Pages

Friday, December 17, 2010

Nik Aziz sumbang 1/3 simpanan untuk PAS



Hafiz Irwan   
KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar yang 
juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk
 Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang untuk 
menyumbangkan satu pertiga daripada wang 
simpanannya kepada PAS bagi memantapkan
 lagi parti dalam memperjuangkan Islam.
"Saya sudah maklum pada setiausaha saya
 minta semak duit dalam akaun ada berapa,
 kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri 
kepada parti sebagai sumbangan dalam 
memantapkan gerakan daulah Islamiyah," 
katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini.
Tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji 
melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, dakwaan berhubung 
rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak
 tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.
"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam.
 Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah 
tetap bantu kita dengan kebenaran.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.
Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz 
yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan 
haji tahun lalu.

Petikan dari Harakah Daily

No comments:

Followers