek mega yang tiada kesan langsung kepada
 rakyat.
"Negara sepatutnya mempunyai dana tampungan, agar rakyat tidak dibebankan.
"Kenaikkan ini akan menjejaskan potensi rakyat untuk hidup selesa," katanya.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan kempen kesedaran kepada
 rakyat, jam 5 petang, 18 Disember ini di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Selain bertemu masyarakat, mereka juga akan mengedarkan risalah berhubung isu itu.
Akibat kenaikkan terbaru itu, petrol RON95, kini menjadikan RM1.90 seliter berbanding
 RM1.85 sebelum ini.
Harga diesel juga naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga
 naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

No comments:

Followers