Pages

Saturday, December 4, 2010

Kenaikan Harga Minyak: Adakah ianya menjadi Trend/Tradisi/Budaya Rasmi Negara?


Salahuddin persoal kenaikan harga minyak
Petikan dari Harakah Daily
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95.

Dalam kenyataaanya kepada Harakahdaily, Salahuddin yang melahirkan kebimbangan dengan ura-ura kenaikan itu menegaskan, petrol RON 95 adalah untuk rakyat yang perlu dikekalkan harganya supaya tidak membebankan rakyat yang menjadi pengguna terbanyak.
Kelmarin kerajaan telah menaikkan harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Ura-ura RON 95 turut akan dinaikkan mula diperkatakan hari ini ekoran keputusan kerajaan mahu menyelaraskan kadar subsidi dimana akan berkuatkuasa malam ini.

Beberapa portal berita melaporkan kemungkinan keputusan rasmi mengenai kenaikkan tersebut akan diumumkan pada petang ini.

Kata Salahuddin sekiranya (kenaikan itu) berlaku ia sangat mengecewakan.

Ditanya sebarang tindakan susulan oleh PAS berhubung perkembangan tersebut sekiranya berlaku, Salahuddin berkata ia belum difikirkan setakat ini tetapi apa sahaja dasar kerajaan yang tidak munasabah dan membebankan rakyat akan dibantah keras oleh PAS.

"Sikap PAS, keutamaan mesti pada rakyat, ambil kira rakyat dahulu sebelum yang lain-lain," katanya.

Dalam perkembangan semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.

Katanya, angka tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.

NurMoon

No comments:

Followers