Demo air: PAS ucap tahniah kepada anak muda |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Dis: PAS mengucap tahniah dan syabas di atas keberanian rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana berjaya mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Negara, semalam. Walaupun himpunan ini berakhir dengan tembakan dan tangkapan yang dibuat oleh polis secara melulu menyebabkan ada yang tercedera, kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataannya. Operasi menangkap peserta himpunan aman di masjid itu bermula kira-kira jam 2.50 petang. Difahamkan lebih 50 peserta perhimpunan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong telah ditahan dan dibawa dengan trak ke balai polis tetapi lokasinya masih tidak dapat dipastikan. Keadaan kelam kabut itu memaksa pihak penganjur mengadakan perbincangan dengan pihak keselamatan. Kesemua mereka telah dibebaskan sekitar jam 6.00 petang semalam. "Tahniah khusus kepada 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun ke bawah datang untuk menyatakan bantahan. Kedatangan mereka memberi isyarat kepada Umno Bn, bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU akan datang. Generasi muda tidak rela hak mereka diperkosakan oleh kerajaan BN," kata Idris dalam kenyataannya itu. Pada mereka, kata Idris, sudah cukup setengah abad pertama ibu bapa mereka ditipu, mereka tidak akan biarkan sejarah setengah abad kedua menimpa mereka. Mereka akan mencipta sejarah baru dan membentuk pemetaan politik baru di negara ini, katanya. Idris mempersoalkan tindakan polis menyerang dan menangkap para perserta perhimpunan semalam. "Kenapakah pihak polis tidak guna akal yang waras untuk menghadapi himpunan aman ini. Jika tidak ada porovokasi daripada polis himpunan akan berjalan dengan aman, contohnya ketika himpunan BERSIH 10 November 2007 tidak ada satu pasu bunga pun yang dipecahkan walaupun kehadiran hampir 100 ribu orang. "Air dan gas yang mereka gunakan wang rakyat. Bukankah polis tidak tahu, kantong negara semakin kurus, kenapa perlu dibazirkan wang, sehingga polis hanya dapat bonus RM500 sahaja tahun ini. Sedangkan ini adalah perjuangan untuk polis sama-sama dapat menikmati air percuma daripada kerajaan yang berjiwa rakyat," kata beliau. NurMoon |
No comments:
Post a Comment